Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = Hari R~ Puasa hari utk meraikan berakhirnya puasa, lebaran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : hari yg diraikan kerana sebab-sebab tertentu; hari besar: (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : hari yg dimuliakan dan dirayakan kerana menandakan tamatnya puasa atau kerana membesarkan hari orang mengerjakan haji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hari
Kata Terbitan : sehari-hari, sehari-harian, berhari-hari, harian,

Puisi
 

Beli gelas beli cawan,
     Untuk pagi Hari Raya;
Tidakkah belas hati tuan,
     Melihat nasib hidup saya.


Lihat selanjutnya...(4)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HARI RAYA AIDIL FITRI

Hari Raya Aidil Fitri, hari kemenangan, kesyukuran dan kegembiraan umat Islam selepas berjaya menyempurnakan ibadat puasa yang diwajibkan selama sebulan pada bulan Ramadan.

AGAMAPerayaan/Upacara
KETUPAT

Ketupat ialah sejenis makanan tradisional

Melayu yang biasanya dibuat dan dihidangkan

pada hari perayaan seperti Hari Raya Puasa.

UMUM 
TAPAI

Tapai, penganan yang dibuat daripada beras

pulut, beras biasa, dan ubi kayu yang dicampur

ragi. Tapai biasanya disediakan sebagai makanan

sampingan dalam jamuan majlis perkahwinan dan

pada hari raya. Kini tapai merupakan makanan yang

bersifat komersial. Selain dimakan begitu sahaja,

tapai juga boleh dimakan bersama susu atau ais

krim.

UMUM 
DODOLDODOL, sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung pulut, gula pasir, santan, gula melaka atau gula enau dan kadang-kadang dicampuri durian. Dodol juga dikenal sebagai kelamai. Dodol dibuat untuk juadah hari raya atau majlis perkahwinan. Bahan untuk membuat dodol mestilah bermutu tinggi dan bersih. BUDAYAMakanan
HALWA

HALWA, penganan manis yang diperbuat daripada buah-buahan seperti betik, nanas, kundur, mangga, nangka, limau kasturi, belimbing dan cermai. Buah-buahan ini digubah seperti bunga-bungaan, sayur-sayuran dan lain-lain. Halwa disediakan untuk hari raya dan majlis perkahwinan atau sebagai hidangan biasa.

BUDAYAKonsep
PERINTAH BERKURUNG

Perintah berkurung ialah satu tempoh dari

siang hari yang membawa ke petang dan

berakhirnya kerja. Perkataan ini berasal daripada

perkataan Perancis couvrefeu yang bermaksud

padamkan apa yang sedang menyala . Pada

permulaan waktu perintah berkurung, loceng

dibunyikan memberitahu penduduk supaya

memadamkan lampu, menutupi api dan tidak

berada di jalan raya sehingga hari siang.

UMUM 

Kembali ke atas