Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hari
Kata Terbitan : sehari-hari, sehari-harian, berhari-hari, harian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
meraikan acara hari keluarga atau menyambut acara hari keluargaMenurut Kamus Bahasa Melayu maksud meraikan ialah menghormati seseorang dengan mengadakan keramaian atau jamuan manakala maksud menyambut pula ialah 1 menerima apa-apa yang diberikan dengan tangan: Dia ~ hadiah itu dgn tertib. 2 menadah atau menangkap apa-apa yang jatuh atau yang dilemparkan: Dia ~ bola itu dgn tenang lalu menyepaknya ke tengah padang. 3 menerima kedatangan pelawat atau tetamu; mengalu-alukan kedatangan orang: Beberapa orang pegawai kanan kerajaan telah pergi ~ kepulangan baginda di lapangan terbang. 4 memberi balasan kepada sesuatu hal (menerima cabaran orang dll): Rakyat telah ~ baik Rancangan Malaysia Kelima. Ayat yang betul ialah meraikan acara hari keluarga.Tatabahasa12.03.2019
Selamat sejahtera, Ada dua soalan yang ingin saya ajukan: 1) Perlukah digunakan huruf besar untuk merujuk hari-hari tertentu?contohnya hari keluarga, hari kantin, hari terbuka dan sebagainya? 2) Ejaan guru besar perlu dieja dengan huruf kecil jika tidak disertai nama dan sebagainya. Tapi, bagaimana pula jika ayat seperti, "Saya ingin berjumpa dengan guru besar." Masih dieja dengan huruf kecilkah? Terima kasih.1. Huruf besar tidak perlu digunakan untuk hari kantin, hari keluarga dan hari terbuka kerana perkataan tersebut merupakan kata nama am. Huruf besar digunakan apabila perkataan tersebut menjadi kata nama khas seperti Hari Keluarga Dewan Bahasa dan Pustaka dan Hari Terbuka Sekolah Kebangsaan Ampang.

2. Perkataan guru besar dalam ayat yang diberikan dieja dengan huruf kecil. (Saya ingin berjumpa dengan guru besar.)
Ejaan25.04.2013
Adakah ayat berikut betul; 1. Taman Wawasan sedang mengadakan Hari Keluarga di Padang Sri Wawasan. 2. Hari Keluarga telah diadakan oleh Taman Wawasan di Padang Sri Wawasan. Dalam ayat itu , perlukah perkataan padang - " P " huruf besar???? 3. SJK ( C ) Tai Thung telah mengadakan Hari Sukan.

Saudara Peter,

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

Ayat yang dikemukakan betul. Perkataan 'padang' dieja dengan huruf besar kerana Frasa 'Padang Sri Wawasan' ialah nama khas.

Tatabahasa21.07.2009
Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat berikut, tolong jelaskan mengapa: 1. Para penduduk Taman Harmoni sangat berpuas hati dengan program Hari Keluarga yang diadakan itu. 2. Ibu saya berpuas hati dengan baju yang dijahit oleh pekerja di Raihan Butik. 3. Usah conteng dinding. 4. Cikgu Raihan perhatikan murid-murid bersenam di padang. 5. Murid-murid dikehendaki supaya menghantar kertas soalan. Terima kasih.Ayat yang betul ialah:
1. Penduduk Taman Harmoni sangat berpuas hati dengan program Hari Keluarga yang diadakan itu.
2. Ibu saya berpuas hati dengan baju yang dijahit oleh pekerja di Butik Raihan.
3. Jangan conteng dinding.   
4. Cikgu Raihan memerhatikan murid-murid bersenam di padang.
5. Murid-murid dikehendaki menghantar kertas soalan.
Sila bandingkan ayat asal dan ayat baharu dan tuan akan dapat mengesan kesalahan dalam ayat tersebut.
Tatabahasa09.09.2015
Perlukah koma dibubuh di depan kata hubung? Contohnya, Ibu menjahit baju, manakala bapa dan adik menonton televisyen / Hari Keluarga diadakan bertujuan mengeratkan hubungan sesama warga sekolah dan ibu bapa, di samping mencungkil bakat.

Saudara,

Tanda koma perlu diletakkan di hadapan kata hubung seperti dalam contoh ayat yang dikemukakan.

Tatabahasa28.02.2010
5. Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada ahli JLAKS yang menerima pingat dan darjah kebesaran seperti berikut: 6. Pengerusi turut mengimbas kembali aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan bagi tempoh enam bulan kedua tahun 2013 seperti berikut: 7. Pengerusi seterusnya memaklumkan terdapat beberapa lagi aktiviti bagi tahun 2013 yang dirancang dan bakal dilaksanakan seperti berikut: a. 15 Nov - Perbarisan Persaraan TPTL, Serah Tugas TPTL dan Majlis Jasamu Dikenang di KDSG. b. 30 Nov - Hari Keluarga Markas Tentera Laut di Kompleks Sukan Air, Putrajaya.Tidak ada pertanyaan yang dikemukakan. Maklumat yang tuan berikan berkaitan dengan minit mesyuarat. Untuk makluman tuan, dalam penulisan minit mesyuarat, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 2/1992 menjadi rujukan utama.  Minit mesyuarat ialah dokumen sulit jabatan dan format minit mesyuarat lazimnya ditentukan oleh jabatan masing-masing. Walau bagaimanapun pada kelazimannya dalam ruangan tindakan dimasukkan nama pegawai yang berkenaan (tanpa nama jawatan). Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP. Tuan juga boleh merujuk buku tatabahasa atau laman web kami untuk melihat contoh pembentukan dan penggunaan kata yang betul bagi memastikan ayat yang digunakan itu tepat.Lain-lain13.01.2014
“Latihan ko-kurikulum pada hari Sabtu juga di atas permintaan mereka sendiri. Sebagai pengetua, saya cuma mengusulkan bayaran saguhati KEPADA/DARIPADA pihak PIBG agar guru-guru ini menerima sedikit sumbangan atas pengorbanan masa mereka meninggalkan keluarga di rumah pada hari-hari cuti. Kepada atau daripada?Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud Kepada ialah kata sendi nama yang menyatakan sasaran manakala daripada pula kata sendi nama untuk menerangkan asal (sumber, bahan dan lain-lain) sesuatu benda. Maka yang paling sesuai ialah DARIPADATatabahasa07.12.2016
1. Pertandingan Berpantun diadakan bersempena / sempena Minggu Bahasa Malaysia. 2. Ali sangat gembira / Ali berasa sangat gembira. 3. Bapa membawa kami sekeluarga/ keluarga saya / saya dan keluarga ke Zoo Negara 4Sekolah saya mengadakan hari sukan / Hari Sukan.1. Pertandingan Berpantun diadakan bersempena dengan Minggu Bahasa Malaysia. 2. Ali sangat gembira. Saya berasa gembira. 3. Ketiga-tiganya betul. 4. Sekolah saya mengadakan hari sukan.Tatabahasa22.03.2010
Kawan-kawan dan keluarga saya mengucapkan (“Selamat datang / Selamat hari jadi ”) kepada saya. Apakah ayat di atas betul atau salah?Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:
1. Kawan-kawan dan keluarga mengucapkan selamat datang kepada saya.
2. Kawan-kawan dan keluarga  mengucapkan selamat hari jadi  kepada saya. 
Tatabahasa28.11.2020
Soalan : Kawan-kawan dan keluarga saya mengucapkan (“Selamat datang / Selamat hari jadi ”) kepada saya. Soalan : Apakah tanda baca pada ayat di atas betul atau salah?Kawan-kawan dan keluarga saya mengucapkan "Selamat datang/Selamat hari jadi" kepada saya. Tanda baca pada ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa01.12.2020
123

Kembali ke atas