Adakah penggunaan `baru-baru` dalam ayat berikut betul? ~Pengawas yang segak itu baru -baru sahaja dilantik sebagai ketua pelajar sekolah tersebut. penggunaan kata`haluan` ~haluan ke rumahnya sangat sempit ~pakar bahasa diminta untuk menyemak haluan kata buku karangan penulis itu ~para peserta yang bertanding dalam kira cepat itu dikehendaki menjumlahkan angka-angka dalam masa yang ditetapkan ~jarang sekali dia balik ke kampung selepas pindah ke K.L ~penduduk taman itu menceritakan tentang masalah serangan anjing liar ~cikgu memaklumkan bahawa peperiksaan akan dijalan dalam masa 2 minggu | Pengawas yang segak itu baru sahaja dilantik sebagai ketua pelajar sekolah tersebut. Laluan ke rumahnya sangat sempit. Manakala soalan-soalan yg lain, sila diolah semula agar pihak kami dapat bertindak selanjutnya. T.kasih. | Lain-lain | 11.09.2008 |
Kemenangan itu menjadi haluan mudah bagi pemain-pemain Malaysia seterusnya. ayat ini sudah salah. penggunaan "haluan"" sudah salah. saya ingin tahu akan penggunaan istilah yang betul. sekian. terima kasih. | Perkataan yang tepat ialah laluan. Kemenangan itu menjadi laluan mudah bagi pemain-pemain Malaysia seterusnya. | Tatabahasa | 04.06.2013 |
Assalamu alaikum. Mohon diberikan ejaan Jawi perkataan-perkataan berikut: 1. Subtopik 2. i-Think 3. Berputus asa 4. Mendoakan 5. Sandaran 6. Haluan 7. Harimau 8. Zink 9. Pegawai Bank 10. Wawasan Terima kasih. | سوبتوڤيک٬ برڤوتوس اس٬ مندعاکن٬ ساندرن٬ ھلوان٬ ھريماو٬ زيڠک٬ ڤݢاواي بڠک٬ واواسن | Ejaan | 06.01.2017 |
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Baltic"? "Baltic" yang dimaksudkan ialah sebuah negara. Terima kasih. | Dalam pangkalan data kami , terdapat istilah yang berikut: Baltic bow - haluan Baltik, Baltic outflow -aliran keluar Baltik. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "Baltic" ialah Baltik. | Istilah | 09.12.2013 |
apakah perbezaan antara bergelimpangan,bertempiaran,bertaburan,berselerak dan bertebaran. | Secara umumnya perkataan bergelimpangan, bertempiaran, bertaburan, berselerakan dan bertebaran mempunyai makna yang bersinonim iaitu keadaan yang tidak teratur, berselerak, menggeletak, bertaburan, keadaan tidak tentu haluan, bersebar, berserak-serak dan sebagainya. Walau bagaimanapun setiap perkataan boleh membawa maksud yang berbeza mengikut konteks ayat. Hal ini bermaksud tidak semua perkataan boleh ditukar ganti. Kesalahan memilih perkataan boleh menyebabkan ayat kedengaran janggal dan maksudnya tidak tepat. | Makna | 20.05.2020 |
Penggunaan ayat diarah atau di arah merujuk yang mana satu. Terima kasih. | Kedua-duanya boleh digunakan bergantung pada makna ayat yang hendak disampaikan. Perkataan "diarah" membawa maksud mengatur, menyelia, mengelolakan dan sebagainya para pelakon serta pembantu yang terlibat dalam drama, filem, teater dan sebagainya. Perkataan "di arah" pula menunjukkan hala atau haluan untuk sampai ke sesuatu tempat. | Tatabahasa | 30.06.2022 |
maksud lentok, lentik, pacak, dan cacak | Lentok: terkulai (ke bawah atau ke sisi), terkelepai (ke bawah), miring (kerana lemah dsb) Lentik: melengkung ke atas atau ke belakang (bulu mata dll): wajahnya yg bujur sirih itu dihiasi alis yg melentik wilis; 2. lekuk ke atas pd hujungnya (haluan perahu dll); Pacak: sesuatu yg panjang dan runcing, cucuk (ikan yg hendak dipanggang, sate, dll); 2. kayu (tongkat dll) yg tirus hujungnya, pancang; pak ~ orang yg tidak penting peranannya (watak tambahan dlm lakonan pentas dll); Cacak: tegak (galah, tiang, dll); ~ lari lari tergesa-gesa atau cepat-cepat; Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut. | Makna | 17.04.2009 |
apakah yang dimaksudkan kepuasan kerja dalam sukan,budaya kerja dalam sukan,subordinat dalam sukan dan formalisasi dalam sukan. | Sila rujuk artikel majalah dibawah. Terima kasih TAJUK | PENULIS | PENERBIT | TAHUN TERBITAN Atlit Malaysia dan pengurusan sukan | W. R. Jitto | Dewan Budaya | 01/05/1998 Cabaran meningkatkan industri sukan | | Dewan Ekonomi | 01/09/1996 Industri sukan berpotensi luas (diwawancara oleh Amin Shakib) | Khoo Kay Kim | Dewan Ekonomi | 01/09/1996 Ke mana haluan industri sukan? | Amin Shakib | Dewan Ekonomi | 01/09/1996 Perancangan sukan | Shahar Ashari | Dewan Siswa | 01/04/1990 Profesionalisme dalam sukan | Azmi Khairi Zainin | Dewan Masyarakat | 01/10/1994 Profesionalisme penyelamat industri sukan | Afiq Nuradli | Dewan Ekonomi | 01/09/1996 Sukan dan pembangunan negara | Kushel Singh | Dewan Siswa | 01/05/1998 | Lain-lain | 20.07.2008 |
Selamat pagi, tuan. Berkenaan dengan kata kerja transitif dan tak transitif. (2 soalan) 1. merangkak - kata kerja tak transitif? Contoh Ayat(a) : Adik yang berumur 6 bulan sudah pandai merangkak. (b): Dia merangkak di bawah pokok. Adakah kedua-dua ayat penggunaan merangkak adalah betul? 2. bertempiaran - Adakah bertempiaran ialah kata kerja tak transitif? - Dia berlari bertempiaran. salah? kerana berlari : berlari (kata kerja) + bertempiaran(kata kerja) sepatutnya menjadi : lari bertempiaran. Dengan demikian, lari sekarang menjadi kata kerja dan bertempiaran ialah kata adverd. Adakah pemahaman saya ini betul? harap pencerahan. Ribuan terima kasih diucapkan terlebih dahulu. | 1. Perkataan “merangkak” merupakan kata kerja tak transitif. Kedua-dua contoh ayat yang diberikan betul. 2. Perkataan “bertempiaran” ialah kata kerja tak transitif. Walau bagaimanapun, contoh ayat yang diberikan tidak betul. Ayat yang betul ialah “Mereka bertempiaran apabila dikejar anjing.” Perkataan “berlari” tidak perlu digunakan kerana “bertempiaran” sudah membawa maksud berlari ke sana ke mari dengan tidak tentu arah atau haluan. | Tatabahasa | 21.04.2022 |
Apakah maksud cabang? Terdapat pelbagai maksud bukan? Apakah maksud cerah? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, cabang bermaksud 1. bahagian yg tumbuh dr batang atau dahan pokok: daun tumbuh di ~; 2. bahagian hujung yg berpecah spt dua jari terbuka (bkn galah, lembing, tongkat); besi ~ tiga trisula; 3. bahagian atau bahagian kecil pd tanduk rusa dsb; 4. bahagian atau bahagian kecil sesuatu jalan (sungai, jalan kereta api, dsb) yg berpecah dr bahagian yg utama: ~ jalan; sungai itu banyak ~nya; 5. cawangan: Malayan Banking Berhad mempunyai banyak ~nya di seluruh Malaysia; 6. bahagian atau bahagian kecil drpd sesuatu lapangan pengetahuan (rumpun bahasa, bangsa, dsb): botani ialah ~ biologi; bahasa Melayu ialah ~ rumpun bahasa Melayu-Polinesia; 7. golongan masyarakat: ia dilahirkan dlm kalangan kaum menak, kaum bangsawan ~ atas; ~ buaya = ~ perahu kayu bercabang pd rangka badan perahu; ~ guling cabang pd haluan atau belakang perahu; ~ tenggorok bahagian kecil dr batang tenggorok, bronkiol; Manakala cerah pula bermaksud 1. terang (bkn hari, bulan, lampu, langit, dll): hari sudah ~; 2. jernih (bkn kaca dll); 3. tidak hitam, agak putih (bkn kulit): kulitnya ~; 4. berseri, tidak muram (bkn rupa muka): wajah Cikgu Seman belum ~ betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah ~; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu ~ sikit; ~ ceria terang lagi bersih (bkn udara, cuaca, dll); ~ kulit tidak hitam (dan tidak putih benar); | Lain-lain | 04.09.2010 |