Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hampir (adverba)
1. Dalam konteks jarak
bersinonim dengan dekat, rapat,
Berantonim dengan jauh

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan tidak lama lagi, sedikit masa lagi, sekejap lagi, sebentar lagi,

Kata Terbitan : hampir-hampir, berhampiran, menghampiri, menghampirkan, kehampiran,

Peribahasa

Seperti birah dengan keladi.

Bermaksud :

Tidak ada bezanya; hampir sama saja.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud senuk/senok? atau mungkin ada ejaan yang hampir sama dengan perkataan itu?Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, tidak terakam kata senuk atau senok. Walau bagaimanapun, kata senuk terakam dalam Kamus Bahasa Melayu Nusantara bermaksud tapir, tenuk.Lain-lain09.07.2010
mencari penerbitan baru buku berjudul " Cadangan Penyelidikan dalam pendidikan " berwarna hijau (cover), tajuk sebenar kurang saya ingat cuma hampir sama dengan apa yang saya berikan. sila bagi respon

Sehingga kini tajuk sedemikian tiada dalam koleksi penerbitan baru DBP. Tapi saudara boleh merujuk bahan ini untuk panduan.

 1. Analisis data dalam penyelidikan pendidikan oleh Sulaiman Ngah Razali terbitan DBP tahun 2002

Analisis data dalam penyelidikan pendidikanSulaiman Ngah RazaliDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)2002

Lain-lain22.02.2008
Salam sejahtera. 1. Saya ingin tahu 5 perkataan dalam bahasa Iban dan 5 perkataan dalam bahasa Kadazan yang bunyinya hampir sama dengan bahasa Malaysia. 2. Sila berikan ayat dalam bahasa Iban dan bahasa Kadazan untuk ayat berikut: a. Apa khabar? b. Siapakah nama awak? c. Awak tinggal di mana? d. Bolehkah saya bantu? e. Marilah kita ke sana.Silahubungi Bahagian Penyelidikan Bahasa, DBP  (03-21418423/2815/2813) atau Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (088-439260) untuk saudara mendapatkan maklumat yang diperlukan.Lain-lain18.12.2008
Mengapa klausa menjolok mata dianggap salah penggunaanya dalam bahasa Melayu sedangkan maknanya hampir sama dengan mencolok mata? menjolok mata=a. sangat jelas kelihatan. b. memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yg tidak sopan, cara berpakaian dsb). mencucuk mata; a) mencolok mata; b) ki sangat nyata, tampak benar, mudah tampak; c) ki menyakiti hati, memberi malu;

Makna mencolok mata ialah membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu (Kamus Dewan, 2007:285). Kata menjolok mata pula bermakna menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dan lain-lain supaya gugur, menusuk ke dalam lubang dan sebagainya (Kamus Dewan, 2007:636). Sila baca dan fahami bahagian prelim Kamus Dewan termasuk prakata kerana Kamus Dewan berperanan merakam semua kata masukan yang digunakan oleh masyarakat.

Tatabahasa11.05.2010
1)apakah yang dimaksudkan dengan bermudgug?

Perkataan mudgug tiada dalam rujukan kami. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan yang hampir sama dengan perkataan tersebut ialah madgad yang membawa maksud kepingan besi, plastik dsb yang dipasang menutupi roda basikal, motosikal dll untuk mencegah percikan lumpur, air dll.

Makna02.09.2008
Salam, saya nak tanya, ada tak perkataan yang berbunyi seperti 'disloka'? atau perkataan yang bunyinya agak sama seperti perkataan 'disloka'? sekian, terima kasihUntuk makluman, perkataan "disloka" atau perkataan yang hampir sama dengan perkataan tersebut tidak terdapat dalam pangkalan kami.Lain-lain09.04.2013
maksud rangsum, lestari dan mapan atau mampan

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, rangsum ditakrifkan sebagai catuan (makanan dll), pelabur: biarlah kau makan ~ penjara. Kata lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal, tetap membawa maksud yang hampir sama dengan mampan, iaitu mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yg baik (bkn ekonomi, pembangunan dsb) atau dalam bahasa Inggerisnya "sustainable . Sementara kata mapan bermaksud tidak berubah-ubah (sudah diterima umum), mantap, contohnya: mengikut tafsiran yg mula ~ di kalangan budayawan kita di sini, budaya tinggi ialah budaya ilmu, pemikiran, dan teknologi; 2. sudah kukuh (kedudukannya), tidak goyah (sudah stabil, teguh, dikenali, dsb): penulis baru akan banyak belajar drpd penulis yg sudah ~; hasil ciptaan pengarang yg sedia ~.

 

Tatabahasa26.11.2008
salam, lazimnya perkataan "taksub" lebih dikenali daripada perkataan "taasub" (dalam Kamus Dewan ejaan "taasub"). Saya keliru, antara dua perkataan tersebut yang manakah lebih baik digunakan dalam teks?Penggunaan kata yang betul taasub seperti entri yang terdapat dalam Kamus Dewan. Penyerapan perkataan Arab yang mempunyai bentuk visual yang hampir sama dengan taasub ialah taaruf dan taakul.Tatabahasa26.03.2012
Kami berhasrat mendapatkan makna, maksud, definasi "Seiras" dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, secara rasmi dan bertulis.Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), makna bagi kata "seiras" adalah seperti yang berikut:

seiras kata adjektif
hampir sama dengan seseorang atau sesuatu dari segi bentuk, rupa, sifat dan sebagainya; iras;
Contoh penggunaan:
Rozie memiliki wajah yang seiras dengan wajah ibunya.
Kedua-dua artis itu mempunyai nama yang seiras.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk kamus terkini terbitan DBP ini di halaman 1993 dan 839.
Makna29.01.2024
1. adakah tidak boleh berhimpun tiga imbuhan dalam satu perkataan? contoh: memperbanyakkan, apakah contoh yang tepat? 2. Boleh tak bagi sedikit penerangan berkenaan penggunaan imbuhanKata terbitan yang betul ialah memperbanyak. Kata adjektif seperti banyak tidak menerima apitan memper_kan. Contoh perkataan yang menerima apitan memper_kan ialah mempersatukan dan memperbadankan. Untuk makluman apitan memper_kan tidak produktif dalam bahasa Melayu kerana kata terbitan yang terhasil membawa maksud yang sama/hampir sama dengan apitan me_kan, seperti mempersatukan dan menyatukan. Tatabahasa05.03.2020
12345678910...

Kembali ke atas