Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ~ lahir hari memperingati lahirnya seseorang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) hari dilahirkan; b) Id hari natal (Krismas); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hari
Kata Terbitan : sehari-hari, sehari-harian, berhari-hari, harian,

Puisi
 

Ayuh encik jari bersusun,
     Mengadap raja sehari-hari;
Pandai menjaga buah di kebun,
     Mana boleh jadi rugi.


Lihat selanjutnya...(7)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
birthday-to-birthday studykajian hari jadi ke hari jadiinsuransTiadaKajian kemortalan yang tempoh pemerhatian adalah daripada hari jadi di satu tahun hingga ke hari jadi yang berikutnya.
birthday-to-birthday studykajian hari jadi ke hari jadiPentadbiran PerniagaanTiadaKajian kemortalan yang tempoh pemerhatian adalah daripada hari jadi di satu tahun hingga ke hari jadi tahun yang berikutnya.
birthday-to-birthday studykajian hari jadi ke hari jadiEkonomiTiadaTiada
occasional poemspuisi peristiwaKesusasteraanTiadaPuisi yang dicipta untuk merakamkan sesuatu peristiwa seperti hari jadi, perkahwinan, sejarah, kemenangan, dan kematian. Puisi peristiwa dianggap puisi ringan namun kadangkala serius. Contohnya, dalam sajak berjudul Easter 1916� oleh Yeats dan �Lycidas� oleh Milton. Contoh lain ditemui dalam sajak berjudul �Keranda 152� oleh Usman Awang, dan �Jerkah Setinggan 72� oleh A. Samad Said. Dalam sastera Arab, puisi peristiwa ditemui dalam sajak �Projek Berkaki Ayam� oleh �Abd al-Hamid al-Dib, manakala dalam sastera Parsi, puisi ini terdapat pada sajak �Kemangkatan Sultan Mahmud� oleh Shavvaf.
festschriftterbitan dedikasiKesusasteraanTiadaKumpulan esei atau makalah hasil sumbangan sejumlah penulis. Kumpulan esei ini ditulis sebagai tanda penghormatan kepada seorang guru, kawan, sejarawan, teman sekerja dan sebagainya. Terbitan dedikasi diterbitkan untuk meraikan peristiwa penting seperti persaraan atau hari jadi untuk seseorang tokoh atau individu, sama ada individu tersebut masih hidup atau sudah meninggal dunia. Terbitan dedikasi mula diperkenalkan di universiti di Jerman pada kurun ke-19. Terbitan dedikasi yang pertama telah dihadiahkan kepada sarjana klasik terkemuka Friedrich Ritschl pada tahun 1867. Walau bagaimanapun, kumpulan esei yang diselenggarakan untuk ahli sejarawan tersohor Theodor Mommsen berjudul Commentationes Philologicae (1877) lebih terkenal. Contoh terbitan dedikasi dalam sastera Melayu ialah Sekalung Kenangan diselenggarakan oleh Nik Safiah Karim untuk Ismail Hussein, dan Sumbangsih Tizkari buat Masuri S.N. suntingan Muhammad Bukhari Lubis dan Mohamaed Pitchay Gani Mohamed Abdul Aziz untuk Allahyarham Masuri S.N. Contoh dalam sastera Arab ialah Ila Taha Husayn Fi �Ida Miladih al-Sab�in disunting oleh �Abd al-Rahman Badawi, al-Kitab al-Tidhkari Muhyi al-Din fi al-Dhikra al-Mi�awiyah disunting oleh Ibrahim Bayyumi Madkur, Durakht-i Ma�rifat: Jashn-nama-yi Ustad Duktur �Abd al-Husayn Zarrinkub disunting oleh �Ali Asghar Muhammad Khani, Yad-nama-yi Jalal al-i Ahmad disunting oleh �Ali Dahbashi dan Fuad Koprulu Armagani disunting oleh Osman Turan. Terbitan dedikasi berasal daripada perkataan Jerman festschrift yang bermaksud �tulisan perayaan�. Lihat juga sumbangsih tizkari.
time bombbomb masaTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKod hasad yang melakukan perubahan terlarang pada sistem komputer atau asetnya pada masa yang telah ditentukan. Bom masa menjalankan atur cara atau jujukan arahan yang boleh menyebabkan sistem bertindak dengan cara yang tidak diingini oleh pengguna dan pemilik sistem. Contohnya, virus Michaelangelo yang dilancarkan pada hari jadi pelukis terkenal tersebut.
imprintingpeneraanBiologiEkologiProses pembelajaran untuk mengenali dan merapati sesuatu objek, yang terjadi pada awal kehidupan beberapa jenis burung. Jangka masa awal ini yang disebut masa kritikal boleh jadi beberapa jam atau beberapa hari bergantung pada spesies. Misalnya, peneraan pada anak itik berlaku antara satu hingga 16 jam selepas menetas, dan pada anak ayam pula antara beberapa jam hingga beberapa hari.
pantoumpantunKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang ketat konvensinya. Pantun kebanyakannya terdiri daripada empat baris satu rangkap. Dua baris pertama sebagai pembayang maksud dan dua baris seterusnya sebagai maksud. Pantun yang sedemikian disebut sebagai pantun empat kerat. Terdapat juga pantun enam, lapan, sepuluh, dan dua belas kerat. Pantun terpendek ialah pantun dua kerat dengan baris pertama sebagai pembayang dan baris kedua sebagai maksud. Selain itu, terdapat juga bentuk pantun yang menarik dan disebut sebagai pantun berkait. Dalam pantun berkait, baris kedua dan keempat pada rangkap pertama menjadi baris pertama dan ketiga untuk rangkap seterusnya. Pantun berkait boleh terdiri daripada berbelas-belas rangkap dengan tema yang berurutan. Setiap rangkap pantun boleh berdiri sendiri dan mengandungi unit makna yang utuh, kecuali pantun berkait yang maknanya berkembang mengikut rangkap yang lain. Baris pantun terdiri daripada tiga atau empat patah perkataan dengan pola rimanya, a,b,a,b, dan setiap patah perkataan terdiri daripad 3-4 suku kata dengan suku katanya antara 7�12. Baris pantun disusun dengan pola rima hujungnya: a,b,a,b, kecuali pantun dua kerat yang memperlihatkan pola rima a,a. Pantun yang baik harus memperlihatkan pola rima dalaman (a ,b, a, b). Bentuk barisnya yang terikat kepada suku kata dan pola rima yang tegar memerlukan pemilihan kata-kata yang bernas dan bijak. Pantun dianggap sebagai puisi Melayu asli dengan ciri-ciri bentuk yang amat unik dan indah. Contoh pantun yang baik adalah seperti yang berikut: Pulau Pandan/Jauh ke tengah, rimanya, a/a (9 suku kata) Gunung Daik/bercabang tiga; rimanya, b/b (9 suku kata) Hancur badan/dikandung tanah, rimanya, a/a (9 suku kata) Budi baik/dikenang juga. rimanya, b/b (9 suku kata) Keindahan pantun terletak pada penggunaan imageri dalam baris pembayang maksudnya. Pembayang maksud selalunya menggunakan imej alam semula jadi sebagai metafora dan perbandingan. Pantun menggarap pelbagai tema, antaranya pantun nasihat, adat, agama, percintaan, didaktik, falsafah, kesateriaan dan sebagainya. Pantun merupakan puisi tradisional yang paling popular, masih terus hidup dan dicipta sehingga ke hari ini.

Kembali ke atas