Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.rap] | هارڤ

Definisi : 1. sl hasrat (kehendak) utk mendapat sesuatu, hasrat supaya terjadi sesuatu: maka sekarang ~ beta sekalian orang besar masing-masing menjaga pekerjaannya; 2. = harap­lah hendaklah, mintalah, pohonlah: ~ mak­lum; ~ cemas bimbang (ragu-ragu, khuatir); ~ hati hasrat hati (keinginan hati); ~ putus (hilang) ~ berasa kecewa sama sekali, putus asa; harapkan harap akan; ~ anak buta mata sebelah, ~ teman buta kedua-duanya prb setiap pekerjaan harus diawasi sendiri (jangan diharapkan pd orang lain); ~ guruh di langit air di tempayan ditumpahkan prb melakukan pekerjaan yg tergesa-gesa maka rugi akibatnya (kehilangan barang yg sudah dimiliki); harap-harapan sentiasa berharap (menanti-nantikan), sentiasa rindu (akan); berharap berhasrat (dan sedia menunggu) utk mendapat sesuatu atau agar terjadi (terbit dsb) sesuatu, meminta (dgn sedikit sebanyak jangkaan) supaya terjadi sesuatu: janganlah pula kamu ~ yg doktor itu dapat mengubat penyakit kamu dgn serta-merta; berharapkan berharap akan: mereka ~ perlindungan, kasih sayang, dan pimpinan; mengharap, mengharapkan 1. berharap akan, menginginkan, menjangka akan men­dapat (memperoleh): kami sudah tidak dapat membeli beras dan sayur-sayuran lagi, ikan jangan diharap; rakyat ~ pimpinan drpd mereka yg dianggap pandai; 2. percaya akan, menggantungkan nasib dll kpd, mem­percayai: maka dukacitalah ia sebab kehi­lang­an orang yg diharapkannya; memang orang itu tidak boleh diharap; terharap-harap sentiasa mengharap(kan); ~ saja menjangka-jangka tetapi tidak mem­peroleh, tidak berjaya (kecewa); harapan 1. sesuatu atau seseorang yg diharap(kan): memang tidak ada ~ yg cita-citanya akan berjaya; 2. perihal mengharap­kan: ~nya utk mendapat bantuan telah hilang; 3. = orang ~ orang yg diharapkan (dipercayai), orang kepercayaan: hanyan orang tua itu ~nya; pemuda ~ bangsa pemuda yg diharap akan memimpin dan memajukan bangsa; membilang ~ terus berharap, tidak putus-putus harapan; penuh ~ besar harapan; Pulau H~ Id Pulau Sumatera; putus ~ putus harap; ~ hati harap hati; berharapan mempunyai harapan (yg besar); pengharapan hal atau perbuatan mengha­rap­kan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.rap] | هارڤ

Definisi : keinginan utk mendapat sesuatu; keinginan atau hasrat supaya terjadi sesuatu. berharap ingin utk mendapat sesuatu atau supaya terjadi sesuatu: Ibu bapanya ~ agar dia berjaya dlm peperiksaan itu. mengharapkan 1 berharap akan mendapat sesuatu atau berlakunya sesuatu; menghajati; mengingini: Dia tidak mahu mati di atas tilam, tetapi ~ mati syahid di medan perjuangan sbg pahlawan Islam. 2 percaya akan; menggantungkan nasib dll kpd: Memang orang itu tidak dpt diharapkan. terharap-harap selalu mengharapkan. harapan 1 orang atau sesuatu yg diharapkan: Dialah ~ gurunya kerana dia bijak, berani dan tegas. 2 hal berharap: Memang ada ~ bahawa cita-citanya akan tercapai. pengharapan perbuatan atau hal mengharapkan: ~ utk mendapat bantuan telah tidak ada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harap
Kata Terbitan : berharap, mengharapkan, terharap-harap, harapan,

Puisi
 

Harap-harap kelapa puan,
     Tidak puan kelapa bali;
Harap ke mari kepada tuan,
     Tuan nak tolak ke mana lagi.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Disuruh dituruti,
     berserah sekehendak hati.

Bermaksud :

Harap-harap percaya tidak.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, perkataan salah eja masih wujud malah digunakan sebagai contoh ayat. Seperti perkataan yang salah eja "naskah", harap-harap PRPM boleh membetulkan kesalahan seperti ini. Terima kasih.Terima kasih, kami ambil maklum saranan tuan/puan. Pihak kami akan memanjangkan isu ini kepada bahagian yang bertanggungjawab untuk penambahbaikan.Lain-lain27.10.2021
Salam, saya ingin tahu padanan bahasa Melayu untuk perkataan "customize" dan "wood-cloth." Apaka ayat ini gramatis, "Harap-harap, anda kemudian akan ingin mengetahui dengan lebih lanjut dan mengembangkan sendiri rekaan dan cara-cara anda bekerja." Terima kasih.1. Customize diterjemahkan kepada mengikut tempahan atau mengikut pesanan. Wood-cloth tidak ada dalam sumber rujukan kami. Merujuk sumber istilah yang ada seperti wood product dan wood vinegar diterjemahkan kepada keluaran kayu dan cuka kayu, kami cadangkan wood cloth diterjemahkan kepada kain kayu.
2. Ayat yang sesuai, "Harapan kami, anda akan mengetahui dengan lebih lanjut serta mengembangkan sendiri rekaan dan cara-cara anda bekerja".
Istilah23.07.2012
Yang manakah jawapan betul bagi soalan di bawah: 1. Bintang............ di angkasa. a. berkerlipan b. berkerdipan 2. ..............beri laluan, air panas. a. Tolong b. Harap1. Ungkapan yang betul ialah "Bintang berkerdipan".
2.  Jawapan yang betul ialah harap. Harap (haraplah) bermaksud hendaklah, mintalah, pohonlah; dan tolong bermaksud bantu.
Tatabahasa17.07.2013
Ayat manakah lebih betul Harap jangan merokok atau Jangan merokok Adakah sila jangan..., tolong jangan.., minta jangan..., harap jangan.. betul?Ayat perintah boleh menggunakan perkataan harap, jangan dan sila, tetapi tidak secara berturutan seperti sila jangan atau harap jangan. Untuk lebih tegas, perkataan harap dan jangan lazimnya digunakan seperti "Jangan Merokok" dan "Harap Bersabar".Tatabahasa28.07.2016
"(Harap) serahkan buku (yang) berwarna biru itu(kepadaku)," kata Asmah kepada rakannya "Dalam ayat ini ada kesalahan tak?Ayat yang betul ialah "Sila serahkan buku yang berwarna biru itu kepadaku," kata Asmah kepada rakannya.Tatabahasa24.03.2022
Harap dapat kerjasama dari Pihak Tuan untuk meluluskan. Terima kasih.Sila buat permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam papan iklan melalui dbpsahbahasa.myLain-lain10.06.2020
Harap dimaklum bahawa saya telah mengunakan perkhidmatan DBP sah bahasa untuk dua papan iklan saya.Oleh kerana saya hanya dapat gambar untuk salah satu papan ikaln tersebut maka saya pun membuat permohonan untuk iklan tersebut dahulu dan telah diluluskan 2 hari kemudian (No.Permohonan:20149/2018).Pada minggu ini saya membuat permohonan untuk papan iklan yang kedua(No.Permohonan:24011/2018).Walaupun kedua-dua iklan mempunyai perkataan yang sama tetapi iklan yang kedua tidak lulus.Oleh itu saya berasa keliru bahawa mengapa pegawai yang berlainan memberi keputusan yang berlainan.Saya berharap pihak DBP dapat memberi perhatian atas perkara ini agar kami dapat memberi gambar yang tepat.Sekian.Terima Kasih

Salam Sejahtera tuan/puan. Iklan kedua tidak lulus kerana visual yang dibekalkan tidak lengkap untuk papan iklan premis perniagaan. Komen kami berdasarkan visual yang diberikan seperti yang berikut:

1.     Betulkan kepada DIMILIKI OLEH: xxx (rapatkan titik bertindih dengan perkataan)

2.     Tukarkan kepada  No. Pendaftaran:  xxx  (rapatkan titik bertindih dengan perkataan)

3.     Mohon bekalkan keseluruhan visual iklan papan premis untuk pengesahan iklan.

Mohon buat pembetulan seperti yang dikehendaki dan hantar semula melalui akaun yang sama dengan memuat naik fail visual yang telah dibetulkan dan tekan butang “KEMAS KINI”.

Sekian. Terima kasih.
Lain-lain25.05.2018
Harap Tuan dapat menyemak ejaan dan perkataan Bahasa Malaysia yang digunakan di iklan Radio saya. Terima Kasih
Sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.
Lain-lain27.05.2016
Harap Tuan dapat menyemak Ejaan dan perkataan Bahasa Malaysia yang akan digunakan pada iklan saya. Terima Kasih
Sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.
Lain-lain27.05.2016
harap dapat bantu saya. terima kasih

1. Terjemahan Save the info on your hard drive ialah Simpan maklumat itu dalam pemacu keras anda

2. Terjemahan Save your data to Google Drive ialah Simpan data anda dalam Google Drive.

3. Padanan renewable energy ialah tenaga boleh diperbaharui.

Tatabahasa23.06.2015
12345678910...

Kembali ke atas