Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ham.pir] | همڤير

Definisi : 1. berdampil (dgn seseorang), ber­damping (dgn seseorang), dekat, rapat: marilah anakanda ~ dgn ayahanda; ~ kpd mendekati; 2. tidak jauh (bkn jarak, per­hubungan), dekat, rapat: Petaling Jaya bandar yg ~ sekali dgn Kuala Lumpur; Nabi Muhammad SAW mula-mula menyampai­kan ajaran Islam kpd orang yg paling ~ dengannya iaitu isterinya Khadijah; 3. kurang sedikit drpd (waktu, bilangan berikut­nya, kuantiti, jumlah seluruhnya), dekat: sudah ~ setengah jam dia menunggu di situ; ~ seratus orang hadir dlm majlis itu; mangkuk getahnya ~ penuh dgn susu getah; 4. nyaris, sedikit lagi akan ...; ~ mati nyaris mati; 5. tidak lama lagi akan, dlm sedikit masa lagi: sekolah sudah ~ dibuka; ~ siap dibina; ~ selesai; ~ gurun (Geog) (kawasan, daerah) yg berhampiran (dan keadaan iklimnya hampir sama) dgn gurun; wang ~ (Eko) harta yg mudah dijadikan wang; hampir-hampir akan berlaku sesuatu, nyaris-nyaris, cemas-cemas: masih sempat menyelamatkan isterinya yg ~ tenggelam itu; mereka ~ sepakat; hampirkan hampir akan; berhampiran = ~ dgn berdekatan (dgn), tidak berapa jauh (dr): pulau-pulau yg ~ dgn Australia; sungai yg ~ dgn rumah; menghampiri mendekati, datang men­dekati, merapati: perempuan itu datang ~ saya; menghampirkan mendekatkan, men­dam­ping­­kan, merapatkan: maka usungan pun dihampirkan orang; terhampir terdekat; hampiran tempat yg dekat, dekatan; kehampiran perihal (keadaan, kedudukan, dsb) hampir atau dekat dgn; penghampiran proses (hal) meng­hampir­­kan atau menghampiri sesuatu: alam nyata ini boleh diketahui melalui proses ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ham.pir] | همڤير

Definisi : 1 tidak jauh; dekat; berdam­ping (dgn): Budak itu duduk ~ dgn ibunya. 2 sedikit lagi akan; cemas-cemas; nyaris: Pasukannya ~ tewas dlm pertandingan itu. ~ mati nyaris-nyaris mati. 3 tidak lama lagi; sekejap lagi: Kerja itu ~ siap. 4 kurang sedikit drpd (bkn masa, bilangan dll); dekat: Dia duduk di situ ~ setengah jam. ~ seratus orang tetamu hadir dlm majlis itu. hampir-hampir sedikit lagi akan berlaku sesuatu; nyaris-nyaris; cemas-cemas: Mereka telah menyelamatkan budak yg ~ tenggelam itu. berhampiran tidak berapa jauh dr; berdekatan: Kilang-kilang itu letaknya ~ dgn ladang tebu. menghampiri datang atau pergi berdekatan dgn; mendekati; merapati: Dgn hati yg berdebar-debar, dia ~ orang tua itu. menghampirkan meletakkan berhampiran dgn; mendekatkan; mendampingkan. perhampiran ist angka atau nombor yg paling hampir dgn angka lain: 32.65 ialah ~ yg lebih baik drpd 32.70 ke 32.653. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hampir (adverba)
1. Dalam konteks jarak
bersinonim dengan dekat, rapat,
Berantonim dengan jauh

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan tidak lama lagi, sedikit masa lagi, sekejap lagi, sebentar lagi,

Kata Terbitan : hampir-hampir, berhampiran, menghampiri, menghampirkan, kehampiran,

Puisi
 

Hari hampir sudah siang,
     Fajar di hulu sudah benderang;
Aku duduk di Muha Lawang,
     Makin bertambah hatiku pusang.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Genting menanti putus,
     biang menanti tembuk.

Bermaksud :

Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus. (Peribahasa lain yang sama makna: Biang menanti tembuk).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
acewithin an ~ of, hampir-hampir; (st unfavourable ) hampir-hampir, nyaris-nyaris: within an ~ of victory , hampir-hampir berjaya; within an ~ of collapse , nyaris-nyaris musnah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
virtuallyadv hampir-hampir: their methods have been ~ unchanged for years, kaedah mereka hampir-hampir tdk berubah bertahun-tahun lamanya; there is ~ no one else who can do the job, hampir-hampir tdk ada seorang pun yg boleh membuat pekerjaan itu; the association represents ~ all the US railways, persatuan itu mewakili hampir-hampir semua perkhidmatan kereta api AS.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
vergebe on the ~ of, hampir-hampir; (colloq) dekat-dekat: the man was on the ~ collapse, lelaki itu hampir-hampir pengsan; he was on the ~ of a nervous breakdown, dia hampir-hampir mengalami patah jiwa; the country is on the ~ of achieving industrial success, negara itu hampir-hampir mencapai kejayaan perindustrian;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
edgebe on the ~ of st, hampir-hampir + approp v: on the ~ of tears, hampir-hampir menangis; on the ~ of bankruptcy, hampir-hampir bankrap; put an ~ on, a. (blade) menajamkan, mengasah, mengilir: to put an ~ on the axe, menajamkan kapak; b. (appetite) membuka: the exercise put an ~ on his appetite, senaman itu membuka seleranya; c. (argument) menajamkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
almostc. (rel to condition, situation, action) hampir(-hampir); (rel to adverse situation) nyaris(-nyaris), hampir(-hampir), cemas-cemas: he is ~ bankrupt, dia hampir-hampir bankrap; he was ~ knocked down by a car, dia nyaris-nyaris dilanggar kereta; she ~ blurted out the secret, dia nyaris-nyaris membocorkan rahsia itu; d. what would essentially approximate, (usu with negative) boleh dikatakan: during that one hour she said ~ nothing, selama satu jam itu, dia boleh dikatakan tdk berkata sepatah pun; they ~ always fail agree, mereka boleh dikatakan tdk pernah bersetuju; an ~ watertight argument, suatu alasan yg boleh dikatakan tdk dapat disangkal lagi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inchwithin an ~ of, hampir(-hampir), sedikit lagi; (st that results in harm, injury, etc) nyaris(-nyaris), cemas(-cemas), hampir(-hampir): he came within an ~ of beating the champion, dia hampir-hampir dapat mengalahkan juara itu; she came within an ~ of being struck by a falling branch, dia nyaris-nyaris ditimpa dahan yg patah itu; be within an ~ of death, nyaris maut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
vergevi; ~ /on, upon/, hampir-hampir merupakan: such an act ~s on negligence, perbuatan spt itu hampir-hampir merupakan kecuaian; her face showed a sadness that ~d on despair, wajahnya menampakkan kesedihan yg hampir-hampir merupakan putus asa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
near missn 1. a bomb, shot, etc that just missed its target, serangan yg /sipi, hampir-hampir tepat/: our planes sustained a number of ~es, kapal terbang kami mengalami beberapa serangan yg hampir-hampir tepat; 2. attempt that almost succeeds, hampir-hampir + approp v: he didn’t break the world record, but it was a ~, dia tdk memecahkan rekod dunia, tetapi dia hampir-hampir berjaya; 3. collision which nearly happens, kemalangan yg hampir-hampir berlaku.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
much~ the same, /lebih kurang, hampir(-hampir)/ sama; (in age) /lebih kurang, hampir(-hampir)/ /sebaya, seumur/: when he returned to Mandalom after ten years, the village was ~ the same as when he had left it, apabila dia kembali ke MandaKamus Inggeris-Melayu Dewan
almostadv nearly, a. (gen) hampir(-hampir): he is ~ as tall as his father, dia hampir setinggi bapanya; he is ~ cured, dia hampir-hampir sembuh; mistakes on ~ every page, kesilapan pd hampir setiap halaman; b. (rel to time) hampir: a porcelain vase that is ~ 200 years old, sebuah pasu tembikar yg berusia hampir 200 tahun; it is ~ tea-time, sudah hampir waktu minum petang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas