Banyaklah mati batang halia, Halia mati dipijak lembu; Banyaklah hati orang nan mulia, Mulialah hati ayah dan ibu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Halia ini halia tanaman, Tempat hiris bintang berlenguh; Dunia ini dunia pinjaman, Akhirat juga tempat yang sungguh. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Banyaklah ubat dari halia, Ditetak halia dikerat empat; Banyak sahabat berhati mulia, Tidakkan semulia sahabat nabi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Banyaklah orang mengerat halia, Campak halia dikerat empat; Banyaklah orang bersifat mulia, Tidak semulia Nabi Muhammad. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Halia ini tanam-tanaman, Ke barat juga akan condongnya; Dunia ini pinjam-pinjaman, Akhirat juga akan sudahnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Halia ini tanam-tanaman, Di darat jua tumbuhnya; Dunia ini pinjam-pinjaman, Akhirat jua akan sungguhnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Halia dibungkus dengan kain, Hendak dibubuh dalam raga; Boleh saya cari yang lain, Tapi tak dapat seperti dia. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau nak tahu kelat halia, Cubalah tengok halia darat; Kalau nak tahu sahabat setia, Tengok sahabat Nabi Muhammad. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Hari Jumaat mengali halia, Hari hujan menyuluh ketam; Nabi Muhammad Nabi mulia, Jadi ikutan seluruh alam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Naik bukit menggali halia, Baik tergali tulang belut; Kalau jadi kita berdua, Kita bergurau semalam suntuk. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |