Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[han.cur] | هنچور

Definisi : 1. pecah menjadi kecil-kecil (ber­serpihan, berkecai-kecai), remuk: rumahnya ~ kena bom sewaktu perang dahulu; tubuhnya ~ dan isi perutnya terburai akibat kemalangan itu; 2. pecah berderai-derai (bkn benda-benda rapuh spt biskut dll), relai: biskut di dlm tin itu ~ apabila tinnya jatuh terhempas ke lantai; 3. menjadi cair, melarut, encer: ketul ais mudah ~; istana itu terbakar dan timah atapnya ~ turun spt hujan; 4. pecah kecil-kecil atau halus-halus (kerana di­tum­buk, dikisar, dikunyah, dsb): makanan yg ~ senang dihadam; 5. ki sedih sekali, putus asa: ~ rasa hatinya; ~ hati terlalu sedih; 6. ki rosak binasa, cerai-berai, tidak bersatu (kukuh dll): kerana dia, rumah tangga kita menjadi ~; negara akan ~ jika rakyatnya tidak bersatu padu; 7. hilang atau tidak ada sama sekali (kepercayaan, harapan, dsb), len­yap: kepercayaanku kepadanya sudah ~ dan tidak mungkin dapat dipulihkan kembali; menghancurkan 1. menjadikan hancur (pecah berserpihan, remuk), meremukkan: letupan bom itu telah ~ kubu pertahanan mereka; 2. menjadikan hancur (pecah berderai-derai, relai), merelaikan (biskut dsb); 3. menjadikan hancur (makanan): ~ ma­kan­an utk bayi; 4. menjadikan cair, me­larut­kan, mengencerkan: bijih yg digali itu dihan­cur­kan supaya timahnya dapat dikum­pul­kan; gula itu dihancurkan di dlm air yg panas; 5. ki merosakkan, mem­binasakan: perang besar akan ~ dunia; ~ hati ki sangat menyedihkan hati, meremuk­kan hati; 6. menghilangkan sama sekali (kepercayaan, harapan, dsb), melenyapkan: perbuatannya menggelapkan wang itu telah ~ kepercayaan saya kepa­da­nya; hancuran 1. pecahan kecil-kecil, remukan: sungai itu menghanyutkan ~ berbagai-bagai jenis batu-batan; 2. larutan, enceran; kehancuran perihal hancur (rosak binasa), kebinasaan, kemusnahan: ~ rumah tangga; ~ ekonomi negara; penghancuran perihal (perbuatan dsb) meng­hancurkan; penghancur 1. sesuatu yg digunakan utk menghancurkan sesuatu: gigi sbg alat ~ makanan; mesin ~ batu; 2. orang yg meng­hancurkan (merosakbinasakan, me­musnah­kan): dialah ~ kebahagiaan rumah tangga kami; merekalah petualang negara, ~ ke­amanan negara ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[han.cur] | هنچور

Definisi : 1 pecah menjadi kecil-kecil kerana dikunyah, ditumbuk dll; lumat; remuk: Batu sekeras itu akan ~ juga apabila dipalu dgn tukul besi. 2 menjadi cair atau larut (bkn garam, gula dll dlm air); melarut: Kacau air itu perlahan-lahan supaya gula di dlmnya ~. 3 ki menjadi rosak atau binasa sama sekali; tidak bersatu; bercerai-berai. ~ hati terlalu sedih. ~ lebur (luluh) rosak atau hancur sama sekali. menghancurkan 1 menjadikan hancur (dgn menumbuk dll); melumatkan: ~ makanan utk bayi. 2 menjadikan cair (bkn gula dll); melarutkan: ~ gula dlm air panas. 3 ki merosakkan; membinasakan. hancuran 1 pecahan yg kecil-kecil. 2 benda yg sudah cair; cairan; larutan. kehancuran keadaan hancur (rosak binasa; musnah dll): Negara itu hampir menemui ~ dlm peperangan. penghancuran perbuatan atau hal menghancurkan: ~ gula dpt dilakukan dgn mengacaunya dlm air panas. penghancur orang yg menghancurkan; alat utk menghancurkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hancur (adjektif)
1. Bersinonim dengan pecah kecil-kecil: pecah halus-halus, lumat, pecah berderai, remuk, berkecai-kecai, berserpihan, relai,

2. Bersinonim dengan cair: larut, encer,

3. Bersinonim dengan rosak: musnah, binasa, roboh, runtuh, jahanam, lenyap,

4. Bersinonim dengan hancur hati: hancur luluh, remuk redam, putus asa, putus harap, kecewa,

Kata Terbitan : menghancurkan, hancuran, kehancuran, penghancuran, penghancur,

Puisi
 

Tak boleh kuda di ladang,
     Hancur belum dalam padi;
Kalau tak boleh adinda kucadang,
     Habis fikir kubunuh diri.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Garam dikulum tak hancur.

Bermaksud :

Orang yang pandai menyimpan rahsia.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
broken riceberas hancurVeterinarTiadaHasil sampingan daripada pengilangan padi. Hasil ini terdiri daripada serpihan beras yang hancur yang dipisahkan daripada beras untuk kegunaan manusia. Bahan ini mengandungi tenaga yang tinggi dan amat sesuai untuk ternakan terutamanya ayam. Kandungan proteinnya antara 6-8% dan serabut kasar 3-5%. Bahan ini boleh menggantikan jagung sebagai sumber makanan ternakan poltri kerana kandungan tenaga, protein dan serabut kasarnya yang hampir sama.
hand poundingpenumbukan; menumbukPentadbiran PerniagaanTiadaMenumbuk: Memukul dengan alu dan lain-lain supaya hancur.,Penumbukan: Perihal menumbuk atau proses memukul dengan alu dan lain-lain supaya hancur.
comminutedhancurPerubatanTiadaPatah atau fraktur tulang menjadi beberapa kepingan kecil.
crumbleperoi; hancurVeterinarTiadaTiada
thermonuclear holocausthancur musnah termonuklearSejarahTiadaTiada
crumbleperoi; hancurPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
crush stonebatu hancurGeologiTiadaTiada
crush brecciabreksia hancurGeologiTiadaBreksia yang terbentuk setempat oleh teknan keterlaluan yang mendatangkan penghancuran.
crushed rockbatuan hancurKejuruteraanTiadaTiada
crushed granitegranit hancurKejuruteraanTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas