Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ham.bat] | همبت - همبت

Definisi : ; berhambat-hambat, berham­bat-hambat­an berkejar-kejaran: lari ~; menghambat, memperhambat 1. mem­buru, mengejar (kerana hendak menangkap atau menyerang dll): ia ~ binatang itu sekuat-kuatnya; Peringgi pun pecahlah lalu lari ke air diperhambat oleh orang Melaka; 2. memikat (hati), menawan (hati): anak yg kecil itu ~ hati ibunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ham.bat] | همبت - همبت

Definisi : ; menghambat menahan, meng­halang, menyekat, merintangi: pertem­pur­an satu lawan satu telah ~ kemajuan tentera Jepun; kapal perang itu telah ~ pelayaran kami; Islam tidak akan ~ kemajuan kerana apa yg dikaitkan dgn kemajuan juga di­bendung oleh hukum-hukum alam yg me­ngikut kehendak Allah; terhambat terhalang, tertahan: keindahan alam tidak dapat dilihat kerana ~ oleh kabut yg tebal; hambatan 1. halangan, rintangan, sekatan: halangan dan ~ yg mempengaruhi mutu pengajian bahasa Melayu; 2. penghalang, pengempangan (kayu dll); penghambatan perihal atau perbuatan meng­­­ham­bat, penghalangan, perintangan; penghambat sesuatu yg menghambat, peng­halang, perintang, penyekat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ham.bat] | همبت - همبت

Definisi : ; berhambat bergerak dgn langkah yg lebih cepat drpd berjalan; berkejar; berlari. berhambat-hambatan berlari buru-memburu antara satu dgn yg lain; berkejar-kejaran. menghambat 1 mengejar kerana hendak menangkap, menyerang dll; memburu: Polis sedang ~ pencuri yg melarikan diri itu. 2 menawan hati; memikat hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ham.bat] | همبت - همبت

Definisi : menghambat menyekat (sesuatu pergerakan dll); menghalang; merintangi: Tanah runtuh telah ~ perjalanan kami ke Bentung. hambatan halangan; rintangan. penghambat sesuatu atau seseorang yg menghambat; penghalang; penyekat: Golongan yg berfikiran kolot merupakan ~ kemajuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hambat
Kata Terbitan : menghambat,

Peribahasa

Mengusik anjing tidur.

Bermaksud :

Sengaja mencari kesusahan atau bahaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak badak dihambat-hambat, b. Menjolok sarang tabuan).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
symphathetic blockadehambat simpatetikhambat simpatetikhambat simpatetikPerubatan
mediaehambat bersuarahentian bersuarahentian bersuaraLinguistik
double stophambat gandadwihentiandwihentianLinguistik
catchhambat glotalhentian glotishentian glotisLinguistik
frictionalizing stophambat gerisikanhentian menggesekhentian menggeserLinguistik
frictional stophambat (ber) gerisikhentian gesekhentian gesekLinguistik
adrenergic inhibitorhambat/perencatperencat adrenergikperencat adrenergikPerubatan
drag forcegaya hambatdaya seretdaya seretAeroangkasa
drag coefficientkoefisien hambat; koefisien tahananpekali seretpekali seretAeroangkasa
glottal stop(bunyi) hambat glotalhentian glotishentian glotisLinguistik
12

Kembali ke atas