Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.lia] | هليا

Definisi : sj tumbuhan (rizom yg umbinya pedas), jahe, Zingiber officinale; ~ hantu = ~ hutan = ~ kera, sj tumbuhan (herba), lidah hantu, meroyan tunggal, puar birah, Globba pani­coides. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.lia] | هليا

Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan rizom yg ubinya berasa pedas (digunakan dlm masakan dll), Zingiber officinale. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata halia

Puisi
 

Halia ini tanam-tanaman,
     Ke barat juga akan condongnya;
Dunia ini pinjam-pinjaman,
     Akhirat juga akan sudahnya.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Muat tebu di haluan,
     muat halia di buritan.

Bermaksud :

Waktu berdepan berkasih-kasihan, bila di belakang berdengki-dengkian.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah yang lebih gramatis? -Mereka banyak menggunakan halia dalam masakan. -Mereka menggunakan banyak halia dalam masakan. Terima kasih.Mereka menggunakan banyak halia dalam masakan kerana yang banyak ialah halia bukan menggunakan.Tatabahasa10.09.2012
Mohon pandangan tuan bagi jawapan yang betul Terima kasihBerdasarkan ayat tersebut, jawapan yang paling tepat ialah "sekaki", iaitu "Samad memerhatikan abangnya mencabut sekaki halia di belakang rumahnya". Hal ini disebabkan "halia" apabila dicabut dan didirikan, penjodoh bilangannya ialah kaki. Akan tetapi, perlu diingatkan bahawa tidak semua benda boleh diberikan penjodoh bilangan.Tatabahasa02.09.2015
tolong terangkan tentang vokal berganding. Adakah halia,biola,buaya dipenggal ha-li-a,bi-o-la,bu-a-ya(mengikut suku kata) atau ha-lia,bio-la,bua-ya(mengikut suku kata yang ada vokal berganding sama seperti penggal ikut sebutan walaupun mahu penggal ikut suku kata)? yang manakah betul dan diguna pakai dalam pemenggalan suku kata?Sebutan bagi kata dasar berpedomankan kaedah pemenggalan suku kata ejaan (kecuali apabila terdapat urutan bunyi dua vokal yang tidak sama, iaitu pola V-V yang menerbitkan V-VK,KV-V dan KV-VK). Oleh itu, sebutan yang mengikut pemenggalan yang betul ialah ha-lia, bio-la dan bua-ya.Tatabahasa15.08.2007
Salam.. Mohon pencerahan untuk penjodoh bilangan untuk halia

Tatabahasa24.08.2017
1.Guru besar itu sedang merasmikan majlis di sekolahnya.(perkataa "guru besar " dalam konteks ayat tersebut nama khas atau nama am? Adakah perlu ditulis dgn huruf besar? 2. Penjodoh bilangn bagi halia dan tulang ikan.1. Guru besar boleh ditulis dengan huruf besar kerana kata tersebut dijadikan panggilan khas untuk merujuk orang tersebut. 2. Penjodoh bilangan bagi halia mengikut konteks penggunaannya. Manakala, tidak terdapat penjodh bilangan bagi tulang ikan.Tatabahasa08.03.2013
Adakan pemeggalan perkataan-perkataan dibawah berdasarkan suku kata betul? Adakan subutanya sama dengan pemeggalan suku kata? air - a ir ais - a is daun - da un main - ma in durian - du ri an , luar - lu ar halia - ha li a biola - bi o la, buaya - bu a ya bau - ba u Quran - Qur an beruang - be ru ang pakaian - pa kai anBerdasarkan buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, pemenggalan : air - air,  ais - ais,  daun - daun, main - main,  durian - du.rian, luar - luar,  halia - ha.lia,  biola - bio.la,  buaya - bua.ya, bau - bau,  Quran - Qur. an,  beruang - be. ruang,  pakaian - pa.kaian. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku tersebut. Istilah01.07.2010
Saya sertakan fail di bawah bagi semakan istilah-istilah Bahasa Melayu yang saya gunakan untuk senarai bahan-bahan.Berikut terjemahan yang betul:
Bahan:  Tepung Gandum, Lelemak Sayuran, Gula, Oat, Tepung Susu, Ubi, Biji Bunga Matahari, Halia, Garam, Sodium Bikarbonat, Ammonia Bikarbonat, Pengimulsi, Serbuk Kayu Manis, Mentega Vanila.
Ingredients: Wheat Flour, Vegetable Shortening, Sugar, Oats, Milk Powder, Tapioca, Sunflower Seed, Ginger, Salt, Sodium Bicarbonate, Ammonium Bicarbonate, Emulsifier, Cinnamon Powder, Butter Vanilla. 
Untuk padanan istilah yang lain, tuan boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). Sila layari http://prpm.dbp.gov.my  dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".
Istilah05.06.2014

Kembali ke atas