Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ma] | هام

Definisi : 1. kutu pd ayam; 2. penyakit tumbuh-tumbuhan: ~ padi; 3. = ~ penyakit kuman penyakit; kena ~ kejangkitan kuman pe­nyakit; 4. bp sesuatu yg sangat kecil atau sedikit: se~ pun sayangku tak berubah; berhama ada hama pd tubuhnya (bkn ayam). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ma] | هام

Definisi : 1 = ~ penyakit kuman yg menyebabkan penyakit. 2 kutu yg terdapat pd bulu atau pd tubuh ayam. 3 haiwan perosak yg seni (kecil), berbentuk leper, berkaki lapan dan berwarna merah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hama (kata nama)
Bersinonim dengan kuman, kutu, aba-daba.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HAMA UMUM 
CIGER

Ciger adalah hama order atau subkelas Akari, famili

Trombiculidae.

Lihat juga Hama

UMUMUmum
SENGKENIT

Sengkenit ialah haiwan halus yang menghisap

darah, yang berkaitan dengan hama, labah-labah

dan kala jengking. Sengkenit berbentuk bujur. Ia

adalah parasit, iaitu ia hidup pada haiwan-haiwan

lain. Sengkenit dan hama menyebabkan pelbagai

penyakit pada manusia dan pada haiwan bela jinak.

Sengkenit sering membawa kuman penyakit

tertentu dalam badannya dan memindahkan kuman

ini ke dalam darah mangsanya. Kadangkala gigitan

sengkenit adalah beracun. Ada kes gigitannya

menyebabkan lumpuh. Bagaimanapun, kes

demikian tidak biasa berlaku, dan mangsa biasanya

pulih dengan cepat apabila sengkenit dibuang.

UMUM 
ARAKNID

Araknid ialah ahli kelas haiwan darat yang kecil

bak serangga. Araknid yang terkenal ialah lelabah,

kutu, hama, kala jengking dan harvestmen. Tidak

seperti serangga, araknid tidak mempunyai kepak.

Badannya terbahagi kepada dua bahagian utama,

iaitu abdomen dan sefalotoraks , yang terdiri

daripada kepala dan toraks yang bercantum sekali.

Bagaimanapun, serangga mempunyai tiga

bahagian utama badan: kepala, toraks dan

abdomen. Araknid mempunyai empat pasang

kaki, tetapi tidak mempunyai sesungut. Serangga

mempunyai sesungut, tetapi hanya mempunyai

tiga pasang kaki.

UMUM 
TIFUS

Tifus ialah mana-mana satu daripada kumpulan

penyakit yang penting yang disebabkan oleh

riketsia . Riketsia ialah organisma halus yang

kelihatan seperti bakteria tetapi berkelakuan

seperti virus (lihat Riketsia ). Pada badan manusia,

organisma ini memusnahkan lapisan dan dinding

pembuluh darah, menyebabkan pendarahan dan

ruam kulit. Sesetengah jenis kuman ini menjangkiti

haiwan dan juga manusia. Ahli sains sering

menamakan haiwan yang dijangkiti “reservoir”

penyakit ini. Penyakit tifus boleh dijangkiti daripada

manusia kepada manusia atau daripada haiwan

kepada manusia melalui, kutu, pinjal, sengkenit,

atau hama. Terdapat beberapa jenis tifus, termasuk

tifus epidemik, murin dan skrub dan pelbagai

demam bawaan sengkenit .

UMUM 

Kembali ke atas