Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : hari ketika seseorang itu diperanakkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : hari memperingati lahirnya seseorang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hari
Kata Terbitan : sehari-hari, sehari-harian, berhari-hari, harian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah adalah betul ? 1. Seorang ayah mengambil gambar anaknya di majlis hari lahir untuk menjadi kenangan manis. 2. Seorang ayah mengambil gambar anaknya dalam majlis hari lahir untuk dijadikan kenangan manis.2. Seorang ayah mengambil gambar anaknya dalam majlis hari lahir untuk dijadikan kenangan manis.Tatabahasa02.03.2019
Selamat sejahtera. Yang manakah tepat? Hari jadi atau hari lahir? Menurut sesetengah pihak, hari jadi ialah hari kita dijadikan, manakala hari lahir pula, hari kita dilahirkan ke dunia ini. Terima kasih.

Makna03.10.2017
Mohon pencerahan penggunaan penjodoh bilangan berikut: Ayat 1:Syura menempah beberapa JAMBANGAN/JAMBAK bunga untuk majlis hari lahir adiknya. Penjodoh bilangan jambangan atau.jambak yang paling sesuai berdasarkan ayat di atas?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, jambak bermaksud karangan (bunga, kunci, dan lain-lain), rangkai, berkas: sejambak bunga. Manakala jambangan bermaksud tempat mele­takkan bunga dan pasu bunga. Berdasarkan huraian di atas, perkataan yang paling betul ialah jambak.Tatabahasa10.01.2017
Ingin bertanya.. Ali mennyambut hari kelahiran atau hari lahir yang ke-4?Frasa hari kelahiran dan hari lahir boleh digunakan kerana kedua-dua frasa ini bermaksud memperingati lahirnya seseorang.Tatabahasa12.03.2015
pilih ayat yang betul 1 Kamu harus cepat sampai supaya tidak ketinggalan bas. 11 ¢ikgu Mat mengajarkan Matematik kepada murid-muridnya. III Darah seni memang sudah lama mengalir di dalam jiwanya. 1V Sungguhpun badannya letih, Zali tetap menghadiri majlis hari lahir. A. I,Il,dan lV B. ll,danIV sahaja. C. ll dan lll sahaja. D. 1,11,111 dan lV pilih ayat yang betul A. Fatimah memetikkan sekuntum bunga mawar dan diselitkan pada sanggulnya. B. Mereka berbincang mengenai kemenangan pasukan hoki sekolah C. Letih lesu badannya kerana tidak tidur semalaman D. Abang menghadiahkan adik sebuah buku cerita.1. Kami berpandangan ayat I,II dan IV betul. Walau bagaimanapun jika soalan yang ditanyakan ini berkaitan dengan soalan peperiksaan, sila rujuk pihak yang berwenang dalam dalam hal ini seperti sekolah atau Majlis Peperiksaan Malaysia.  
2.
A. Fatimah memetikkan sekuntum bunga mawar dan diselitkan pada sanggulnya - betul.
B. Mereka berbincang mengenai kemenangan pasukan hoki sekolah - betul.
C. Letih lesu badannya kerana tidak tidur semalaman - betul.
D. Abang menghadiahkan adik sebuah buku cerita - salah.
Tatabahasa17.10.2014
Saya ingin tahu apakah maksud sebenar "puja usia"? Adakah ia sama dengan "hari jadi"?Tidak ada maklumat tentang puja usia dalam pangkalan data kami. Melalui semakan kami di internet, kata "puja usia" digunakan dalam konteks yang sama seperti "hari lahir".Makna18.04.2015
PENGGUNAAN PERKATAAN HARI. PADA AYAT HARI ULANG TAHUN SAMBUTAN KEMERDEKAAN. ATAU HARI ULANG TAHUN BANDAR RAYA JITRA @ PENGUNAAN HARI INTU XPERLU. MOHON PANDANGANAyat yang betul ialah Ulang tahun sambutan kemerdekaan dan Ulang tahun bandar raya Jitra. Perkataan hari tidak perlu kerana ulang tahun sudah bermaksud hari jadi atau hari lahir dan hari perayaan bagi sesuatu peristiwa penting yang disambut setiap tahun seperti kemerdekaan negara.Tatabahasa07.10.2021
PENGUNAAN PERKATAAN HARI DALAM AYAT SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN BANDAR RAYA JITRA KE 34 ATAU HANYA SAMBUTAN ULANG TAHUN BANDAR RAYA JITRA KE 34. MANA SATU PERKATAAN YANG BETUL?Ayat yang betul ialah Sambutan ulang tahun bandar raya Jitra ke-34.  Perkataan hari tidak perlu kerana ulang tahun sudah bermaksud hari jadi atau hari lahir dan hari perayaan bagi sesuatu peristiwa penting yang disambut setiap tahun seperti kemerdekaan negara.Tatabahasa07.10.2021
Slm. Sy memintya jasa cik/tuan/puan untuk memeriksa golongan kata bahan yang saya buat ini sama ada betul atau tak. Saya juga memohon cik/tuan/puan untuk membantu sy mengisi bahagian yang kosong sebab sy kurang pasti golongan kata perkataan tersebut. Terima kasih. p/s : saya dah update makna dalam bmDi sini kami menjawab beberapa soalan yang dikemukakan.

Perlawanan = kata nama
Mati = kata kerja
Tanda = kata nama
Kata-kata = kata kerja
Hari lahir = kata nama
Seronok = kata adjektif
Maksimum = kata adjektif
Keluarga = kata nama
rumah = kata nama
kereta = kata nama
kawan = kata nama
Times square = kata nama
Redbox = kata nama

Untuk mendapat keterangan atau jawapan yang lain, kami sarankan tuan/puan rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lain-lain27.08.2014
Assalamualaikum. Selamat hari raya. Maaf, saya nakkan kepastian. Kebiasaannya, ucapan yang selalu kita dengar pada hari raya ialah "Maaf zahir dan batin". Tetapi saya ada terjumpa kad raya yang tercatat ucapan "Maaf lahir dan batin". Jadi persoalannya, betul atau tidak ucapan "Maaf lahir dan batin"? Terima kasihUngkapan yang lazim digunakan ialah  "Maaf Zahir dan Batin".Lain-lain23.04.2023
12

Kembali ke atas