Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[har.ga] | هرݢ

Definisi : 1. nilai sesuatu barang dgn (kiraan) wang: kalau adapun barang itu ~nya mahal; letak ~ bp a) menetapkan harga; b) menetapkan harga (nilai) yg tinggi (apabila mengetahui bahawa sesuatu atau seseorang itu sangat-sangat dikehendaki); tarik ~ bp a) meletakkan harga yg tinggi; b) (bkn pihak yg menyedari bahawa dirinya dikehendaki ramai) meng­ambil kesempatan memilih atau mengenakan syarat-syarat tertentu kpd pihak yg meng­hendakinya; 2. ki kehormatan (diri), maruah: kami tahu ~ diri kami; 3. ki faedah, erti, guna, manfaat, kepentingan: nasihat yg baik sudah tidak ada ~nya lagi; ~ benderol Id a) meterai yg berbentuk pita yg menyatakan harga (rokok dll); b) = ~ pemerintah = ~ E. Z. Id harga yg ditetapkan oleh kerajaan; ~ beli (pembelian) harga pd ketika membeli; ~ borong harga sesuatu barang yg dibeli atau dijual secara borong, biasanya lebih murah drpd harga runcit; ~ bumbung (Eko) harga maksimum sesuatu barang yg ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa, harga siling; ~ damai harga yg masih boleh ditawar (lwn harga tetap atau harga mati); ~ diri maruah, kehormatan diri; ~ gelap harga yg tidak menurut ketetapan kerajaan; ~ gila Id, bp harga yg terlalu murah atau terlalu mahal; ~ jualan (Eko) harga barang di kedai, harga yg ditetapkan oleh penjual; ~ kos (Eko) harga barang yg dijual oleh pengeluar kpd penjual; ~ lantai (Eko) harga paling rendah yg ditentukan (dibenar­kan); ~ mati = ~ pasti = ~ tetap harga yg muktamad; ~ melawan bp, Id harga yg lebih murah drpd harga penjual lain; ~ modal harga pokok; ~ namaan harga yg tertera pd saham (bukan nilai pasarannya atau nilainya yg sebenar); ~ pasar harga barang di kedai, harga jualan; ~ pasaran (Eko) a) harga terbaru yg dipersetujui oleh pembeli dan penjual barang atau perkhidmatan, sebagaimana yg ditentu­kan melalui permintaan dan penawaran; b) harga selepas diskaun yg terdapat pd tarikh tutup perakaunan; c) harga yg terakhir pd masa jual beli saham, yg disenaraikan dlm bursa saham; ~ penutup (Eko) harga terakhir sesuatu saham dsb yg diniagakan sejurus sebelum waktu dagangan harian ditutup; ~ pokok harga yg dibayar oleh penjual pd masa membeli (drpd pengeluar dsb); ~ runcit harga sesuatu barang yg dibeli atau dijual secara runcit; ~ runtuh harga murah yg ditawarkan oleh pusat membeli belah utk melariskan barang jualan dlm musim tertentu (biasanya musim perayaan); ~ senarai (Eko) harga barang sebelum ditolak potongan (dalal dsb); ~ siling (Eko) harga maksimum sesuatu barang yg ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa, harga bumbung; ~ tunai harga jika dibayar tunai; ada rupa ada ~ prb harga sesuatu barang itu mengikut keadaannya atau mutunya; seharga 1. sama harganya (dgn); 2. harga­nya, dgn harga: membeli barang ~ lima ringgit; berharga 1. mempunyai harga, harganya: kereta barunya ~ RM28 000; 2. berfaedah, bermanfaat, tinggi nilainya, penting: pokok jati menghasilkan kayu yg sangat ~; tidak ~ tidak berguna (tidak penting); menghargai 1. memberi (menetapkan) harga, menaksir harga, menilaikan: barang jual­annya dihargainya terlalu tinggi; aku tidak mahu menjual kereta itu kerana orang ~nya terlalu rendah; 2. memberikan peng­hor­matan (pujian, sanjungan, dsb), meng­anggap penting (berfaedah): penerbit belum tahu ~ karya pengarang; khidmat dan sumbangannya tidak dihargai orang; 3. menghormati, memuliakan, mengendahkan: dia tidak ~ orang tuanya; menghargakan 1. menawarkan barang yg hendak dijual (dgn menyatakan harganya): membeli barang tidak ditawarnya lagi, seberapa dihargakan orang dibelinya; 2. menghargai; terharga, terhargakan, terhargai; tidak ~ tidak ternilai; penghargaan perihal atau perbuatan meng­hargai, penghormatan, penyanjungan; ha­diah ~ hadiah penghormatan (terhadap sesuatu sumbangan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[har.ga] | هرݢ

Definisi : 1 nilai sesuatu barang yg ditentukan dgn wang: Dia membeli satu kilogram ikan kembung dgn ~ sepuluh ringgit. 2 ki kehormatan (diri); nama baik: Dia tahu akan ~ dirinya. ~ borong harga barang yg dibeli secara borong (banyak-banyak). ~ jual (jualan) harga barang-barang yg dijual kpd pengguna. ~ kos ist a. perbelanjaan atau kos utk mengeluarkan sesuatu barang. b. harga barang jika dibeli secara borong (biasa­nya drpd pengeluar kpd penjual). ~ mati (tetap) harga barang yg tidak dpt ditawar lagi. ~ pasaran harga jualan. ~ pokok harga yg dibayar oleh penjual pd masa membeli. ~ runcit harga barang yg dibeli secara runcit (sedikit-sedikit dan lebih mahal drpd harga borong). ~ siling harga maksimum sesuatu barang yg ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa. ~ tunai harga barang jika dibayar tunai. berharga 1 mempunyai harga; bernilai: Dia membeli sebuah kereta yg ~ tujuh puluh ribu ringgit. 2 tinggi nilainya; berfaedah; bermanfaat; pen­ting: Tugas penting bagi sesebuah muzium adalah mengumpulkan dan memelihara barang-barang yg ganjil, ~ dan ada nilai sejarahnya. menghargai 1 memberikan atau menentukan harganya; menilai: Dia tidak mahu menjual keretanya kerana orang ~nya terlalu rendah. 2 memuliakan; menghormati; menganggap penting; mengendahkan: Sbg ~ jasanya yg besar itu, Florence Nightingale telah dianugerahi kehormatan “Order of Merit” oleh Raja England dlm tahun 1907. Nasihatnya tidak dihargai orang. terharga ternilai: tidak ~ tidak ternilai. penghargaan perihal (perbuatan) menghargai; penghormatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harga (kata nama)
1. Bersinonim dengan bayaran: belanja, perbelanjaan, kos, caj, tambang, yuran, nilai, tol, kadar,

2. Bersinonim dengan faedah: kualiti mutu, manfaat, guna, kepentingan, erti, makna,

Kata Terbitan : berharga, menghargai, menghargakan, penghargaan,

Puisi
 

Kemas rumah di waktu senja,
     Anak buaya naik mencuri;
Emas intan ada harga,
     Budi bahasa sukar dicari.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Bagai kambing harga dua kupang.

Bermaksud :

Tingkah lakunya seperti anak-anak.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
thaman musammaharga disebut/harga tersuratPerniagaan IslamTiadaHarga yang tersurat atau harga yang disebut semasa akad. Thaman musamma boleh menepati nilai sebenar, lebih rendah atau tinggi. Contohnya, harga yang disebut dalam akad lelongan atau harga yang tertera pada barangan di kedai. Dalam akad amanah seperti bai‘ murabahah, penjual dimestikan menyebut harga sebenar.
market efficiencykecekapan pasaranPentadbiran PerniagaanTiadaHad sehingga harga-harga sekuriti menggambarkan maklumat yang relevan dengan penilaian mereka.
delayed-quotation princingpenentuan harga sebut harga tangguhPentadbiranTiadaStrategi penetapan harga yang hanya meletakkan harga keluaran apabila keluaran ini siap atau dihantar.
relative strengthkekuatan relatifPentadbiran PerniagaanTiadaTeknik analisis teknikal yang melibatkan nisbah harga saham kepada indeks pasaran yang diplotkan mengikut masa untuk membentuk graf harga-harga relatif untuk mengukur kekuatan pasaran.
auction marketpasar lelong; pasaran lelongPentadbiran PerniagaanTiada2. Pasaran sekuriti seperti Bursa Saham New York dengan harga-harga sekuriti ditentukan oleh tindakan pembeli dan penjual yang berurus niaga di lokasi yang telah ditentukan.
asked priceharga minta/harga tawarPentadbiran PerniagaanTiadaHarga yang disetujui oleh seseorang pelabur untuk menjual saham yang dimilikinya.
call priceharga panggilanEkonomiEkonomi IslamHarga bon boleh panggil yang dibayar oleh penerbit kepada pemegang apabila bon tersebut dipanggil semula. Harga tersebut biasanya lebih tinggi daripada harga bon semasa diterbitkan. Nilai lebihan harga ini dikenali sebagai premium panggilan. Contohnya, jika harga terbitan bon ialah RM5,000 dan harga panggilan ialah RM5,500 maka RM500 ialah nilai premium panggilan. Sinonim harga tebus semula.
takhfiddiskaun/potongan hargaPerniagaan IslamTiadaJumlah harga yang dikurangkan daripada harga asal. Contohnya, tawar-menawar antara pihak yang berkontrak berkesudahan dengan harga yang lebih rendah.
prodcut line princingpenentuan harga baris keluaranPentadbiranTiadaStrategi menetapkan harga yang membezakan harga antara pelbagai keluaran dalam barisan keluaran berasaskan perbezaan kos, penilaian pelanggan tentang ciri-ciri keluaran dan harga pesaing.
call premiumpremium panggilanEkonomiEkonomi IslamPerbezaan antara harga panggilan dengan harga penerbitan bon. Contohnya, sekiranya harga terbitan bon ialah RM5000 dan harga panggilan ialah RM5500, maka RM500 ialah nilai premium panggilan.
12345678910...

Kembali ke atas