Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[han.tar] | هانتر

Definisi : ; ~ tangan (bkn surat dsb) tidak dihantar melalui pos tetapi dihantar melalui orang (pembawa dsb); berhantar diiringi, dikawani, ditemani; datang tak berjemput, pulang tak ~ prb perihal orang yg tidak diendahkan; menghantar 1. mengiringkan (membawa, mengawal, mengawani, menemani) seseorang ke sesuatu tempat tertentu dan mening­galkannya di situ: setiap hari ayah ~ kami ke sekolah dgn keretanya; 2. membawa atau menyebabkan bergerak dr satu tempat ke tempat lain, mengalirkan: pam jantung di sebelah kanan ~ darah masuk ke dlm paru-paru melalui salur nadi; 3. menyampaikan surat (kad jemputan, laporan, dsb) melalui alat perhubungan (spt pos, telegraf, dsb), mengirim: dia ~ surat kpd ayahnya setiap bulan; 4. membawa utk diberikan (disampai­kan) kpd seseorang dsb: dia datang ke rumah ~ surat itu; 5. membawa ke sesuatu tempat (utk tujuan tertentu): ~ manusia ke bulan; ~ kereta ke bengkel utk dibaiki; 6. menyertakan sesuatu (utk dipertandingkan dsb): dlm pertandingan itu, Ramli ~ dua buah lukis­annya; 7. membiayai pelajaran dsb, mema­sukkan (ke sekolah dsb yg tertentu): kerajaan telah ~ ramai pelajar bumiputera ke luar negeri; ~ anaknya ke sekolah aliran Melayu; 8. menyuruh (mengarahkan, me­min­ta, me­maksa, dsb) pergi ke sesuatu tempat (utk melaksanakan sesuatu tugas dsb): ~ bala tentera ke sempadan; ~ perwakilan ke sesuatu persidangan; 9. menendang (membaling, memukul) bola ke sesuatu tempat atau kpd seseorang pemain lain (dlm permainan bola sepak, hoki, badminton, dll): Hassan ~ bola ke pintu gol; ~ cincin = ~ tanda membawa (memberi, mengirim) cincin utk tanda pertunangan; hantar-menghantar 1. saling menghantar, kirim-mengirim, beri-memberi: setiap Hari Raya kami saling ~ kuih dan hadiah; 2. ark berturut-turut tetapi tidak teratur antaranya: ia masih hidup kerana nafasnya ~; menghantari membawa utk diberikan kpd, mengirimi: maka dihantari baginda rakyat dan gajah kuda tidak terpermanai banyak­nya; suaminya tidak ~nya surat; menghantarkan = menghantar; hantaran 1. sesuatu yg dihantar (dikirim), kiriman: petani-petani sambilan ini mungkin mendapat ~ drpd anak dan ahli keluarga yg melakukan migrasi; 2. = ~ kahwin = wang ~ wang yg dihantar oleh pihak lelaki kpd bakal mentua utk perbelanjaan perkahwinan, belan­ja hangus; 3. (dlm majlis perkahwinan orang Melayu) hadiah (berupa makanan, pakaian, dsb) yg dibawa bersama wang hantaran: pihak pengantin lelaki membawa tujuh dulang ~; 4. (dlm permainan bola sepak dll) tendangan (balingan dsb) bola ke sesuatu tempat atau kpd pemain lain: ~nya tidak sampai kpd kawannya; penghantaran perihal (perbuatan, kerja) menghantar (mengirim dll); penghantar 1. orang yg menghantar (me­ngirim) surat dsb; 2. orang yg membawa se­suatu utk diberikan (disampaikan) ke sesuatu tempat atau kpd seseorang, pembawa: ~ surat khabar; ~ pos (surat) Id posmen; 3. orang yg membuka mesyuarat (pembicaraan dll); 4. alat utk menghantar; 5. = pengantar pan­dangan umum yg ringkas tentang isi buku, ceramah, dll; kata ~ prakata; 6. = pengantar sesuatu (bahasa) yg digunakan utk me­nyam­paikan maklumat, spt ilmu pengetahuan dll: bermula pd tahun 1982, bahasa Melayu telah digunakan sbg bahasa ~ pendidikan di peringkat sekolah menengah; berpenghantarkan, berpengantarkan me­ng­­­­guna­kan sesuatu (bahasa) sbg penghantar: kanak-kanak itu belajar di sekolah yg ~ ba­hasa ibundanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[han.tar] | هانتر

Definisi : ; menghantar, menghantarkan meletak­kan (di tanah dll) sembarangan sahaja, meng­geletak: dihantarkannya tangan kanan ke atas bahu kirinya; terhantar 1. terlantar di tanah dll, tergele­tak: badannya ~ di Langkawi, ditanamkan orang di sana; 2. tidak terpelihara (tidak terbela), terbiar, terlantar: rumah pemeli­haraan orang yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[han.tar] | هانتر

Definisi : ; menghantar 1 menemani, mengawani, mengiringi orang berjalan: Dia ~ neneknya pulang ke Ipoh. 2 membawa; mengirim: Posmen ~ surat ke rumah Ali. 3 memasukkan ke (sekolah dsb); membiayai pelajaran dll: Banyak ibu bapa yg ~ anak mereka belajar di sekolah itu. Setiap tahun, kerajaan ~ para pelajar ke luar negara utk melanjutkan pelajaran. 4 mengirim (membawa) ke sesuatu tempat utk sesuatu tujuan: Negara kita telah ~ dua orang peserta dlm perlumbaan itu. ~ manusia ke bulan; ~ pasukan tentera ke perbatasan. 5 memberikan (menendang, memukul dsb) bola, bulu tangkis dll: Bulu tangkis itu dihantar betul-betul atas garisan tepi gelanggang. menghantari menghantar sesuatu kpd; mengirimi: Dia dihantari sejambak bunga. hantaran 1 sesuatu yg dihantar; kiriman. 2 = wang ~ wang yg dihantar oleh pihak pengantin lelaki kpd pihak pengantin perempuan. 3 barang-barang spt pa­kaian, makanan yg berupa hadiah yg dibawa bersama wang hantaran oleh pihak pengantin lelaki utk pengantin perempuan. penghantaran perbuatan atau proses menghantar: Saraf tunjang mempunyai tugas yg berkaitan dgn ~ rangsang ke otak. penghantar 1 orang yg menghantar: ~ surat khabar. 2 alat utk menghantar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hantar
Kata Terbitan : berhantar, menghantar, hantar-menghantar, hantaran, penghantaran, penghantar,

Puisi
 

Nak dulang kubagi dulang,
     Dulang bekas hantar bertih;
Nak pulang kubagi pulang,
     Pulang cik tuan gajah putih pulang


Lihat selanjutnya...(9)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
point (bersih titik intip) Proses menanggalkan titik intip yang telah digunakan dalam pengawasan atur cara. (KOM) clear text (bersih teks) Tindakan membersihkan teks pada paparan. (KOM) clear to send (boleh hantar) Isyarat kawalan piawaian penghantaran data tak segerak RS-232C yang diki- rim oleh peralatan modem kepada komputer. Isyarat ini menandakan bahawa modem telah bersedia untuk menerima data. Isyarat ini juga bod penebat insulating board bod perabung ridge board bod serat terarah oriented strand board bod teras core board bod tumpu gulung-gulung barge board bol bole bola mata eyeball boleh hantar clear to send boleh tentu determinate boleh ubah bentuk deformable boletivor boletivore bolt biasa common bolt bolt cangkuk hook bolt bolt kekuatan tinggi high strength bolt bolt laras barrel bolt

Kembali ke atas