Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tanggal, tarikh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tarikh dlm sesuatu bulan yg tertentu; tanggal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hari
Kata Terbitan : sehari-hari, sehari-harian, berhari-hari, harian,

Puisi
 

Cendawan tumbuh di batang,
     Diambil orang setiap hari;
pengantin/bulan Bagai bulan dipagar bintang,
     Pengantin duduk suami isteri.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Siang bagai hari,
     terang bagai bulan.

Bermaksud :

Kesalahan yang sudah nyata sekali.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalammualaikum, Saya ingin bertanya tentang perkataan 'hari bulan'. Dalam daftar kata DBP, kedua-dua 'hari bulan' dan 'haribulan' ada dalam daftar kata DBP. Harus dijarakkan atau dirapatkan? Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul menurut Kamus Dewan edisi Keempat ialah "hari bulan" yang dieja jarak.Tatabahasa05.01.2015
HARI BULAN 5 SETIAP BULAN atau hari kelima setiap bulanFrasa "Pada setiap 5 hari bulan" sudah memadai untuk maksud yang hendak disampaikan.Tatabahasa18.05.2019
Tuan, hari bulan atau haribulan? Dia tidak berani bersuara, silap-silap haribulan dia yang terkena nanti.Ejaan yang betul ialah hari bulan.
Ejaan12.07.2012
Apakah istilah khusus untuk "Friday the 13th"? Adakah Jumaat 13 Hari Bulan, Jumaat 13 hari bulan, Jumaat 13hb atau Jumaat Tanggal 13?Contoh penulisan tarikh yang betul adalah seperti yang berikut:
  1. Jumaat, 13.8.2018 (perlu dimasukkan bulan dan tahun)
  2. 13.8.2018 (Jumaat) - perlu dimasukkan bulan dan tahun
Lain-lain16.04.2018
Betulkah ayat berkenaan? "PKP seterusnya diumumkan oleh Perdana Menteri untuk dilanjutkan hingga 28 April pada 10 April, dan hingga 12 Mei pada 23 April." Hari bulan sebelum "pada" merujuk tarikh PKP dilanjutkan. Hari bulan selepas "pada" merujuk kepada hari ia diumumkan.Binaan ayat yang betul ialah "Pada 10 April 2020, Perdana Menteri mengumumkan PKP akan dilanjutkan hingga 28 April 2020, manakala pengumuman PKP seterusnya pada 23 April 2020 akan dilanjutkan hingga 12 Mei 2020."   Tatabahasa23.09.2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang perkataan: 1. 'haribulan' sama ada ia patut dijarakkan atau dirapatkan. Terdapat dua jenis daftar kata di dalam DBP iaitu 'haribulan' dan 'hari bulan'. 2. '60 an'. Perlukah diletakkan sempang, '60-an'? 3. Perkataan 'Baginda' (untuk nabi). Huruf besar atau kecil? Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah:
1. hari bulan
2. 60-an
3. baginda
Ejaan16.12.2014
Salam, Apakah tanda baca yang betul untuk memisahkan hari, bulan, dan tahun bagi tarikh dalam format ringkas? Adakah tanda sempang sebagai pemisah (cth. 29-3-2023) atau tanda garis miring (29/3/2023). Bagaimana pula jika format ringkas yang digunakan bagi tarikh hanya melibatkan hari dan bulan, atau bulan dan tahun: adakah ditulis sebagai 29-3 atau 29/3 (untuk hari dan bulan), dan 3-2023 atau 3/2023 (untuk bulan dan tahun)? Terima kasih.

Pihak DBP tidak mempunyai format standard berkenaan cara penulisan tarikh. Lazimnya, kedua-dua cara penulisan tarikh tersebut boleh digunakan.

Manakala untuk tarikh yang melibatkan hari dan bulan sahaja atau bulan dan tahun sahaja, ia perlu ditulis seperti yang berikut:

1.   29/3

2.   3/2023

Walau bagaimanapun, untuk penulisan rasmi, tarikh perlu dilengkapkan (hari/bulan/tahun).

Lain-lain29.03.2023
Apakah maksud bahan almanak dan direktori?

Sekiranya sdr merujuk Kamus Dewan, kata almanak ialah 1. kalendar tahunan yg mengandungi senarai hari bulan dgn maklumat lain (spt terbit dan masuk matahari, air pasang surut, peredaran bulan, dll); ~ nautika buku tahunan yg memberikan maklumat tentang bulan, air pasang surut, matahari dsb; 2. buku yg berisi penanggalan (daftar hari bulan) dan karangan yg perlu diketahui umum.

2.   Kata direktori ialah fail yang mengandungi maklumat spt nama, sifat, dan kedudukan fail yang terkandung di dalam cakera.

Makna19.06.2009
Salam.. Mohon pencerahan berkaitan soalan berikut. 1. Apakah tarikh hari ini? 2. Hari ini berapa hari bulan? 3. Berapakah tarikh hari ini? Berdasarkan soalan di atas, yang mana satu soalan yang betul, dan sekiranya ada cadangan soalan untuk menggantikan soalan di atas amat dialu-alukan. Sekian, terima kasih

Ayat tanya betul adalah seperti yang berikut:

1.     Tarikh hari ini berapa?

2.     Berapakah tarikh hari ini?

Tatabahasa17.01.2015
Kata majmuk mantap ialah bentuk perkataan yang terhasil selepas proses pemajmukan atau perangkaian dua perkataan. Dieja terpisah kecuali 15 kata majmuk mantap yang disenaraikan dalam TD. Apakah bentuk kata bagi perkataan seperti apabila, bagaimana, adakala, kenapa? Perkataan hari bulan BUKAN KATA MAJMUK, tetapi dua perkataan tersebut hadir bersebelahan untuk membawa maksud kesatuan yg khusus. Apakah bentuk perkataan ini? Terima kasih.Perkataan apabila, bagaimana, adakala dan kenapa memang bukan tergolong dalam kata majmuk.  Perkataan ini termasuk dalam kategori perkataan yang terkecuali yang dianggap telah mantap.Tatabahasa28.01.2016
1234567

Kembali ke atas