Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.lia] | هليا

Definisi : sj tumbuhan (rizom yg umbinya pedas), jahe, Zingiber officinale; ~ hantu = ~ hutan = ~ kera, sj tumbuhan (herba), lidah hantu, meroyan tunggal, puar birah, Globba pani­coides. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.lia] | هليا

Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan rizom yg ubinya berasa pedas (digunakan dlm masakan dll), Zingiber officinale. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata halia

Puisi
 

Halia ini tanam-tanaman,
     Ke barat juga akan condongnya;
Dunia ini pinjam-pinjaman,
     Akhirat juga akan sudahnya.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Muat tebu di haluan,
     muat halia di buritan.

Bermaksud :

Waktu berdepan berkasih-kasihan, bila di belakang berdengki-dengkian.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
rizomrhizomeBatang yang tumbuh secara mendatar di bawah tanah yang menjadi organ penyimpanan makanan. Rizom membesar dan akan membentuk tumbuhan baharu secara pembiakan vegetatif (pembiakan tampang). Contohnya, kunyit dan halia. Lihat RajahMenengah Rendah
rizomrhizomeBatang yang tumbuh mendatar di bawah permukaan tanah, mempunyai ruas, buku dan mata tunas. Bahagian ini merupakan tempat simpanan makanan yang dihasilkan oleh pokok dan boleh tumbuh semula untuk menghasilkan tumbuhan baru, dan sebagai bahan pembiakan pokok. Contohnya, kunyit, halia dan lengkuas.Menengah Atas

Kembali ke atas