Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tanggal, tarikh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tarikh dlm sesuatu bulan yg tertentu; tanggal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hari
Kata Terbitan : sehari-hari, sehari-harian, berhari-hari, harian,

Puisi
 

Cendawan tumbuh di batang,
     Diambil orang setiap hari;
pengantin/bulan Bagai bulan dipagar bintang,
     Pengantin duduk suami isteri.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Siang bagai hari,
     terang bagai bulan.

Bermaksud :

Kesalahan yang sudah nyata sekali.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Redup hari bulan mengambang, Terbang sekawan burung kelawar; Hidup ibarat dagang menumpang, Tiba masa diusir keluar.Pantun Melayu SarawakNasihat
Adapun hari berganti bulan, Bulan beralih berganti tahun; Apabila hati bersendi iman, Beramal soleh mengaji tekun.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Duduk di pintu memandang bulan, Hari tak ribut awan melindung; Kalau begitu nasibmu tuan, Bertuahlah perut ibu mengandung.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Cendawan tumbuh di batang, Diambil orang setiap hari; pengantin/bulan Bagai bulan dipagar bintang, Pengantin duduk suami isteri.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Hari Rejab bulan Syaaban, Tidak hari bertukar tahun; Jikalah sekejap rasa sebulan, Tidakkah sehari rasa setahun?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hari Rejab bulan Syaaban, Rendam serai rimbun ke daun; Tinggal sekejap rasa sebulan, Rasa bercerai seribu tahun.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hari panas bulan puasa, Jemur padi tengah halaman; Dapat emas bantal suasa, Tidak sama tidur di lengan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang menjamu bulan terang, Hari Ahad tanah seberang; Tuntut ilmu jangan kurang, Ke liang lahad tergolek seorang.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Baik berburu di malam hari, Bersuluh bulan dengan bintang; Adik kucumbu di dalam mimpi, Tubuhmu sudah di tangan orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Telur itik baru menetas, Menetas atas peti; Hari baik bulan di atas, Riuh rendah menghibur hati.Kurik Kundi Merah SagaAdat
12

Kembali ke atas