Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : hari penting yg dirayakan oleh seluruh rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hari
Kata Terbitan : sehari-hari, sehari-harian, berhari-hari, harian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan atau Selamat Hari Kebangsaan sahaja? perlu ke letak menyambut?

Kedua-dua ayat tersebut betul dari segi bahasa. Namun, kedua-dua ayat tersebut mempunyai makna yang berbeza.

“Selamat Menyambut Hari Kebangsaan” (khusus untuk yang menyambut sahaja) manakala “Selamat Hari Kebangsaan” (umum kepada semua).

Lain-lain29.08.2022
Hari Kebangsaan atau Hari KemerdekaanKedua-duanya betul tetapi lazimnya disebut Hari kebangsaan (terjemahan kepada National Day dalam bahasa Melayu).Istilah02.10.2009
Fiza Aziz SAT 12:25PM Assalamualaikum. Sya nk bertanya... penggunaan ayt yg betul. Adakah sempena hari kemerdekaan ke atau sempena hari kebangsaan? Sbb katanya klu *hari kemerdekaan, hanya pada 31ogos1957Hari Kebangsaan ialah hari penting yang dirayakan oleh seluruh rakyat, manakala Hari Kemerdekaan ialah hari yang dirayakan oleh seluruh rakyat khusus untuk memperingati kemerdekaan negara. Ini bermakna Hari Kemerdekaan juga ialah Hari Kebangsaan tetapi Hari Kebangsaan tidak semestinya Hari Kemerdekaan.Kedua-duanya betul tetapi lazimnya disebut Hari Kebangsaan (terjemahan kepada National Day dalam bahasa Melayu).Lain-lain13.08.2016
Bolehkah digunakan simbol '&' untuk penulisan tajuk poster. Contohnya 'Selamat Hari Kebangsaan & Hari Malaysia'. Terima kasih.Simbol & perlu dieja penuh, dan. Lain-lain16.08.2021
Salam, Adakah hari kemerdekaan bukan nama khas ?Apakah beza hari kemerdekaan dengan Hari Kebangsaan?Mohon penjelasan tuan. Terima kasih.Hari Kebangsaan ialah hari penting yang dirayakan oleh seluruh rakyat, manakala hari Kemerdekaan ialah hari yang dirayakan oleh seluruh rakyat khusus untuk memperingati kemerdekaan negara. Ini bermakna hari Kemerdekaan juga ialah hari Kebangsaan tetapi hari Kebangsaan tidak semestinya hari Kemerdekaan.Tatabahasa18.10.2011
Assalamualaikum, maaf saya nak tanya. Tanggal 31 Ogos, istilah manakah yang lebih sesuai digunakan? Hari Kemerdekaan atau Hari Kebangsaan? Terima kasih.Hari Kebangsaan 2021.Lain-lain31.08.2021
Assalamualaikum, Dalam surat kiriman rasmi ada slogan "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA". Ada juga jabatan lain memasukkan slogan jabatan mereka sendiri atau memeasukkan juga tema Hari Kebangsaan "SEHATI SEJIWA". Soalannya, yang manakah perlu ditulis dahulu? BUN atau slogan jabatan sendiri atau tema Hari Kebangsaan? Terima kasihDalam surat kirirman rasmi, slogan "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" diletakkan di bahagian atas, slogan-slogan lain diletakkan selepasnya, seperti:
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'
"SLOGAN JABATAN"
"SLOGAN HARI KEBANGSAAN/KEMPEN SEMASA"
Tatabahasa17.11.2015
Salam sejahtera, saya ingin tanya penggunaan 'tanggal' dalam ayat di bawah betul tak. Hari Kebangsaan negara kita disambut pada tanggal 31 Ogos setiap tahun. Adakah 'tanggal' tak diperlukan dalam ayat tersebut. Salah ke 'pada tanggal 31Ogos'? Terima kasih.Ayat yang gramatis "Hari Kebangsaan negara kita disambut pada 31 Ogos setiap tahun". Penggunaan kata tanggal seperti dalam frasa "pada tanggal 31 Ogos" telah mantap penggunaannya dalam wacana lama, namun ayat ini boleh dikemaskan lagi dengan bentuk yang gramatis.Tatabahasa22.07.2016
Assalam & Selamat Petang, Mohon pihak DBP untuk menyemak ayat & perkataan dalam iklan Hari Kebangsaan seperti di bawah. Terima kasih. Semakin kita berkongsi, Semakin kita saling memahami. Dengan tekad sehati sejiwa, marilah mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan kita. Janji kami untuk terus setia di sisi anda, Dipercayai, kualiti, nilai dan prihatin, Kerana anda keutamaan kami SELAMAT HARI KEBANGSAAN daripada PeroduaSelamat pagi,

Lihat pembetulan yang berikut:

Semakin kita berkongsi, semakin kita saling memahami. Dengan tekad sehati sejiwa, marilah mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan kita. Janji kami untuk terus setia di sisi anda, dipercayai, berkualiti, bernilai dan prihatin, kerana anda keutamaan kami. SELAMAT HARI KEBANGSAAN daripada Perodua.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa08.08.2016
Salam, Benarkah penggunaan istilah Hari Kebangsan kini sudah ditukar kepada Hari Kemerdekaan? Sekian, terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, Hari Kebangsaan ialah hari penting yang dirayakan oleh seluruh rakyat, manakala Hari Kemerdekaan ialah hari yang dirayakan oleh seluruh rakyat khusus untuk memperingati kemerdekaan negara. Ini bermakna Hari Kemerdekaan juga ialah Hari Kebangsaan tetapi Hari Kebangsaan tidak semestinya Hari Kemerdekaan. Oleh itu, kedua-duanya boleh digunakan.Makna14.08.2012
123456

Kembali ke atas