Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.lia] | هليا

Definisi : sj tumbuhan (rizom yg umbinya pedas), jahe, Zingiber officinale; ~ hantu = ~ hutan = ~ kera, sj tumbuhan (herba), lidah hantu, meroyan tunggal, puar birah, Globba pani­coides. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.lia] | هليا

Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan rizom yg ubinya berasa pedas (digunakan dlm masakan dll), Zingiber officinale. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata halia

Puisi
 

Halia ini tanam-tanaman,
     Ke barat juga akan condongnya;
Dunia ini pinjam-pinjaman,
     Akhirat juga akan sudahnya.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Muat tebu di haluan,
     muat halia di buritan.

Bermaksud :

Waktu berdepan berkasih-kasihan, bila di belakang berdengki-dengkian.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kopi haliakopi haliaPentadbiran PerniagaanTiadaKopi yang ditambah perasa halia.
Zingiber officinalehaliaHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis herba saka dalam famili Zingiberaceae. Tumbuhan ini mudah tumbuh di tanah pamah hingga tanah tinggi. Halia mempunyai rizom dalam tanah berwarna kekuning-kuningan dan beraroma. Daunnya berbentuk lanseolat, jambak bunganya tumbuh dari rizom dan berwarna hijau, dan bunganya berwarna merah. Rizomnya berbau manis, kuat dan pedas. Halia dimakan untuk mengubati loya, mabuk hamil, mabuk laut, senggugut, masalah penghadaman, sakit perut, sakit sendi, meningkatkan perpeluhan dan memanaskan badan. Rizomnya digunakan secara luaran untuk merawat sakit sendi dan sakit kepala. Halia yang dimakan berlebihan boleh menggugurkan kandungan. Halia juga digunakan sebagai perisa dalam pembuatan jus, biskut, kek dan sebagai rempah dalam masakan. Minyak patinya digunakan sebagai pewangi. Hirisan halia muda dimakan mentah sebagai ulam.
gingerbreadkek haliaPentadbiran PerniagaanTiadaKuih atau kek daripada molasses, diperisakan dengan halia, biasanya dalam berbagai bentuk dan dipotong aneka ragam.
ginger jarbalang haliaKesenianHiasan DalamanBalang bulat daripada seramik China yang digunakan untuk mengawet halia.
preserved gingerhalia awetanPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
ginger (Zingiber officinale)halia (Zingiber officinale)PertanianTiadaTiada
ginger bunban haliaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
ginger aleale haliaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
ginger loafroti haliaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
ginger beerbir haliaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
123456

Kembali ke atas