Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.lia] | هليا

Definisi : sj tumbuhan (rizom yg umbinya pedas), jahe, Zingiber officinale; ~ hantu = ~ hutan = ~ kera, sj tumbuhan (herba), lidah hantu, meroyan tunggal, puar birah, Globba pani­coides. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.lia] | هليا

Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan rizom yg ubinya berasa pedas (digunakan dlm masakan dll), Zingiber officinale. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata halia

Puisi
 

Halia ini tanam-tanaman,
     Ke barat juga akan condongnya;
Dunia ini pinjam-pinjaman,
     Akhirat juga akan sudahnya.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Muat tebu di haluan,
     muat halia di buritan.

Bermaksud :

Waktu berdepan berkasih-kasihan, bila di belakang berdengki-dengkian.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
singgang serani[siN.gAN s«.ÄA.ni] sejenis masakan ikan, kuahnya daripada bawang, halia, kunyit hidup, dan sedikit belacan yang kesemuanya ditumbuk halus dan ditumis, dibubuh air asam jawa dan serai titik dan boleh juga dibubuh dua tiga biji lada hitam.   
bejah[b«.dZAh]kata namalauk khas untuk ibu yang baru bersalin seperti halia tumbuk, pati tumbuhan, daging atau hati lembu goreng dan lain-lain yang boleh dimakan dengan nasi. Lauk-lauk tersebut dianggap boleh memberi khasiat kepada ibu yang baru bersalin.   
singgang belacan[siN.gAN b«.lA.tSAn] sejenis masakan ikan yang direbus dengan campuran air asam jawa cair, sedikit belacan, bawang, halia, serai titik dan lada hijau.   
sambal goreng[sAm.bAl go.ÄeN] sejenis makanan daripada tempe, tahu dan kacang panjang yang dipotong serong dan digoreng. Bawang, cili, halia dan sedikit bahan seperti hati ayam atau udang ditumis dan dimasukkan air asam, garam dan gula secukup rasa. Bahan gorengan tadi dimasakkan bers   

Kembali ke atas