Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.mil] | حاميل

Definisi : 1. mengandung, bunting: maka raja perempuan pun ~lah, setelah genap bulan­nya maka beranak seorang laki-laki; 2. kandungan: ~ perempuan itu terlalu besar; menghamili menyebabkan seseorang me­ngan­dung: selepas ia ~ isterinya ia pun tak pulang-pulang; Khun Rea menyebar fitnah menyatakan Tok Raja ~ Sucinda; menghamilkan 1. membuntingkan, me­ngan­dungkan (dlm keadaan pd ketika bayi dalam kandungan): perempuan itu sangat sihat ketika ~ anak sulung; 2. menghamili; kehamilan keadaan hamil, masa sedang hamil: bilangan wanita yg berjumpa dgn doktor dan bidan pd awal ~ sedang bertam­bah di Malaysia; ~ ektopik (Ubat) kehamilan di luar rahim; ~ palsu keadaan wujudnya tanda-tanda ke­hamilan spt tidak datang haid dan perut yg membesar tetapi tidak ada janin akibat adanya tumor atau ketidakseimbangan hormon; penghamilan perihal menghamilkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.mil] | حاميل

Definisi : mempunyai anak dlm kandung­an; mengandung; bunting (bkn orang perempuan): Isterinya sedang ~. menghamili menyebabkan hamil; membuntingi: Selepas dia ~ isterinya, dia tidak pulang-pulang. menghamilkan sedang mengandung (anak); membuntingkan: Suaminya meninggal ketika ia ~ anaknya yg sulung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hamil (adjektif)
Bersinonim dengan mengandung, bunting, sarat, berbadan dua, bertian, besar perut;,
Kata Terbitan : menghamilkan, kehamilan,

Peribahasa

Berputik dulu baru berbunga,
     buahnya jarang dimakan beruk (= monyet).

Bermaksud :

Perempuan yang hamil sebelum kahwin.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Adakah yang di bawah betul? Kita harus bertimbang rasa contohnya Ah Meng memberi tempat duduknya kepada wanita hamil. Terima kasih.Susunan ayat yang lebih gramatis ialah, "Kita seharusnya mempunyai sifat bertimbang rasa seperti memberi tempat duduk kepada wanita hamil."Tatabahasa15.07.2013
Tuan/Puan, Mohon berikan padangan yang bersesuaian untuk "become pregnant" dalam ayat di bawah. Sumber: If your partner becomes pregnant during the study, you should tell the study doctor immediately. Sasaran: 1. JJika pasangan anda hamil semasa kajian, anda hendaklah memberitahu doktor kajian dengan segera. atau 2. Jika pasangan anda menjadi hamil semasa kajian, anda hendaklah memberitahu doktor kajian dengan segera. Sekian, terima kasih.Kami mencadangkan "become pregnant" diterjemahkan sebagai "hamil". Walau bagaimanapun, padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan28.06.2021
Kemurungan telah menjadi penyebab keempat utama bunuh diri di Malaysia dan boleh menjejaskan sesiapa sahaja tanpa mengira umur, bangsa, dan status sosio-ekonomi. Prevalens kemurungan di Malaysia adalah 12.2% pada 2018. Pada masa kini, kemurungan telah menjadi salah satu isu yang selalu dikaitkan dengan kehamilan. Wanita sangat berisiko disebabkan perubahan hormon semasa mengandung, melahirkan anak, dan selepas bersalin. Tidak dapat mengambil bahagian dalam aktiviti harian, kekurangan sokongan sosial adalah isu utama bagi wanita hamil yang mengalami gejala kemurungan, yang boleh membawa kepada kemurungan selepas bersalin bahkan meningkatan risiko untuk mengalami kemurungan. Oleh itu, tujuan utama kajian ini adalah untuk menentukan prevalens gejala kemurungan dalam kalangan wanita hamil di Terengganu serta faktor yang berkaitan dengannya. Persampelan pelbagai peringkat digunakan dalam kajian keratan rentas dua fasa ini yang melibatkan 33 orang wanita hamil bagi kajian fasa satu manakala 389 orang hamil bagi kajian fasa dua. Kesemua wanita hamil berada pada trimester kedua dan ketiga, berusia antara 18 - 46 tahun telah dipilih secara rawak dari 12 klinik kesihatan di Terengganu. Pengukuran antropometrik merangkumi berat semasa, berat pra-kehamilan serta tinggi, manakala bagi analisis komposisi tubuh dinilai menggunakan Analisis Impedans Bioelektrik.

Mohon tuan/puan untuk memberikan soalan yang lebih jelas agar memudahkan pihak kami untuk memberikan jawapan yang betul dan tepat.

Lain-lain20.08.2021
Saya penterjemah sari kata. Apakah istilah dalam bahasa melayu yang paling sesuai untuk "expecting parents"? Adakah "ibu bapa mengandung" diterima? Dalam konteks ini, "expecting" bermakna "hamil".Saudara, "expecting mother" diterjemahkan sebagai ibu mengandung. Jika "expecting parents" diterjemahkan sebagai "ibu bapa mengandung" tidak logik kerana bapa tidak mengandung. Maka, dicadangkan "bakal ibu bapa" atau "bakal ayah dan ibu".Penyemakan dan penterjemahan08.04.2015
perkataan 'mengandung' atau 'mengandungi', mana satu yang betul? cthnya: "kertas soalan ini mengandungi/mengandung tiga halaman bercetak."harap mendapat penjelasan. terimakasihMengandung bermaksud membawa sesuatu dalam saku dll, hamil. Mengandung sama penggunaan dengan mengandungi untuk maksud berisi, memuat.Tatabahasa19.01.2007
saya ingin memohon jasa baik dari pihak DBP untuk menolong saya mencari perbezaan perkataan 'mengandung' dan 'mengandungi'. saya berharap pihak DBP dapat mmberi kerjasama dengan saya dan membalas secepat yang mungkin..Kata mengandung daripada kata kandung dan mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud 1. membawa sesuatu dalam saku dll. 2. hamil 3. = mengandungi, berisi, memuat. Dari segi penggunaan untuk maksud hamil perkataan yang digunakan ialah mengandung. Bagi maksud selain itu perkataan mengandungi digunakan.        Tatabahasa23.03.2008
Tuan/Pun, Mohon nasihat pihak puan/tuan mengenai gantinama yang sesuai dalam ayat di bawah bagi "they". Source: Therefore, if your child is pregnant or breastfeeding, they cannot take part in this study. Target: Oleh itu, jika anak anda hamil atau sedang menyusukan bayi dengan susu badan, dia tidak boleh mengambil bahagian dalam kajian ini. Bolehkah kita menggantikan "dia" kepada "mereka" dalam ayat di atas walaupun hanya seorang anak sahaja yang menyertai kajian ini. Sekian, terima kasih.

Gunakan ganti diri dia untuk merujuk kepada seorang peserta kajian.

Makna24.07.2021
Jika perkataan 'honeymoon' bermaksud berbulan madu, bagaimana pula dengan perkataan 'babymoon'? Contoh ayat, "Sempat lagi tak kita nak 'babymoon'? Jom bercuti kat hotel untuk 'babymoon' kita. Lagipun, sayang dah nak bersalin."Padanan bahasa Melayu bagi kata babymoon ialah bulan madu hamil.Padanan kata ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Lain-lain27.09.2022
makna istilah uzurDalam Kamus Dewan Edisi Keempat, uzur ditakrifkan seperti yang berikut: 1. lemah badan, berpenyakit, sakit  2. sesuatu yang menyebabkan tidak dapat bekerja (berjalan dan lain-lain), aral, halangan  3. (kiasan) a. datang bulan, haid  b. mengandung, hamil 4. (kiasan, bahasa percakapan) terlalu buruk keadaannya (barang-barang), hampir tidak boleh dipakai lagi.Makna27.01.2011
Tolong bagi jawapan kepada berberapa simpulan bahasa berikut. Saya dah cari dalam "carian kata" tapi tak jumpa. simpulan bahasa tersebut adalah :- lepas angin, lepas geram, berat otak, berat badan, berat masa, beri tangan terima kasih1. sia-sia belaka 2. berbuat sesuatu untuk melepaskan perasaan 3. risau, susah hati . hamil; malas 5. menolong; memikul 6. berat mata(bukan berat masa)-lekas mengantukLain-lain06.05.2008
12

Kembali ke atas