Kurik Kundi Merah Saga | Hari ini hari Selasa, Hari besok hari Arbaª; Mudah-mudahan terlepas seksa, Segeralah membayar segala qadaª. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari ini hari Sabtu, Besok hari Ahad; Pergi sembahyang lima waktu, Baharu nabi mengaku umat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari ini hari Isnin, Besok hari Selasa; Jika masuk kaum muslimin, Mudah-mudahan terlepas seksa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari ini hari Arbaª, Besok hari Khamis; Segala ingat segala qadaª, Malaikat Katibin sedia menulis. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari ini hari Isnin, Besok hari Selasa; Kalau kerja main-main, Segala dibuat tidak merasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari ini hari Jumaat, Besok hari Sabtu; Jika nak kenal Nabi Muhammad, Pergilah sembahyang lima waktu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari ini hari Ahad, Besok hari Isnin; Mudah-mudahan nabi mengaku umat, Barulah masuk kaum muslimin. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari ini hari Ahad, Esok hari Isnin; Kalau kerja tidak muafakat, Kerja kita itu main-main. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buyong si amat Jutan, Lelap tinggi hari; Hari-hari gila sumpitan, Tegal dek burung terbang tinggi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari-hari tolak bertimba, Jaraknya batang jambu; Hari-hari tolak bercinta, Hajat hati guring sekelambu. |