Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.rap] | هارڤ

Definisi : 1. sl hasrat (kehendak) utk mendapat sesuatu, hasrat supaya terjadi sesuatu: maka sekarang ~ beta sekalian orang besar masing-masing menjaga pekerjaannya; 2. = harap­lah hendaklah, mintalah, pohonlah: ~ mak­lum; ~ cemas bimbang (ragu-ragu, khuatir); ~ hati hasrat hati (keinginan hati); ~ putus (hilang) ~ berasa kecewa sama sekali, putus asa; harapkan harap akan; ~ anak buta mata sebelah, ~ teman buta kedua-duanya prb setiap pekerjaan harus diawasi sendiri (jangan diharapkan pd orang lain); ~ guruh di langit air di tempayan ditumpahkan prb melakukan pekerjaan yg tergesa-gesa maka rugi akibatnya (kehilangan barang yg sudah dimiliki); harap-harapan sentiasa berharap (menanti-nantikan), sentiasa rindu (akan); berharap berhasrat (dan sedia menunggu) utk mendapat sesuatu atau agar terjadi (terbit dsb) sesuatu, meminta (dgn sedikit sebanyak jangkaan) supaya terjadi sesuatu: janganlah pula kamu ~ yg doktor itu dapat mengubat penyakit kamu dgn serta-merta; berharapkan berharap akan: mereka ~ perlindungan, kasih sayang, dan pimpinan; mengharap, mengharapkan 1. berharap akan, menginginkan, menjangka akan men­dapat (memperoleh): kami sudah tidak dapat membeli beras dan sayur-sayuran lagi, ikan jangan diharap; rakyat ~ pimpinan drpd mereka yg dianggap pandai; 2. percaya akan, menggantungkan nasib dll kpd, mem­percayai: maka dukacitalah ia sebab kehi­lang­an orang yg diharapkannya; memang orang itu tidak boleh diharap; terharap-harap sentiasa mengharap(kan); ~ saja menjangka-jangka tetapi tidak mem­peroleh, tidak berjaya (kecewa); harapan 1. sesuatu atau seseorang yg diharap(kan): memang tidak ada ~ yg cita-citanya akan berjaya; 2. perihal mengharap­kan: ~nya utk mendapat bantuan telah hilang; 3. = orang ~ orang yg diharapkan (dipercayai), orang kepercayaan: hanyan orang tua itu ~nya; pemuda ~ bangsa pemuda yg diharap akan memimpin dan memajukan bangsa; membilang ~ terus berharap, tidak putus-putus harapan; penuh ~ besar harapan; Pulau H~ Id Pulau Sumatera; putus ~ putus harap; ~ hati harap hati; berharapan mempunyai harapan (yg besar); pengharapan hal atau perbuatan mengha­rap­kan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.rap] | هارڤ

Definisi : keinginan utk mendapat sesuatu; keinginan atau hasrat supaya terjadi sesuatu. berharap ingin utk mendapat sesuatu atau supaya terjadi sesuatu: Ibu bapanya ~ agar dia berjaya dlm peperiksaan itu. mengharapkan 1 berharap akan mendapat sesuatu atau berlakunya sesuatu; menghajati; mengingini: Dia tidak mahu mati di atas tilam, tetapi ~ mati syahid di medan perjuangan sbg pahlawan Islam. 2 percaya akan; menggantungkan nasib dll kpd: Memang orang itu tidak dpt diharapkan. terharap-harap selalu mengharapkan. harapan 1 orang atau sesuatu yg diharapkan: Dialah ~ gurunya kerana dia bijak, berani dan tegas. 2 hal berharap: Memang ada ~ bahawa cita-citanya akan tercapai. pengharapan perbuatan atau hal mengharapkan: ~ utk mendapat bantuan telah tidak ada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harap
Kata Terbitan : berharap, mengharapkan, terharap-harap, harapan,

Puisi
 

Harap-harap kelapa puan,
     Tidak puan kelapa bali;
Harap ke mari kepada tuan,
     Tuan nak tolak ke mana lagi.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Disuruh dituruti,
     berserah sekehendak hati.

Bermaksud :

Harap-harap percaya tidak.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
so I hope ~!, let us hope ~!, harap-harap begitulah, mudah-mudahan (begitulah); is that ~?, ya(kah)?, begitukah?, betul(kah)?: “This fort was built in 1726.” “Is that ~?”, “Kubu ini dibina dlm tahun 1726.” “Yakah?”;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hopefullyadv 1. with hope, dgn penuh harapan: the hungry children looked at us ~, kanak-kanak yg lapar itu memandang kami dgn penuh harapan; 2. it is hoped, harap-harap: ~ it won’t rain, harap-harap hari tdk hujan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sneak ~ on so., (colloq) repot ttg (sso): let’s hope he won’t ~ on us, harap-harap dia tdk akan repot ttg kita pd cikgu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
morrown; the ~, (dated) besok, esok: let us hope that the ~ will bring good news, harap-harap esok akan membawa berita baik; on the ~, besok, esok: the boat sailed on the ~, perahu itu akan belayar esok.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
trust4. hope, expect, harap: I ~ that all went well at the meeting, saya harap segala-galanya berjalan dgn baik dlm mesyuarat itu; you will be able to join us, I ~, saya harap kamu dapat menyertai kami;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
despondentadj putus /asa, harap(an)/; (of expression, look) spt orang yg berputus /asa, harap(an)/: he has been ~ since he lost his job, dia putus harapan semenjak dia hilang pekerjaannya; she had a ~ look about her, dia kelihatan spt orang yg berputus asa; /look, appear/ ~, kelihatan berputus /asa, harap(an)/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hopevt (ber)harap: I ~ he will win, saya berharap dia akan menang; I ~ that you are well, saya harap kamu sihat; I ~ and pray that you’ll return safely, saya berharap dan berdoa agar kamu akan pulang dgn selamat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
perish~ the thought, harap janganlah: they plan to spend the weekend here, ~ the thought!, mereka merancang utk menghabiskan masa hujung minggu di sini, harap janganlah!;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wave~ goodbye to, (colloq) jangan harap: if you fail the exam you can ~ goodbye to your chances of going to college, kalau kamu gagal dlm peperiksaan, janganlah harap kamu dapat masuk kolej;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
whistle~ for st, (colloq) jangan harap [sso] mendapat sst balik: I owe him some money, but he can ~ for it, I have none now, saya berhutang dengannya, tapi jangan harap dia mendapatnya balik, krn pd masa ini saya tdk ada duit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456789

Kembali ke atas