Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[han.cur] | هنچور

Definisi : 1. pecah menjadi kecil-kecil (ber­serpihan, berkecai-kecai), remuk: rumahnya ~ kena bom sewaktu perang dahulu; tubuhnya ~ dan isi perutnya terburai akibat kemalangan itu; 2. pecah berderai-derai (bkn benda-benda rapuh spt biskut dll), relai: biskut di dlm tin itu ~ apabila tinnya jatuh terhempas ke lantai; 3. menjadi cair, melarut, encer: ketul ais mudah ~; istana itu terbakar dan timah atapnya ~ turun spt hujan; 4. pecah kecil-kecil atau halus-halus (kerana di­tum­buk, dikisar, dikunyah, dsb): makanan yg ~ senang dihadam; 5. ki sedih sekali, putus asa: ~ rasa hatinya; ~ hati terlalu sedih; 6. ki rosak binasa, cerai-berai, tidak bersatu (kukuh dll): kerana dia, rumah tangga kita menjadi ~; negara akan ~ jika rakyatnya tidak bersatu padu; 7. hilang atau tidak ada sama sekali (kepercayaan, harapan, dsb), len­yap: kepercayaanku kepadanya sudah ~ dan tidak mungkin dapat dipulihkan kembali; menghancurkan 1. menjadikan hancur (pecah berserpihan, remuk), meremukkan: letupan bom itu telah ~ kubu pertahanan mereka; 2. menjadikan hancur (pecah berderai-derai, relai), merelaikan (biskut dsb); 3. menjadikan hancur (makanan): ~ ma­kan­an utk bayi; 4. menjadikan cair, me­larut­kan, mengencerkan: bijih yg digali itu dihan­cur­kan supaya timahnya dapat dikum­pul­kan; gula itu dihancurkan di dlm air yg panas; 5. ki merosakkan, mem­binasakan: perang besar akan ~ dunia; ~ hati ki sangat menyedihkan hati, meremuk­kan hati; 6. menghilangkan sama sekali (kepercayaan, harapan, dsb), melenyapkan: perbuatannya menggelapkan wang itu telah ~ kepercayaan saya kepa­da­nya; hancuran 1. pecahan kecil-kecil, remukan: sungai itu menghanyutkan ~ berbagai-bagai jenis batu-batan; 2. larutan, enceran; kehancuran perihal hancur (rosak binasa), kebinasaan, kemusnahan: ~ rumah tangga; ~ ekonomi negara; penghancuran perihal (perbuatan dsb) meng­hancurkan; penghancur 1. sesuatu yg digunakan utk menghancurkan sesuatu: gigi sbg alat ~ makanan; mesin ~ batu; 2. orang yg meng­hancurkan (merosakbinasakan, me­musnah­kan): dialah ~ kebahagiaan rumah tangga kami; merekalah petualang negara, ~ ke­amanan negara ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[han.cur] | هنچور

Definisi : 1 pecah menjadi kecil-kecil kerana dikunyah, ditumbuk dll; lumat; remuk: Batu sekeras itu akan ~ juga apabila dipalu dgn tukul besi. 2 menjadi cair atau larut (bkn garam, gula dll dlm air); melarut: Kacau air itu perlahan-lahan supaya gula di dlmnya ~. 3 ki menjadi rosak atau binasa sama sekali; tidak bersatu; bercerai-berai. ~ hati terlalu sedih. ~ lebur (luluh) rosak atau hancur sama sekali. menghancurkan 1 menjadikan hancur (dgn menumbuk dll); melumatkan: ~ makanan utk bayi. 2 menjadikan cair (bkn gula dll); melarutkan: ~ gula dlm air panas. 3 ki merosakkan; membinasakan. hancuran 1 pecahan yg kecil-kecil. 2 benda yg sudah cair; cairan; larutan. kehancuran keadaan hancur (rosak binasa; musnah dll): Negara itu hampir menemui ~ dlm peperangan. penghancuran perbuatan atau hal menghancurkan: ~ gula dpt dilakukan dgn mengacaunya dlm air panas. penghancur orang yg menghancurkan; alat utk menghancurkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hancur (adjektif)
1. Bersinonim dengan pecah kecil-kecil: pecah halus-halus, lumat, pecah berderai, remuk, berkecai-kecai, berserpihan, relai,

2. Bersinonim dengan cair: larut, encer,

3. Bersinonim dengan rosak: musnah, binasa, roboh, runtuh, jahanam, lenyap,

4. Bersinonim dengan hancur hati: hancur luluh, remuk redam, putus asa, putus harap, kecewa,

Kata Terbitan : menghancurkan, hancuran, kehancuran, penghancuran, penghancur,

Puisi
 

Tak boleh kuda di ladang,
     Hancur belum dalam padi;
Kalau tak boleh adinda kucadang,
     Habis fikir kubunuh diri.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Garam dikulum tak hancur.

Bermaksud :

Orang yang pandai menyimpan rahsia.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
disintegratevi 1. hancur /bersepai, berkecai/, hancur, luluh: the rocket ~d before our very eyes, roket itu hancur berkecai di hadapan mata kami; 2. (fig.) berkecai: the party ~d after the death of its leader, parti itu berkecai selepas kematian pemimpinnya; their marriage ~d after only a few years, perkahwinan mereka berkecai selepas beberapa tahun sahaja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tear24. (usu in pass.) destroy the harmony, happiness of, hancur: the state was torn by political strife, negeri itu hancur akibat perang saudara; she was torn by grief over her son’s untimely death, hatinya hancur disebabkanKamus Inggeris-Melayu Dewan
spout b. (wasted, ruined) hancur: our arrangements are up the ~, rancangan kami hancur; c. (wrong) salah sama sekali: I think your guesses are completely up the ~, saya rasa tekaan kamu itu salah sama sekali;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shattervi become broken into pieces, (hancur) berkecai: the cup ~ed on the floor, cawan itu hancur berkecai di atas lantai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
griefcome to ~, a. be destroyed, damaged, etc, hancur, musnah: the company came to ~ due to its ambitious expansion plans, syarikat itu hancur disebabkan oleh rancangan pengembangannya yg terlalu hebat; b. fall, jatuh: the horse came to ~ after clearing several fences, kuda itu jatuh selepas melompati beberapa pagar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scramble2. mix (egg) with butter and milk, memasak [telur] hancur: she ~d some eggs for our breakfast, dia memasak telur hancur utk sarapan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tattered3. (of hope, secret, past, etc) hancur: he novel pictures the ~ lives of the destitute in the slums of Calcutta, novel itu menggambarkan kehidupan yg hancur orang yg melarat di kawasan sesak di Calcutta.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shattervt 1. break, smash into pieces, memecahkan [sst] hingga (hancur) berkecai: the blast ~ed the windows, letupan itu memecahkan tingkap-tingkap hingga hancur berkecai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ruin/be, lay/ in ~s, habis /musnah, hancur, binasa/: he felt that his whole life was in ~, dia berasa seluruh hidupnya habis musnah; the museum lay in ~s after the bombing, muzium itu habis musnah selepas pengeboman itu; fall into ~, habis /musnah, hancur, binasa/: historic buildings that have fallen into ~ because of neglect, bangunan-bangunan bersejarah yg telah habis musnah akibat terbiar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
squash 1 b. crush into pulp, (act.), menghancurkan; (pass.), hancur: the device ~es the fruit and squeezes out the juice,, alat itu menghancurkan buah dan memerah jusnya; the tomatoes will be ~ed if you put them at the bottom of the shopping basket,, tomato-tomato itu akan hancur jika kamu meletakkannya di bahagian bawah bakul;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas