Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[har.ga] | هرݢ

Definisi : 1. nilai sesuatu barang dgn (kiraan) wang: kalau adapun barang itu ~nya mahal; letak ~ bp a) menetapkan harga; b) menetapkan harga (nilai) yg tinggi (apabila mengetahui bahawa sesuatu atau seseorang itu sangat-sangat dikehendaki); tarik ~ bp a) meletakkan harga yg tinggi; b) (bkn pihak yg menyedari bahawa dirinya dikehendaki ramai) meng­ambil kesempatan memilih atau mengenakan syarat-syarat tertentu kpd pihak yg meng­hendakinya; 2. ki kehormatan (diri), maruah: kami tahu ~ diri kami; 3. ki faedah, erti, guna, manfaat, kepentingan: nasihat yg baik sudah tidak ada ~nya lagi; ~ benderol Id a) meterai yg berbentuk pita yg menyatakan harga (rokok dll); b) = ~ pemerintah = ~ E. Z. Id harga yg ditetapkan oleh kerajaan; ~ beli (pembelian) harga pd ketika membeli; ~ borong harga sesuatu barang yg dibeli atau dijual secara borong, biasanya lebih murah drpd harga runcit; ~ bumbung (Eko) harga maksimum sesuatu barang yg ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa, harga siling; ~ damai harga yg masih boleh ditawar (lwn harga tetap atau harga mati); ~ diri maruah, kehormatan diri; ~ gelap harga yg tidak menurut ketetapan kerajaan; ~ gila Id, bp harga yg terlalu murah atau terlalu mahal; ~ jualan (Eko) harga barang di kedai, harga yg ditetapkan oleh penjual; ~ kos (Eko) harga barang yg dijual oleh pengeluar kpd penjual; ~ lantai (Eko) harga paling rendah yg ditentukan (dibenar­kan); ~ mati = ~ pasti = ~ tetap harga yg muktamad; ~ melawan bp, Id harga yg lebih murah drpd harga penjual lain; ~ modal harga pokok; ~ namaan harga yg tertera pd saham (bukan nilai pasarannya atau nilainya yg sebenar); ~ pasar harga barang di kedai, harga jualan; ~ pasaran (Eko) a) harga terbaru yg dipersetujui oleh pembeli dan penjual barang atau perkhidmatan, sebagaimana yg ditentu­kan melalui permintaan dan penawaran; b) harga selepas diskaun yg terdapat pd tarikh tutup perakaunan; c) harga yg terakhir pd masa jual beli saham, yg disenaraikan dlm bursa saham; ~ penutup (Eko) harga terakhir sesuatu saham dsb yg diniagakan sejurus sebelum waktu dagangan harian ditutup; ~ pokok harga yg dibayar oleh penjual pd masa membeli (drpd pengeluar dsb); ~ runcit harga sesuatu barang yg dibeli atau dijual secara runcit; ~ runtuh harga murah yg ditawarkan oleh pusat membeli belah utk melariskan barang jualan dlm musim tertentu (biasanya musim perayaan); ~ senarai (Eko) harga barang sebelum ditolak potongan (dalal dsb); ~ siling (Eko) harga maksimum sesuatu barang yg ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa, harga bumbung; ~ tunai harga jika dibayar tunai; ada rupa ada ~ prb harga sesuatu barang itu mengikut keadaannya atau mutunya; seharga 1. sama harganya (dgn); 2. harga­nya, dgn harga: membeli barang ~ lima ringgit; berharga 1. mempunyai harga, harganya: kereta barunya ~ RM28 000; 2. berfaedah, bermanfaat, tinggi nilainya, penting: pokok jati menghasilkan kayu yg sangat ~; tidak ~ tidak berguna (tidak penting); menghargai 1. memberi (menetapkan) harga, menaksir harga, menilaikan: barang jual­annya dihargainya terlalu tinggi; aku tidak mahu menjual kereta itu kerana orang ~nya terlalu rendah; 2. memberikan peng­hor­matan (pujian, sanjungan, dsb), meng­anggap penting (berfaedah): penerbit belum tahu ~ karya pengarang; khidmat dan sumbangannya tidak dihargai orang; 3. menghormati, memuliakan, mengendahkan: dia tidak ~ orang tuanya; menghargakan 1. menawarkan barang yg hendak dijual (dgn menyatakan harganya): membeli barang tidak ditawarnya lagi, seberapa dihargakan orang dibelinya; 2. menghargai; terharga, terhargakan, terhargai; tidak ~ tidak ternilai; penghargaan perihal atau perbuatan meng­hargai, penghormatan, penyanjungan; ha­diah ~ hadiah penghormatan (terhadap sesuatu sumbangan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[har.ga] | هرݢ

Definisi : 1 nilai sesuatu barang yg ditentukan dgn wang: Dia membeli satu kilogram ikan kembung dgn ~ sepuluh ringgit. 2 ki kehormatan (diri); nama baik: Dia tahu akan ~ dirinya. ~ borong harga barang yg dibeli secara borong (banyak-banyak). ~ jual (jualan) harga barang-barang yg dijual kpd pengguna. ~ kos ist a. perbelanjaan atau kos utk mengeluarkan sesuatu barang. b. harga barang jika dibeli secara borong (biasa­nya drpd pengeluar kpd penjual). ~ mati (tetap) harga barang yg tidak dpt ditawar lagi. ~ pasaran harga jualan. ~ pokok harga yg dibayar oleh penjual pd masa membeli. ~ runcit harga barang yg dibeli secara runcit (sedikit-sedikit dan lebih mahal drpd harga borong). ~ siling harga maksimum sesuatu barang yg ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa. ~ tunai harga barang jika dibayar tunai. berharga 1 mempunyai harga; bernilai: Dia membeli sebuah kereta yg ~ tujuh puluh ribu ringgit. 2 tinggi nilainya; berfaedah; bermanfaat; pen­ting: Tugas penting bagi sesebuah muzium adalah mengumpulkan dan memelihara barang-barang yg ganjil, ~ dan ada nilai sejarahnya. menghargai 1 memberikan atau menentukan harganya; menilai: Dia tidak mahu menjual keretanya kerana orang ~nya terlalu rendah. 2 memuliakan; menghormati; menganggap penting; mengendahkan: Sbg ~ jasanya yg besar itu, Florence Nightingale telah dianugerahi kehormatan “Order of Merit” oleh Raja England dlm tahun 1907. Nasihatnya tidak dihargai orang. terharga ternilai: tidak ~ tidak ternilai. penghargaan perihal (perbuatan) menghargai; penghormatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harga (kata nama)
1. Bersinonim dengan bayaran: belanja, perbelanjaan, kos, caj, tambang, yuran, nilai, tol, kadar,

2. Bersinonim dengan faedah: kualiti mutu, manfaat, guna, kepentingan, erti, makna,

Kata Terbitan : berharga, menghargai, menghargakan, penghargaan,

Puisi
 

Kemas rumah di waktu senja,
     Anak buaya naik mencuri;
Emas intan ada harga,
     Budi bahasa sukar dicari.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Bagai kambing harga dua kupang.

Bermaksud :

Tingkah lakunya seperti anak-anak.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
recovershe fainted, but ~ed quickly, dia pengsan tetapi pulih dgn cepat; prices ~ed on the Stock Exchange today, harga-harga di Bursa Saham pulih hari ini; he stumbled slightly, but quickly ~ed and ran on, kakinya tersadung sedikit, tetapi dgn cepat dia dapat mengimbangi dirinya semula; her voice quavered for a moment, but she quickly ~ed and contined her speech, suaranya gementar seketika, tetapi dgn cepat dia kembali spt biasa dan menyambung ucapannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tumble5. plummet, jatuh menjunam: the rumours caused prices to ~ on the stock exchange today, khabar-khabar angin menyebabkan harga-harga saham di bursa saham jatuh menjunam hari ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
force~ st up, (price), (act.) menyebabkan [harga] naik, menaikkan [harga]; (pass.) [harga] naik: the government ~d up the price of tobacco, kerajaan menaikkan harga tembakau; petrol prices were ~d up by the crisis in the Middle East, harga minyak naik krn krisis di Timur Tengah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
declinen kemerosotan: a ~ in population, kemerosotan jumlah penduduk; the ~ of the British Empire, kemerosotan Empayar British; a ~ in share prices, kemerosotan harga-harga saham; the ~ of so’s strength, kemerosotan tenaga sso; be on the ~, sedang merosot: our sales performance is on the ~, prestasi jualan kami sedang merosot; /go, fall/ into ~, merosot;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spiral 2. (rise at an increasing rate) naik terus-menerus; (fall at an increasing rate) turun terus-menerus: share prices are still ~ling, harga-harga saham masih naik terus-menerus.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
discountn diskaun, potongan harga: a ~ of 10%, potongan harga sebanyak 10%; ~ rate, kadar diskaun; at a ~, a. dgn /harga diskaun, potongan harga/: the goods were sold at a ~, barang-barang itu dijual dgn harga diskaun; b. (fig.) tdk dihargai: is courtesy at a ~ today?, adakah budi bahasa tdk dihargai lagi sekarang?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cost~ price, harga kos; at ~, dgn harga kos: to sell at ~, menjual dgn harga kos; at any ~, at all ~s, dgn apa cara sekalipun: we must finish this work at all ~s, kita mesti siapkan kerja ini dgn apa cara sekalipun; count the ~, mengira akibatnya: he worked hard without counting the ~ to his health, dia bekerja kuat tanpa mengira akibatnya kpd kesihatannya; to o’s ~, setelah mengalami pengalaman pahit: I learnt to my ~ not to trust all and sundry, setelah mengalami pengalaman pahit saya menyedari bahawa tdk semua orang boleh dipercayai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pricevt 1. fix the price of, membubuhi [sst] harga: none of these items has yet been ~d, tidak satu pun drpd barang-barang ini yg telah dibubuhi harga; a car ~d at $100,000, kereta yg dibubuhi harga $100,000; 2. find out price of, /meninjau, melihat/ harga: she walked up and down the supermarket pricing the goods on sale, dia turun naik di pasar raya itu meninjau harga barang yg dijual murah; 3. estimate the cost of, mengagak harga: she’s an experienced buyer and will be able to ~ these antiques, dia seorang pembeli yg berpengalaman dan akan dapat mengagak harga barang-barang antik ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
half-priceadj & adv /separuh, setengah/ harga: ~ goods, barang-barang separuh harga; everything is being sold at ~, semua barang dijual separuh harga.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
outbidvt offer higher than, (act.) menawarkan harga yg lebih tinggi; (pass.) ada orang yg menawarkan harga yg lebih tinggi: he ~ all the others at the auction,v dia menawarkan harga yg lebih tinggi drpd semua yg lain di jualan lelong itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas