Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.lu.si.na.si] | هالوسيناسي

Definisi : pengalaman seolah-olah dapat melihat, mendengar atau menyentuh sesuatu yg sebenarnya tidak wujud akibat gangguan kesihatan (fikiran) atau pengambilan dadah: penggunaan dadah boleh menyebabkan penggunanya mengalami ~; berhalusinasi mengalami halusinasi: dia meracau-racau dan ~ bertemu dgn manusia zaman purba. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.lu.si.na.si] | هالوسيناسي

Definisi : pengalaman melihat, mendengar, merasai dsb sesuatu yg sebenar­nya tidak wujud, akibat gangguan kesihatan atau fikiran, atau kerana pengambilan dadah: Dadah boleh menyebabkan ~. berhalusinasi mengalami halusinasi: Dia meracau dan ~ bertemu dgn manusia zaman purba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata halusinasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
synesthesiasinestesiaPerubatanPsikiatriPersepsi sekunder yang berpunca daripada persepsi primer. Contohnya, halusinasi pendengaran berpunca daripada halusinasi penglihatan.
hallucinationhalusinasiPsikologiPsikologi UmumPengalaman rekaan individu yang mengakui telah melihat, mendengar atau merasai sesuatu objek atau peristiwa yang tidak wujud secara nyata. Contohnya, individu mengakui telah mendengar suara-suara yang menyuruh melakukan sesuatu sedangkan orang lain di sekelilingnya tidak dapat mengesahkan hal tersebut. Halusinasi psikotik yang paling banyak dialami oleh individu ialah halusinasi pendengaran. Kadangkala, wujud suara arahan yang menyuruh individu mencederakan dirinya sendiri. Terdapat juga individu yang mengadu tentang serangga sedang merayap di bawah kulitnya. Selain itu, penghidap halusinasi juga boleh berasa seperti dibiuskan, disakiti atau disejukkan secara melampau.
hallucinationhalusinasiFarmasiFarmakologiSuatu persepsi deria (penglihatan, sentuhan, bunyi, bau atau rasa) yang kompleks, biasanya palsu atau terherot tentang sesuatu objek atau keadaan yang berlaku tanpa rangsangan luaran. Keadaan ini boleh berlaku dalam keadaan sedar atau terjaga, biasanya disusuli dengan perasaan yang sangat kuat bahawa persepsi kompleks tersebut adalah suatu yang benar­-benar berlaku. Halusinasi boleh melibatkan sebarang deria dan diklasifikasikan kepada auditori, gustatori, olfaktori, taktil atau visual. Keadaan ini merupakan simptom bagi kelakuan psikotik yang biasanya dilihat semasa skizofrenia serta gangguan lain atau gangguan mental organik. Halusinasi boleh mempunyai sebab-sebab psikologi seperti dalam penyakit-penyakit mental atau boleh disebabkan oleh drug, alkohol, penyakit organik (seperti barah otak, nyanyuk atau keletihan). Apabila halusinasi berpunca daripada masalah psikologi, ia selalunya mewakili konflik yang terpendam.
hallucinationhalusinasiPendidikanTiadaTiada
hallucinationhalusinasiPsikologiTiadaTiada
hallucinationhalusinasiPerubatanTiadaPersepsi sensori penglihatan, pendengaran, penghiduan, rasa atau sentuhan tentang sesuatu yang tidak wujud. Keadaan ini mungkin dialami oleh pesakit mental atau kesan sampingan sesetengah ubat.
hallucinationhalusinasiPendidikanTiada

 Pengalaman melihat sesuatu yang sebenarnya tidak wujud akibat gangguan kesihatan atau pengambilan dadah.

hallucinationhalusinasiPerubatanTiadaKhayalan terhadap sesuatu perkara, seolah-olah perkara tersebut wujud pada orang yang mengalami keadaan ini. Dalam keadaan begini, orang yang berkhayal itu seolah-olah dapat melihat, mendengar dan menyentuh perkara tersebut, sedangkan perkara tersebut tidak wujud dalam dunia nyata.
tactile hallucinationhalusinasi taktilPerubatanPsikiatriGangguan persepsi berkaitan dengan deria sentuh atau deria rasa pada permukaan kulit, seperti merasakan sesuatu yang merayap di atas atau di bawah kulit.
vertigovertigoPerubatanTiadaHalusinasi pergerakan, iaitu apabila seseorang terasa seolah-olah sekitarannya berputar (vertigo objektif) atau seolah-olah dirinya sendiri yang berputar (vertigo subjektif). Vertigo boleh dicetuskan pada subjek normal melalui rangsangan tertentu, atau akibat penyakit telinga dalam atau gangguan ke atas radas vestibul. Keadaan ini berlaku dalam beberapa penyakit, misalnya penyakit Meniere dan neuroma akustik. Tanda penting bagi keadaan ini ialah nistagmus, dan antara gejala lain termasuklah loya, muntah-muntah dan rebah.
123456

Kembali ke atas