Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hampir (adverba)
1. Dalam konteks jarak
bersinonim dengan dekat, rapat,
Berantonim dengan jauh

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan tidak lama lagi, sedikit masa lagi, sekejap lagi, sebentar lagi,

Kata Terbitan : hampir-hampir, berhampiran, menghampiri, menghampirkan, kehampiran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, apakah perbezaan di antara 'digunakan' dan 'diguna'? Bila saya cari perkataan 'diguna' melalui laman Carian PRPM, saya dapati perkataan 'digunakan' dalam semua takrif pada menu Kamus Bahasa Melayu, tetapi perkataan 'diguna' ada dalam hampir keseluruhan huraian pada menu Istilah Malaysia. Harap dapat membantu. Terima kasih.

Puan Susilawati,

Tidak ada perbezaan antara diguna dan digunakan. Bentuk yang betul ialah digunakan, iaitu kata guna mendapat imbuhan di...kan daripada bentuk menggunakan(meN...kan).  

Tatabahasa10.03.2010
apakah perkataan yang paling sesuai ( memiliki atau mempunyai Sijil Perguruan) untuk ayat di bawah? Berdasarkan dapatan Jadual 4 ini, dapat disimpulkan bahawa responden yang memiliki / mempunyai ikhtisas Sijil Perguruan,Diploma Pendidikan, dan Sarjana Muda Pendidikan menunjukkan kompetensi yang tinggi dalam hampir keseluruhan item.

Kedua-dua perkataan, iaitu ‘memiliki’ dan ‘mempunyai’ boleh digunakan. Sama ada memiliki ikhtisas Sijil Perguruan... atau mempunyai ikhtisas Sijil Perguruan... adalah betul.

Tatabahasa21.01.2015
Assalamualaikum. Saya telah bertanya tentang perkataan "universalisation" dalam bahasa Melayu dan pihak DBP dalam pertanyaan sebelum ini menasihati supaya saya menggunakan perkataan "pensejagatan". Namun, saya perlu menggunakan perkataan yang bermula dengan huruf U (untuk memudahkan akronim keseluruhan terma yang ingin diwujudkan). Saya dapati perkataan "universal" ada dalam Kamus Dewan, begitu juga perkataan "urbanisasi" (bermaksud penggunaan "-isasi" diterima dalam bahasa Melayu bukan?)". Oleh itu, adakah salah dari sudut bahasa Melayu sekiranya saya menggunakan perkataan universalisasi? Terima kasihPenggunaan pensejagatan bagi padanan universalisation telah mantap. Dalam data korpus juga tidak ada penggunaan universalisasi, justeru sandaran kepada pembentukan perkataan lain yang hampir sama seperti urbanisasi tidak dapat diterima. Sedikit maklumat tambahan universalisasi banyak digunakan dalam bahasa Indonesia.Penyemakan dan penterjemahan05.09.2019
adakah pantun sya ini betul jika slah boleh betulkan dan jelaskan terima kasih kerana sudi menjawabAssalamuaikum,

Saya telah membaca pantun tersebut. Tahniah kerana mencuba.  Berkenaan dengan pantun tersebut perlu diteliti lagi terutamanya dari segi skema rima akhir pantun 4 kerat yang sebaiknya ab;ab.  Pantun 2 kerat biasa menggunakan skema a;a. Walau bagaimanapun ada beberapa rangkap pantun yang mempunyai pembayang dan skema rima akhir yang baik
(ab;ab).
- Pembayang maksud sebaiknya menggunakan bahasa simbolik atau berkias yang berkaitan dengan unsur alam yang mampu  menggambarkan keperibadian bangsa Melayu yang suka menyatakan sesuatu maksud secara berselindung dan berkias untuk menyatakan maksud sebenar.
contoh: Petik manggis di waktu senja,
             Dimakan satu isinya putih;
             Antara manis dengan manja,
             Yang mana satu tuan pilih.

- kebanyakan contoh pantun tersebut masih terkeliru dengan syair (aa;aa) dan keseluruhan rangkap adalah isi, yang dengan jelas memperlihatkan makna tanpa berkias contohnya; 
    Sungguh lama kaki berjalan / terasa penat seluruh badan/ belajar dulu berkasih kemudian/ Barulah hidup luas ke depan.

Bagi pantun kanak-kanak pula setiap hampir semua baris dalam setiap rangkap lebih jelas kepada maksud, bukan pembayang.  ada  pantun tersebut jika dipisah-pisahkan menjadi pantun dua kerat.

sekian, terima kasih.



Sastera06.05.2012

Kembali ke atas