Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ham.pir] | همڤير

Definisi : 1. berdampil (dgn seseorang), ber­damping (dgn seseorang), dekat, rapat: marilah anakanda ~ dgn ayahanda; ~ kpd mendekati; 2. tidak jauh (bkn jarak, per­hubungan), dekat, rapat: Petaling Jaya bandar yg ~ sekali dgn Kuala Lumpur; Nabi Muhammad SAW mula-mula menyampai­kan ajaran Islam kpd orang yg paling ~ dengannya iaitu isterinya Khadijah; 3. kurang sedikit drpd (waktu, bilangan berikut­nya, kuantiti, jumlah seluruhnya), dekat: sudah ~ setengah jam dia menunggu di situ; ~ seratus orang hadir dlm majlis itu; mangkuk getahnya ~ penuh dgn susu getah; 4. nyaris, sedikit lagi akan ...; ~ mati nyaris mati; 5. tidak lama lagi akan, dlm sedikit masa lagi: sekolah sudah ~ dibuka; ~ siap dibina; ~ selesai; ~ gurun (Geog) (kawasan, daerah) yg berhampiran (dan keadaan iklimnya hampir sama) dgn gurun; wang ~ (Eko) harta yg mudah dijadikan wang; hampir-hampir akan berlaku sesuatu, nyaris-nyaris, cemas-cemas: masih sempat menyelamatkan isterinya yg ~ tenggelam itu; mereka ~ sepakat; hampirkan hampir akan; berhampiran = ~ dgn berdekatan (dgn), tidak berapa jauh (dr): pulau-pulau yg ~ dgn Australia; sungai yg ~ dgn rumah; menghampiri mendekati, datang men­dekati, merapati: perempuan itu datang ~ saya; menghampirkan mendekatkan, men­dam­ping­­kan, merapatkan: maka usungan pun dihampirkan orang; terhampir terdekat; hampiran tempat yg dekat, dekatan; kehampiran perihal (keadaan, kedudukan, dsb) hampir atau dekat dgn; penghampiran proses (hal) meng­hampir­­kan atau menghampiri sesuatu: alam nyata ini boleh diketahui melalui proses ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ham.pir] | همڤير

Definisi : 1 tidak jauh; dekat; berdam­ping (dgn): Budak itu duduk ~ dgn ibunya. 2 sedikit lagi akan; cemas-cemas; nyaris: Pasukannya ~ tewas dlm pertandingan itu. ~ mati nyaris-nyaris mati. 3 tidak lama lagi; sekejap lagi: Kerja itu ~ siap. 4 kurang sedikit drpd (bkn masa, bilangan dll); dekat: Dia duduk di situ ~ setengah jam. ~ seratus orang tetamu hadir dlm majlis itu. hampir-hampir sedikit lagi akan berlaku sesuatu; nyaris-nyaris; cemas-cemas: Mereka telah menyelamatkan budak yg ~ tenggelam itu. berhampiran tidak berapa jauh dr; berdekatan: Kilang-kilang itu letaknya ~ dgn ladang tebu. menghampiri datang atau pergi berdekatan dgn; mendekati; merapati: Dgn hati yg berdebar-debar, dia ~ orang tua itu. menghampirkan meletakkan berhampiran dgn; mendekatkan; mendampingkan. perhampiran ist angka atau nombor yg paling hampir dgn angka lain: 32.65 ialah ~ yg lebih baik drpd 32.70 ke 32.653. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hampir (adverba)
1. Dalam konteks jarak
bersinonim dengan dekat, rapat,
Berantonim dengan jauh

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan tidak lama lagi, sedikit masa lagi, sekejap lagi, sebentar lagi,

Kata Terbitan : hampir-hampir, berhampiran, menghampiri, menghampirkan, kehampiran,

Puisi
 

Hari hampir sudah siang,
     Fajar di hulu sudah benderang;
Aku duduk di Muha Lawang,
     Makin bertambah hatiku pusang.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Genting menanti putus,
     biang menanti tembuk.

Bermaksud :

Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus. (Peribahasa lain yang sama makna: Biang menanti tembuk).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rapat I1 hampir-hampir bertemu; hampir tidak ada selanya; kerap (bkn anyaman): Mereka disuruh duduk ~ sebelum diambil gambar. Dinding rumahnya dibuat drpd buluh yg dianyam ~. 2 tidak bercelah atau tidak bersela sedikit pun; tidak renggang: Peti itu ditutup ~. 3 dekat sangat; hampir sungguh: Kapal itu berlabuh ~ ke pantai. 4 sangat sesuai (bkn persahabatan); erat; karib: Perhubungan kedua-dua orang itu sangat ~. berapat, berapat-rapat berada (duduk dll) dekat-dekat: Mereka duduk ~ semasa menonton cerita seram itu. berapatan berhampiran; berdekatan. merapat 1 menjadi rapat: Sedikit demi sedikit, kedua-dua pihak mula ~. 2 berlabuh dekat dgn: Sebaik-baik saja kapal itu ~ ke pelabuhan, ia pun bergegas turun. merapati datang rapat dgn (pd); datang menghampiri; mendekati: Sepasukan tentera Rusia bergerak dgn pantas ~ kota Berlin. merapatkan membuat supaya menjadi rapat; mendekatkan; menutup rapat; mengeratkan (bkn persahabatan): Ada sesuatu yg ~ mereka berdua. memperapat menjadikan lebih rapat; memperdekat; mempererat. kerapatan keadaan rapat. perapatan perbuatan, hal dsb berapat, merapat atau merapatkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
1 hampir-hampir bertemu; hampir tidak ada selanya; kerap (bkn anyaman): Dlm masjid orang ramai disuruh duduk ~ supaya saf tidak putus. Dinding rumahnya dibuat drpd buluh yg dianyam ~. 2 tidak bercelah atau tidak bersela sedikit pun; tidak renggang: Peti itu ditutup ~. 3 dekat sangat; hampir sungguh: Kapal itu berlabuh ~ ke pantai. 4 sangat sesuai (bkn persahabatan); erat; karib: Perhubungan kedua-dua orang itu sangat ~. berapat-rapat berada (duduk dll) dekat-dekat: Mereka duduk ~ semasa menonton cerita seram itu. berapatan berhampiran; berdekatan. merapat 1 menjadi rapat: Sedikit demi sedikit kedua-dua pihak mula ~. 2 berlabuh dekat dgn: Sebaik-baik saja kapal itu ~ ke pelabuhan ia pun bergegas turun. merapati datang rapat dgn (pd); datang menghampiri; mendekati: Sepasukan tentera Rusia bergerak dgn pantas ~ kota Berlin. merapatkan membuat supaya menjadi rapat; mendekatkan; menutup rapat; mengeratkan (bkn persahabatan): Ada sesuatu yg ~ mereka berdua. memperapat menjadikan lebih rapat; memperdekat; mempererat. kerapatan keadaan rapat.Kamus Pelajar
hampir-hampirsedikit lagi akan berlaku sesuatu; nyaris-nyaris; cemas-cemas: Mereka telah menyelamatkan budak yg ~ tenggelam itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hampir-hampirakan berlaku sesuatu, nyaris-nyaris, cemas-cemas: masih sempat menyelamatkan isterinya yg ~ tenggelam itu; mereka ~ sepakat;Kamus Dewan Edisi Keempat
hampir-hampirsedikit lagi akan berlaku sesuatu; nyaris-nyaris; cemas-cemas: Mereka telah menyelamatkan budak yg ~ tenggelam itu.Kamus Pelajar
nyarishampir-hampir terjadi; cemas-cemas: Dia ~ terjatuh ke dlm parit.Kamus Pelajar Edisi Kedua
nyarishampir-hampir terjadi; cemas-cemas: Dia ~ terjatuh ke dlm parit.Kamus Pelajar
mata kuyuhampir-hampir pejam matanya (spt mata orang mengantuk); tertutup sedikit matanya; luyu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
imbang-imbanganhampir-hampir sama kuatnya (beratnya, pandainya, banyaknya, dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
HAWAKl hampir-hampir sama (serupa dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas