Kamus Sains

Kamus Sains.indb
pelbagai arus kecil. Sumbangan arus pertama merupakan yang paling besar. (HID) airlight (cahaya udara) Kecerahan ketara objek jauh yang dilihat oleh pemerhati. Kecerahan ini ber- tambah apabila dilihat pada siang hari akibat penyerakan cahaya matahari ke arah pemerhati oleh zarah-zarah yang terapung dalam atmosfera, dan molekul- molekul udara. Cahaya udara bertambah dengan jarak objek disebabkan per- tambahan agen penyerak. (METEO Enzim amilase yang terdapat dalam jus pankreas, yang memangkinkan hidro- lisis kanji kepada dekstrin dan akhirnya kepada maltosa. Sinonim pancreatic amylase. (BIO) amylovorin (amilovorin) Fitotoksin perumah tak khusus pada tanaman keluarga epal yang dihasilkan oleh bakteria Erwinia amylovora. Tanaman yang terkena toksin ini biasanya layu. (BIO) amylum (amilum) Kanji khususnya daripada tumbuh-tumbuhan. (BIO) anabatic wind (angin anabatik) Angin setempat yang

Kembali ke atas