Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[han.dai] | هنداي

Definisi : kawan, rakan, sahabat, teman: ~ taulan = sahabat ~ teman-teman, kawan-kawan, rakan-rakan; berhandai-handai berkawan-kawan, ber­gaul: Ali dan adiknya yg perempuan sudah dibiarkannya ~, bersenda-senda, dan ber­cengkerama; kalau sudah penat, barulah mereka duduk di pelantar sambil ~ dgn riang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[han.dai] | هنداي

Definisi : kawan; sahabat; rakan. ~ taulan sekalian sahabat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
handai (kata nama)
Bersinonim dengan kawan, rakan, sahabat, teman, kenalan, taulan, sekutu, konco, geng, member;,
Kata Terbitan : berhandai-handai,

Peribahasa

Senduk dengan belanga lagi berlaga.

Bermaksud :

Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi, c. Senduk dan periuk lagi berantuk).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaiakum Saya keliru dnegan Golongan Kata bagi perkataan sanak saudara dan sahabat handai. Adakah kedua-duanya tergolong dalam Golongan Kata Majmuk atau Kata Ganda Berirama? Mohon penjelasan pihak tuan.Sanak saudara dan sahabat handai merupakan kata majmuk. Tatabahasa28.06.2021
maksud perkataan rakanMakna bagi perkataan rakan ialah sahabat, handai, taulan, teman (sepermainan, sekerja, dll). Rakan juga membawa maksud bala, bahaya (yg akan datang); 2. huru-hara, kacau-bilau. Sila rujuk Kamus DWan Edisi Keempat untuk keterangan dan contoh yang lebih lanjut, Harap maklum.Makna26.08.2007
Bunyi_____ dari rumah Azlan jelas kedengaran kerana_____ nya telah berkumpul untuk meraikan majlis perkahwinan anak sulungnya. a) Kelam kabut.......anak-anak b)hiruk pikuk...saudara mara c)kucar kacir...sahabat handai d)dentam-dentum...adik beradik

Saudara,

Ayat yang betul ialah : Bunyi hiruk-pikuk dari rumah Azlan jelas kedengaran kerana saudara-maranya telah berkumpul untuk meraikan majlis perkahwinan anak sulungnya.

Tatabahasa11.09.2009
apakah maksud sahabatMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sahabat membawa maksud 1. kawan, teman, taulan: daripada banyak seteru, lebih baik banyak kawan; 2. pengikut, murid; sahabat nabi pengikut nabi; sahabat handai = ~ kenalan sahabat-sahabat; ~ karib sahabat yg rapat (baik); ~ kita (beta) bh tuan (dlm surat raja-raja dahulu); ~ pena sahabat menerusi surat sahaja; bersahabat berkenalan dan berbaik-baik, ber-kawan (dgn), berteman (dgn): kita ~ dgn orang yg baik-baik; Australia dan New Zealand merupakan negara-negara yg ~ baik dgn kita; bagai ~ dgn ular bisa prb kalau berkawan dgn orang yg jahat, lambat-laun dianiayanya juga kita; drpd ~ dgn orang yg bodoh, baik ber-seteru dgn orang berakal prb tidak berfaedah bersahabat dgn orang yg bodoh; bersahabatan berbaik-baik antara satu sama lain; mempersahabatkan memperkenalkan su­paya bersahabat, menjadikan bersahabat (orang yg belum berkenalan); persahabatan perihal bersahabat: ~ kami sudah menjadi begitu erat sekali.Ejaan28.02.2015
apakah maksud perkataan 'selamat'Antara makna selamat ialah 10ucapan atau doa yg berisi harapan supaya tidak kurang (tidak terjadi) apa-apa atau supaya sejahtera: Ketika dia berkahwin dahulu banyak sahabat handai yg memberi ~ kpdnya. doa ~; ~ jalan; ~ pengantin baru. 2. terlepas drpd segala bahaya atau bencana; tidak mendapat gangguan apa-apa: Kami telah ~ sampai di London pd pukul 10.00 pagi.Makna09.08.2010
1. wujudkah perbezaan makna antara "di antara" dan "antara"2. adakah " rakan sahabat" melanggar hukum tatabahasa kerana rakan dan sahabat membawa makna yang sama? jelaskan. 3. "pertamanya marilah kita memanjatkan..." betulkah penggunaan "-nya" pada ayat tersebut. jelaskan. terima kasih.

Jawapan 1:
Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata nama. Frasa sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat.  Contohnya: 1.  Anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya. 2. Tambak Johor terletak  di antara Johor Bahru dengan Singapura.

1. Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan. Contohnya: 1. Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya. 2. Antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya.

2. Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. Contohnya: Antara lagu persembahannya ialah...  (betul). Antara lagu-lagu persembahannya ialah... (salah)

3. Kata sendi nama antara hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang mengalamai penggandaan separa seperti adik-beradik yang membawa makna kumpulan orang dan sebagainya yang tertentu. Contohnya: Mereka berbincang antara adik-beradik.

4. Kata sendi nama antara boleh juga diikuti oleh bilangan tentu seperti dua, tiga, sepuluh, seribu dan sebagainya, kata bilangan tidak tentu seperti beberapa, semua dan sebagainya, dan kata bilangan himpunan seperti kedua-dua, ketiga-tiga, beratus-ratus dan sebagainya. Contohnya: Antara dua bangunan itu jauh perbezaannya. 

5. Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama diri seperti mereka, kita dan -nya. Contohnya: Antara mereka, banyak persamaannya. 

Jawapan 2:
Makna bagi perkataan rakan ialah sahabat, handai, taulan, teman (sepermainan, sekerja, dll). Rakan juga membawa maksud bala, bahaya (yg akan datang); 2. huru-hara, kacau-bilau. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan dan contoh yang lebih lanjut, Harap maklum.

Jawapan 3:
Perkataan "Pertamanya...." pada permulaan ayat tidak sesuai digunakan, boleh diganti dengan perkataan "Pertama sekali,....".

Tatabahasa29.03.2013

Kembali ke atas