Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.nyut] | هاڽوت

Definisi : 1. dibawa mengalir oleh air (ombak, banjir, dsb): kayu itu ~ dibawa air pasang; 2. pergi jauh-jauh (mengembara, membawa diri atau membawa untung): lebih baik saya ~ ke negeri lain drpd hidup memendam rasa; 3. = berhanyut gelincir, meleset, larat (kerana licin dll): beberapa kali ia membuang sauh, ~ juga sauhnya itu; maka dibedilnya belu­lang itu, ~ tiada terus; 4. ki terlalu asyik, sedang khayal, terbawa mengelamun: mereka ~ dibuai lagu yg berirama lembut; penulis-penulis muda yg dikatakan sedang ~ ke satu alam yg penuh dgn kata-kata yg hebat; ~ harta bendanya hilang lenyap, habis, lesap; ~ hatinya merasa rawan; orang ~ a) orang yg hanyut di air (sungai, laut); b) orang yg mengembara ke mana-mana (orang dagang, musafir); ~ dipintasi, lulus diselami, hilang dicari prb menolong orang dlm masa kesusahan; malu berkayuh, perahu ~ prb kalau segan berusaha tidak akan mendapat kemajuan; terapung tak ~ terendam tak basah prb belum ada keputusan (ketentuan, ketetapan); berhanyut-hanyut 1. = berhanyutan ter­apung-apung dibawa air (banjir, ombak): berhari-hari kapal itu ~ dibawa ombak; mana yg tidak tenggelam tinggallah berha­nyutan; 2. pergi ke mana-mana: biar aku ~ ke rantau orang; 3. berlarut-larut, berlanjut-lanjut: perbualan mereka ~; menghanyutkan 1. membawa (menyebab­kan) hanyut (mengalir), dibawa oleh aliran: dihanyutkannyalah rakit itu ke laut; 2. ki membawa (diri) berangan-angan: dihanyutkan oleh khayalan; air tenang ~ prb orang yg pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan besar-besar; hanyutan benda yg dihanyutkan; kehanyutan perihal (keadaan dsb) terlalu asyik dgn sesuatu (selama terbawa menge­lamun dsb): watak-watak anak muda, diperlihatkan ~ dlm arus kota yg simpang-siur; penghanyutan perihal atau perbuatan menghanyutkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.nyut] | هاڽوت

Definisi : 1 dibawa mengalir oleh air, ombak dll: Perahunya ~ dibawa oleh air bah. 2 pergi membawa diri atau mengembara jauh-jauh. 3 ki terlalu asyik sehingga terlupa akan yg lain-lain; terbawa mengelamun: Dia ~ memikirkan masa depannya. berhanyut-hanyut terapung-apung dibawa air, ombak dll: Empat hari empat malam, perahunya ~ dibawa ombak. menghanyutkan 1 membawa hanyut; membawa mengalir: Air bah yg dahsyat itu telah ~ pondok mereka. 2 ki menyebabkan hanyut (asyik): Kenangan manis itu telah ~nya. hanyutan sesuatu yg dihanyutkan. penghanyutan perbuatan atau hal menghanyutkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hanyut (kata kerja)
1. Bersinonim dengan leka: khayal, asyik, mengelamun, melamun, berangan-angan, syok,

2. Bersinonim dengan terapung-apung: dibawa arus, bergerak,

3. Bersinonim dengan mengembara: membawa diri, membawa untung, pergi jauh-jauh, berkelana, berpetualangan, bermusafir,

Kata Terbitan : berhanyutan, menghanyutkan, kehanyutan,

Puisi
 

Tudung saji hanyut terapung,
     Hanyut sampai Pulau Jerjak;
Hajat hati nak pulang ke kampung,
     Badan terkurung tempat dipijak.


Lihat selanjutnya...(50)
Peribahasa

Segan (= malu) berkayuh,
     perahu hanyut.

Bermaksud :

Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut, b. Segan bergalah, hanyut serantau).

 

Lihat selanjutnya...(27)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
float2. a. move on surface of water, hanyut: the raft ~ed down the river, rakit itu hanyut ke hilir sungai; why bother rowing? Let’s just ~, buat apa berdayung, biar saja perahu kita hanyut; b. move through air, melayang-layang; (of cloud) terapung-apung: the propaganda leaflets ~ed down onto the streets of the city, risalah-risalah propaganda jatuh melayang-layang ke jalan-jalan kota itu; clouds were ~ing across the sky, awan terapung-apung melintasi langit; 3. (of sound) mengalun: the sound of the cowbells ~ed across the icy mountain slopes, bunyi loceng lembu mengalun di sekitar lereng gunung yg berais itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
drift2. be carried along by current of water, hanyut: they cut the motor and just ~ed for a while, mereka mematikan enjin dan membiarkan bot hanyut sebentar; 3. a. move aimlessly or casually, berjalan perlahan-lahan: she ~ed into the room with a towel slung across her shoulder, dia berjalan perlahan-lahan masuk ke bilik itu dgn tuala tersebai di bahunya; b. wander, hanyut; (from one activity to another) bertukar: he’s not looking for employment, he’s just ~ing, dia bukan mencari kerja, dia suka hanyut begitu; since he left school he has ~ed from one job to another,Kamus Inggeris-Melayu Dewan
drift~ out, be carried away by current of water, hanyut: the little boat ~ed out to sea, perahu itu hanyut ke laut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
drift~ along, a. be carried by the movement of water, hanyut: the boat ~ed along in the canal, bot itu hanyut di terusan; b. go through life aimlessly, hidup tanpa tujuan: he’s quite happy to just ~ along, dia bahagia hidup tanpa tujuan begitu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sweep c. cause st to drift away, (act.) menghanyutkan sst; (pass.) sst /dihanyutkan [oleh sst], hanyut/: the mooring rope broke and the boat was swept away, tali tambatan terputus dan bot itu pun hanyut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
driftsejak dia meninggalkan bangku sekolah, dia telah bertukar dr satu pekerjaan ke pekerjaan yg lain; 4. develop or progress aimlessly, hanyut: their conversation seems to be ~ing from one topic to another, nampaknya perbualan mereka hanyut dr satu tajuk ke tajuk yg lain; 5. (of snow, sand, etc) pile up in heaps, menimbun, berlonggok;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
adriftadj & adv 1. terapung-apung: they were ~ for seven days in the Pacific, mereka terapung-apung selama tujuh hari di Lautan Pasifik; 2. (fig.) hanyut: to be ~ on a sea of trouble, hanyut dlm arus kesusahan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
driftwoodn kayu hanyut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
adriftbreak ~, terlepas hanyut; /carry, cast, turn/ (st) ~, menghanyutkan sst: to cast a boat ~, menghanyutkan perahu; cut os ~, memutuskan hubungannya: he cut himself ~ from his family, dia memutuskan hubungannya dengan keluarganya; cut st ~, menghanyutkan sst; let o’s thoughts run ~, membiarkan fikiran sso melayang; turn so. ~, a. (from home) /mengusir, menghalau/ sso dr rumah; b. (from service) memberhentikan kerja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
drift-netn pukat hanyut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas