Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata harafiah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Dalam 'Istilah Bahasa Melayu', terdapat 16 entri 'harafiah' digunakan untuk terjemahan 'literal'. Tetapi tiada entri 'harafiah' dalam Kamus Dewan Edisi 4, yang ada hanyalah 'harfiah'. Saya harap percanggahan ini dapat diselesaikan untuk mengelakkan kekeliruan. Sekian, terima kasih.Padanan istilah dalam bahasa Melayu bagi istilah literal ialah 'harfiah'.

Perkataan 'harfiah' berasal daripada bahasa Arab fus.ha (baku) iaitu 'harfiyyah' (حرفيه) yang membawa maksud perkataan demi perkataan.

Pihak kami ambil maklum tentang 16 istilah 'harafiah' yang terdapat dalam Pangkalan Data PRPM dan akan merujuk kepada bahagian yang berkenaan.
Lain-lain19.07.2021
apakah maksud prinsip penterjemahan dalam aspek wacanaPada dasarnya, penterjemahan wacana haruslah dibuat berdasarkan konsep teks secara keseluruhan dan bukannya terjemahan harafiah. Misalnya frasa Inggeris 'bypass' boleh membawa maksud jalan pirau atau pun pembedahan pintasan, bergantung pada konteksnya.Lain-lain25.08.2006
Saya menterjemahkan sebuah teks yang dipetik dari laman web NASA. Ayat asalnya NASA is on a journey to Mars. Terjemahan NASA dalam perjalanan ke Marikh. Adakah terjemahan ini betul?"NASA dalam perjalanan ke Marikh" ialah terjemahan secara harafiah atau literal daripada bahasa Inggeris "NASA is on journey to Mars".  Walau bagaimanapun, kami berpendapat puan perlu dapatkan konsep atau maksud sebenarnya untuk mendapatkan terjemahan bahasa Melayu yang lebih baik.Penyemakan dan penterjemahan05.12.2016

Kembali ke atas