Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hari
Kata Terbitan : sehari-hari, sehari-harian, berhari-hari, harian,

Puisi
 

Hari ini hari Sabtu,
     Besok hari Ahad;
Pergi sembahyang lima waktu,
     Baharu nabi mengaku umat.


Lihat selanjutnya...(206)
Peribahasa

Telur hari ini,
     lebih baik daripada anak ayam besok.

Bermaksud :

Pendapatan hari ini lebih baik daripada pendapatan besok.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat berikut sesuai untuk buku bacaan kanak-kanak? Hari ini hari Rabu. Hari ini ibu dan bapa cuti.Hari ini hari Rabu. Hari ini ibu dan bapa Ali bercuti.Tatabahasa23.08.2016
Assalamualaikum. 1. Hari ini hari (ke-3) dalam bulan November.. @ ketiga... 2. Hari ini hari jadi gadis kecil saya yang (kesembilan)... @ ke-9.. Mohon pihak DBP dapat membantu, penggunaan mana yang lebih sesuai. Terima kasih.

Penggunaan yang betul ialah: 

1. Hari ini hari ketiga dalam bulan November

2. Hari ini hari jadi gadis kecil saya yang kesembilan

Tatabahasa08.04.2011
hari ini hari yang ke empatSoalan tuan tidak jelas. Jika pertanyaan tuan tentang ayat tersebut, perlu dipinda menjadi "hari ini hari yang keempat...".Tatabahasa08.01.2015
Ayat 1 : Hari ini ialah Hari Kantin sekolah saya. Ayat 2 : Hari in Hari Kantin di sekolah saya. Ayat 3 : Hari ini Hari Kantin sekolah saya. Adakah ayat-ayat di atas betul ? Terima kasih.Ayat yang betul  dari segi tatabahasa bahasa Melayu ialah Ayat 2: Hari ini Hari Kantin di sekolah saya.Tatabahasa05.02.2009
Berikut adalah bahan bacaan untuk kanak-kanak. Sila semak ejaan dan penggunaan bahasa sesuai atau tidak. *Hari ini hari Rabu. *Hari ini hari jadi Liza. *Ibu beli ayam. *Ibu beli ikan. *Ibu beli sawi dan ciku. *Ibu juga beli roti. *Ibu masak nasi dan sawi. *Ibu juga masak kari ayam. *Bapa pula masak ikan. *Liza suka makan kari ayam. *Zul suka makan ikan. *Rafi dan Haris suka makan sawi. *Adam dan Ana suka makan roti. *Liza suka hati.Untuk makluman, kesemua ayat tersebut betul dari segi ejaan dan penggunaannya. Akan tetapi, jika saudara sedang membuat buku kanak-kanak atau seumpamanya, mohon rujuk Kamus Dewan dan juga buku Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan lebih perincian kerana pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan penyuntingan karya, kecuali saudara menghantar karya untuk diterbitkan di DBP.Lain-lain27.12.2016
Salam.. Mohon pencerahan berkaitan soalan berikut. 1. Apakah tarikh hari ini? 2. Hari ini berapa hari bulan? 3. Berapakah tarikh hari ini? Berdasarkan soalan di atas, yang mana satu soalan yang betul, dan sekiranya ada cadangan soalan untuk menggantikan soalan di atas amat dialu-alukan. Sekian, terima kasih

Ayat tanya betul adalah seperti yang berikut:

1.     Tarikh hari ini berapa?

2.     Berapakah tarikh hari ini?

Tatabahasa17.01.2015
Ayat manakah yang betul: 1) cikgu niza sangat gembira pada hari ini atau 2) cikgu niza sangat gembira hari ini Adakah penggunaan pada hari ini dalam ayat 1 itu betul?Ayat yang betul ialah Cikgu Niza sangat gembira pada hari ini. Dalam Tatabahasa Dewan, kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat.
Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 274.
Tatabahasa13.04.2014
Adakah ayat berikut betul? Hari ini hari cuti.Ayat yang betul ialah Hari ini cutiTatabahasa22.08.2016
Saya hendak bertanya tentang format karangan catatan. Format 1 tepat atau format 2. Terima kasih. 1. 6.30 pagi Hari ini hari pertama persekolahan. 2. 6.30 pagi : Hari ini hari pertama persekolahan.

1. Untuk mendapatkan format karangan catatan atau jenis karangan yang lain rujuk buku rujukan Bahasa Melayu.

Soalan kedua tidak jelas, sila hubungi kami semula.

Tatabahasa22.07.2011
Salam sejahtera. Ayat 1: Hari ini ialah hari cuti. Ayat 2: Hari ini hari cuti. Adakah kedua-dua ayat betul? Kata pemeri adalah opsyenal dalam ayat? Terima kasih.Menurut buku Tatabahasa Dewan, penggunaan kata pemeri amat terbatas, dan sebenarnya  kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. Kedua-dua ayat tersebut betul.Tatabahasa26.08.2013
12345678910...

Kembali ke atas