Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hampir (adverba)
1. Dalam konteks jarak
bersinonim dengan dekat, rapat,
Berantonim dengan jauh

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan tidak lama lagi, sedikit masa lagi, sekejap lagi, sebentar lagi,

Kata Terbitan : hampir-hampir, berhampiran, menghampiri, menghampirkan, kehampiran,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUHAMMAD BIN TUGHLUQ

Muhammad bin Tughluq (1290–1351)

merupakan sultan kedua Dinasti Tughluq. Dinasti

itu memerintah hampir keseluruhan subbenua

India tetapi pemerintahannya tidak lama. Baginda

diputerakan di Delhi. Baginda menunjukkan

kepandaian semasa masih kecil, dan menunjukkan

dirinya bakal menjadi pahlawan. Baginda

membesar menjadi orang yang beradab, toleran

dan berwawasan, namun boleh bertindak kejam.

UMUM 
SOANE, SIR JOHN

Soane, Sir John (1753–1837), arkitek British yang

dilantik sebagai arkitek Bank of England pada

tahun 1788. Dalam tempoh 40 tahun berikutnya dia

membina semula hampir keseluruhan bangunan

tersebut, meskipun hanya sedikit hasil kerjanya

masih wujud lagi pada masa kini. Soane juga

membina Dulwich College Picture Gallery di

London, dan tiga buah gereja di London, iaitu St.

John di Bethnal Green, Trinity Church di

Marylebone; dan St. Peter’s di Walworth. Soane

lahir di Whitchurch, berhampiran Reading,

Berkshire, England. Dia menghadiahkan rumah dan

koleksi lukisannya yang terdapat di Lincoln’s Inn

Fields kepada Kerajaan British yang dikenali

sebagai Muzium Sir John Soane.

UMUM 
MOMBASA

Mombasa (pend. 442 369) ialah bandar kedua

terbesar di Kenya selepas Nairobi. Mombasa ialah

bandar pelabuhan yang sibuk di pantai timur Afrika

(lihat Kenya [peta]). Pelabuhan ini mengendalikan

hampir keseluruhan urusan perkapalan

antarabangsa Kenya, Uganda, Rwanda, Burundi,

dan timur Zaire yang terletak di pedalaman.

Bandar ini mempunyai kilang penapis minyak,

lapangan terbang antarabangsa, dan banyak

bahagian yang moden dengan bangunan kerajaan

yang besar dan mempunyai banyak hotel.

UMUM 
YORKSHIRE

Yorkshire ialah kawasan geografi yang besar

di bahagian timur laut England. Ia meliputi kaunti

Yorkshire Utara, East Riding of Yorkshire, sembilan

daerah metropolitan yang membentuk selatan dan

barat laut Yorkshire, dan York bandar katedral

purba. Hampir keseluruhan wilayah Yorkshire

Utara merupakan desa.

UMUM 
TANAH BENCAH

Tanah bencah ialah sebuah kawasan tanah yang

aras airnya kekal hampir atau di atas permukaan

tanah selama hampir sepanjang tahun.

Tanah bencah meliputi kira-kira enam peratus

daripada permukaan tanah bumi. Ia menampung

pelbagai jenis haiwan dan kehidupan tumbuh-tumbuhan

dan merupakan satu daripada ekosistem

dunia yang paling produktif (subur) dari segi biologi.

Tanah bencah pantai, muara dan kukup ialah tempat

bertelur dan pembiakan yang penting bagi ikan dan

kerang-kerangan. Tanah bencah juga berupaya

menyaring keluar keseluruhan pencemaran dalam air

seperti virus daripada kerja kumbahan atau logam

berat daripada loji industri.

UMUM 
NAPOLEON I

Napoleon I (1769–1821), juga dikenali sebagai

Napoleon Bonaparte, dan memahkotakan dirinya

sendiri sebagai Maharaja Perancis. Napoleon

merupakan genius terulung dalam ketenteraan

pada zaman tersebut dan mungkin jeneral yang

teragung dalam sejarah. Napoleon membentuk

empayar yang hampir meliputi keseluruhan barat

dan tengah Eropah.

UMUM 
SHETLAND

Shetland ialah sekumpulan lebih daripada 100

buah pulau yang terletak hampir 160 kilometer

di timur laut tanah besar Scotland. Shetland

ditadbir oleh sebuah majlis berkuasa pulau,

yang ditubuhkan pada tahun 1975 sebagai

sebahagian daripada penyusunan semula kerajaan

tempatan Scotland. Lebih daripada setengah

penduduknya tinggal di Mainland, iaitu pulau yang

terbesar. Hanya 10 buah pulau lain yang

berpenghuni. Lerwick, di pantai timur Mainland,

ialah pusat pentadbiran yang mempunyai satu

per tiga daripada jumlah keseluruhan penduduk.

UMUM 
MUGABE, ROBERT GABRIEL

Mugabe, Robert Gabriel (1924– ), menjadi

ketua kerajaan Zimbabwe (dahulunya Rhodesia)

pada tahun 1980. Dia mengetuai parti politik

terbesar di negara tersebut iaitu Barisan Kesatuan

Patriot Kebangsaan Afrika, Zimbabwe (Zimbabwe

African National Union-Patriotic Front (ZANU–PF)).

Pada akhir tahun 1970-an, Mugabe membantu dan

memimpin puak nasionalis kulit hitam berjuang

untuk menamatkan

pemerintahan minoriti

orang kulit putih. Hampir

keseluruhan penduduk

Zimbabwe adalah orang

kulit hitam, tetapi orang

kulit putih menguasai

kerajaan dari tahun 1890

hingga tahun 1979. Lihat

Zimbabwe (Sejarah).

UMUM 
DUSUN

DUSUN, kebun buah-buahan yang terletak di pinggir kampung atau berhampiran kawasan hutan. Kawasan dusun adalah sebahagian daripada konsep ruang masyarakat Melayu dalam menyusun kedudukan penempatan mereka. Tapak rumah merupakan pusat ruang itu. Di luar daripada tapak ini terdapat kawasan ‘kampung’ (kawasan kecil) di sekitar perkarangan rumah. Di luar kawasan kampung ini biasanya terdapat kawasan pertanian terutama sekali padi. Bagi petempatan moden, kawasan pertanian ini terdiri daripada kebun getah atau kelapa. Di luar daripada kawasan pertanian ini terletak kawasan dusun yang sudah agak hampir dengan pinggir hutan dan tidak lagi mempunyai pemilik yang jelas dalam penggunaan tanah di kawasan perkampungan. Gabungan keseluruhan kawasan kediaman ini menjadikan keseluruhan wilayah kampung.

BUDAYABandar/Negeri/Negara/Tempat
KAMUS LENGKAPKAMUS LENGKAP, kamus yang diterbitkan oleh Pustaka Zaman (1986) dan disusun oleh Awang Sudjai bin Hairul Yusoff Khan. Kamus ini merupakan sebuah kamus dwibahasa (Melayu-Inggeris) yang memaparkan keseluruhan unit leksikal sesuatu bahasa. Kamus Lengkap menggariskan beberapa ciri yang istimewa yang istimewa yang membezakannya daripada jenis kamus yang setaraf dengannya. Seperti yang tercatat dalam kata pengantarnya, kamus ini memuatkan hampir 55 000 kata masukan yang dianggap terbesar selain Kamus Inggeris-Melayu Dewan (38 000 entri, tidak termasuk kata turunan). Sejak penerbitan pertama pada tahun 1977, kamus ini telah dikemas kini untuk edisi 1988 dengan perubahan besar, iaitu menggunakan ejaan Rumi baru.BAHASAPenerbitan

Kembali ke atas