Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[han.cing] | هنچيڠک

Definisi : (bau, berbau) busuk spt bau air kencing, haring; menghancingkan menyebabkan berbau hancing, mengharingkan; kehancingan perihal hancing, bau hancing, keharingan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[han.cing] | هنچيڠک

Definisi : berbau busuk spt bau air ken­cing. menghancingkan menyebab­kan berbau hancing. kehancingan keadaan hancing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hancing (adjektif)
Bersinonim dengan haring, pesing, pering;,
Kata Terbitan : menghancingkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pungentpungen; hancing; pedasBiologiUmumTiada
ammoniaammoniaVeterinarTiadaGas berbau hancing yang dihasilkan oleh fermentasi najis dan air kencing ternakan. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya masalah pencemaran di dalam kandang. Untuk mengelakkan masalah ini, ammonia perlu berada ditahap yang minimum. Terdapat beberapa cara bagi mengatasi masalah ini, antaranya ialah memastikan supaya najis tetap kering, membersihkan kandang dan memastikan pengaliran udara yang mencukupi di dalam kandang. Di dalam najis dan air kencing, ammonia berada dalam bentuk urea dan dengan tindakan enzim urease ammonia dibebaskan. Formula: (NH3).
aromatic planttumbuhan beraromaPertanianTiadaTumbuhan yang menghasilkan bau atau aroma sama ada wangi, busuk, hancing dan sebagainya. Aroma yang dihasilkan sama ada kuat, sederhana atau sedikit. Aroma ini mencirikan tumbuhan. Aroma ini berfungsi kepada tumbuhan untuk menarik agen pendebungaan. Sebahagian tumbuhan menghasilkan aroma yang berguna kepada manusia sebagai bahan pewangi badan dan udara, perasa makanan dan menghalau serangga.
hyperbolehiperbolaKesusasteraanPuisiGaya bahasa puisi yang pemilihan perkataannya membawakan pernyataan yang berlebih-lebihan. Penggunaan gaya ini bertujuan untuk menekankan sesuatu pandangan, perasaan dan pemikiran. Contohnya, petikan dari puisi "Erang (2)" dalam antologi Bunga Gerimis karya Azmi Yusoff. mengais impian hanyir segenap ceruk kota menyudu igauan hancing di setiap pelosok bandar raya
emergency landingpendaratan cemasAeroangkasaTiadaPendaratan yang dibuat dengan segera disebabkan oleh kerosakan pesawat udara di udara. Lazimnya didahului dengan panggilan pan.,Penghujung sayap pesawat udara yang berada di garis hadapan pangkal sayap.,Kaedah pesawat berlepas dan mendarat tanpa memerlukan luncuran, misalnya helikopter.,Pendaratan yang dibuat dengan segera disebabkan oleh kerosakan pesawat udara di udara. Lazimnya didahului dengan panggilan pan.,Gas berbau hancing yang dihasilkan oleh fermentasi najis dan air kencing ternakan. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya masalah pencemaran di dalam kandang. Untuk mengelakkan masalah ini, ammonia perlu berada ditahap yang minimum. Terdapat beberapa cara bagi mengatasi masalah ini, antaranya ialah memastikan supaya najis tetap kering, membersihkan kandang dan memastikan pengaliran udara yang mencukupi di dalam kandang. Di dalam najis dan air kencing, ammonia berada dalam bentuk urea dan dengan tindakan enzim urease ammonia dibebaskan. Formula: (NH3).

Kembali ke atas