Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ri.mau] | هريماو

Definisi : sj binatang mamalia yg buas (rupanya spt kucing); jenis-jenisnya: ~ akar = ~ dahan, Neofelis nebulosa; ~ belang, Panthera tigris; ~ bintang = ~ kumbang, Panthera pardus, dll; ~ akuan harimau jadi-jadian, cenaku, kem­bering; ~ tanpa gigi orang yg telah tiada kuasanya lagi: saya akan buktikan yg MPPJ bukan ~ tanpa gigi; bagai ~ kelaparan ki sangat ganas; ~ ditakuti sebab giginya prb orang yg berpangkat itu ditakuti kerana ada kuasanya; ~ mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading prb orang yg berjasa itu akan selalu disebut-sebut orang walau berapa lama pun ia telah mati; ~ mati kerana belangnya prb perihal mendapat kecelakaan kerana mempertahankan kemegahannya; ~ mengaum tak akan menangkap = ~ ber­tem­pik tak akan makan orang prb orang yg marah dan berteriak-teriak biasanya tidak sampai memukul; anak ~ diajar makan daging prb orang yg zalim digalakkan mem­bunuh; anak ~ tak akan menjadi anak kambing prb orang yg berani tak akan jadi penakut; bagai ~ beranak muda prb perihal orang yg sangat bengis (garang dll); spt ~ menyembunyikan (menyorokkan) kuku prb orang berpengetahuan yg menyembunyikan pengetahuannya; sudah masuk ke dlm mulut ~ prb sudah pasti binasa; mengharimaui memarahi (memberangi) dgn menengking-nengking dll, memper­laku­kan dgn kejam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ri.mau] | هريماو

Definisi : 1 beberapa jenis binatang buas yg rupanya spt kucing tetapi lebih besar. ~ belang Panthera tigris. ~ bintang Panthera pardus. ~ dahan Neofelia nebulosa. 2 ki orang yg berani dan ganas: Perajurit-perajurit itu spt ~ dan penuh bersemangat menentang musuh. ~ berantai ki orang yg paling handal dlm sesuatu pasukan atau kumpulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata harimau

Puisi
 

Sehari bulan rajanya harimau,
     Harimau tidur di rimba jati;
Semakin hati bertambah igau,
     Tuan seorang di mata hati.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Harimau puntung kena penjara,
     pelanduk kecil menolakkan mara.

Bermaksud :

Ada masanya kesusahan orang besar lagi berkuasa itu ditolong oleh orang yang lemah dan kecil.

 

Lihat selanjutnya...(69)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kelarai tapak harimaukelarai tapak harimauKesenianTiadaCorak anyaman berunsur haiwan berbentuk tapak harimau.
tiger economyekonomi harimauEkonomiTiadaEkonomi yang sedang mengalami pertumbuhan pesat di Asia Tenggara. Ekonomi harimau Asia merangkumi ekonomi di negara Singapura, Hong Kong, Korea Selatan, dan Taiwan yang mempunyai hab kewangan dan perdagangan yang canggih.
fingered citronlimau kuku harimauHerbaFitoterapiSalah satu jenis atau varieti limau sitron (Citrus medica) yang juga dikenali sebagai limau jari buddha. Limau kuku harimau berbentuk bujur panjang dan hujungnya menyerupai bentuk jari. Limau ini sering digunakan dalam perubatan tradisional.
tiger stripebelang harimauBiologiPatologiBalang yang terdiri daripada jalur-jalur kuning yang memisahkan kawasan nekrosis. Keseluruhan gejala tersebut berlatar belakang kawasan hijau yang normal hingga nampak seperti belang harimau.
tiger stripebelang harimauKimiaTiadaBalang yang terdiri daripada jalur-jalur kuning yang memisahkan kawasan nekrosis. Keseluruhan gejala tersebut berlatar belakang kawasan hijau yang normal hingga nampak seperti belang harimau.
rosetterosetPentadbiran PerniagaanTiada1. Hiasan bunga mawar daripada reben atau fabrik, berkedut atau berlisu, digunakan sebagai hiasan atau trimin pakaian dan topi.,2. Tanda tompok pada fur harimau binatang yang menyerupai kesan tapak kaki harimau tersebut.,3. Tanda yang ditinggalkan di atas kulit burung kasawari apabila bulu pelepahnya dicabut.
paper tigerharimau kertasPentadbiran PerniagaanTiadaSatu-satu pelaburan yang kelihatan bermutu atas kertas tetapi sebenarnya tidak mempunyai merit pelaburan.
paper tigerharimau kertasEkonomiTiadaTiada
tiger prawnudang harimauPerikananTiadaTiada
tiger teampasukan harimauTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPasukan yang terdiri daripada pakar keselamatan komputer yang ditugaskan untuk menguji mekanisme pertahanan suatu sistem komputer. Ujian ini dilakukan dengan mensimulasi suatu pencerobohan berbantukan kaedah pencerobohan sebenar yang mungkin dipakai oleh pengguna hasad. Sekiranya pencerobohan berjaya dilakukan, maka pasukan yang sama akan menilai tahap kerosakan yang boleh berlaku dan memberi cadangan perlindungan tambahan kepada sistem.
1234

Kembali ke atas