Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
halimunan (adjektif)
Bersinonim dengan siluman, ghaib, tidak kelihatan, batin, halus.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIEGFRIED

Siegfried ialah wira legenda kesusasteraan

Jerman pada Zaman Pertengahan. Sebagai orang

muda, Siegfried memperoleh harta karun

Nibelung yang tidak terperi nilainya dan selubung

yang boleh menjadikannya halimunan. Dia juga

membunuh seekor naga dan mandi dengan

darahnya untuk menjadikannya kebal. Walau

bagaimanapun, sehelai daun linden terjatuh di

bahagian belakangnya, di antara kedua-dua bahu,

meninggalkan tanda yang tidak terlindung.

UMUM 
PERTUBUHAN PERPADUAN PEMBEBASAN PATANI

PERTUBUHAN PERPADUAN PEMBEBASAN PATANI, pertubuhan gerila bawah tanah yang ditubuhkan pada tahun 1968. Pertubuhan Perpaduan Pembebasan Patani atau Patani United Liberation Organization (PULO), ditubuhkan untuk mengkoordinasikan beberapa pertubuhan gerila yang bergerak menentang pemerintah Thailand di empat wilayah Thailand Selatan, iaitu Patani, Yala, Narathiwat dan Satun. Dua buah gerakan lain yang berjuang untuk kemerdekaan Patani ialah Barisan Nasional Pembebasan Patani (BNPP) yang ditubuhkan pada tahun 1959 oleh Tengku Abdul Jalal (Adul Na Saiburi) dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) yang diasaskan oleh Ustaz Abdul Karim Hassan pada tahun 1963. Aktiviti pertubuhan-pertubuhan ini mencapai kemuncaknya dari tahun 1970 hingga tahun 1975. Empat wilayah di Thailand Selatan diberi gelaran sebagai ‘kawasan bebas’ yang dikuasai oleh ‘pemerintah halimunan’ yang mencabar kekuasaan pemerintah pusat di Bangkok.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas