Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata harimau kumbang


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
peturun; harimau ~ harimau kumbang.Kamus Dewan Edisi Keempat
anjing (harimau) kumbanganjing (harimau) yg hitam bulunya;Kamus Dewan Edisi Keempat
harimau peturunharimau kumbang.Kamus Dewan Edisi Keempat
kumbang1. sj serangga yg berkepak dan berkulit keras; jenis-jenis: ~ (ber)tanduk, ~ daun, ~ gajah, ~ kelapa dll; 2. sj serangga (lebah); jenis-jenis: ~ kayu, ~ madu dll; 3. ki hitam (berkilat); anjing (harimau) ~ anjing (harimau) yg hitam bulunya; ~ ambrosia sj kumbang perosak kayu dlm famili Platypolidae dan beberapa genus dlm famili Scolitidae dan Lymaxylidae; ~ bubuk sj kumbang perosak kayu dlm famili Bostrychidae dan Lyctidae; ~ kulit sj kumbang perosak kayu dlm famili Scolitidae (termasuk kumbang Ambrosia); ~ kura-kura kumbang kecil ber­warna coklat kemerah-merahan atau kuning dan berbintik-bintik hitam; ~ perabot sj kumbang perosak kayu dlm famili Anobiidae, larvanya mengorek kayu, Anobium punctatum; ~ sesungut panjang sj kumbang perosak kayu dlm famili Cerambycidae yg larvanya mengorek kayu; ~ melilit gedung prb orang yg bersiul-siul berkeliling rumah gadis yg dikasihinya; ~ tidak seekor, bunga tidak sekaki (sekuntum) prb bukan hanya seorang sahaja lelaki atau perem­puan utk dijadikan kekasih atau pasangan hidup; bagai ~ putus tali(nya) prb sangat pantas larinya (jalannya); mengumbang mendengung-dengung (ber­bunyi berdengung-dengung) spt kumbang.Kamus Dewan Edisi Keempat
harimausj binatang mamalia yg buas (rupanya spt kucing); jenis-jenisnya: ~ akar = ~ dahan, Neofelis nebulosa; ~ belang, Panthera tigris; ~ bintang = ~ kumbang, Panthera pardus, dll; ~ akuan harimau jadi-jadian, cenaku, kem­bering; ~ tanpa gigi orang yg telah tiada kuasanya lagi: saya akan buktikan yg MPPJ bukan ~ tanpa gigi; bagai ~ kelaparan ki sangat ganas; ~ ditakuti sebab giginya prb orang yg berpangkat itu ditakuti kerana ada kuasanya; ~ mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading prb orang yg berjasa itu akan selalu disebut-sebut orang walau berapa lama pun ia telah mati; ~ mati kerana belangnya prb perihal mendapat kecelakaan kerana mempertahankan kemegahannya; ~ mengaum tak akan menangkap = ~ ber­tem­pik tak akan makan orang prb orang yg marah dan berteriak-teriak biasanya tidak sampai memukul; anak ~ diajar makan daging prb orang yg zalim digalakkan mem­bunuh; anak ~ tak akan menjadi anak kambing prb orang yg berani tak akan jadi penakut; bagai ~ beranak muda prb perihal orang yg sangat bengis (garang dll); spt ~ menyembunyikan (menyorokkan) kuku prb orang berpengetahuan yg menyembunyikan pengetahuannya; sudah masuk ke dlm mulut ~ prb sudah pasti binasa; mengharimaui memarahi (memberangi) dgn menengking-nengking dll, memper­laku­kan dgn kejam.Kamus Dewan Edisi Keempat
kerbau Isj binatang peliharaan (seakan-akan lembu rupanya tetapi lebih besar dan kulitnya biasanya berwarna kelabu atau kehitam­-hitaman), Bos bubalus; ~ balar kerbau yg berkulit dan berbulu putih; ~ bara api kerbau yg kulitnya kemerah-­merahan; ~ benuang jenis kerbau yg besar dan berkulit hitam; ~ beras = ~ melukut jenis kerbau yg kecil; ~ bintang kerbau yg ber­bintik-bintik pd kulitnya; ~ buluh seruas kerbau yg kuku kakinya bercantum (tidak berbelah); ~ bungkal gantih kerbau yg hujung tanduknya berbungkal (tidak tajam); ~ canggai puteri kerbau yg kuku kakinya kecil dan panjang; ~ denak kerbau pemikat (utk menarik kerbau lain supaya masuk kandang); ~ jalang kerbau hutan (bukan kerbau peli­haraan); ~ kumbang berteduh = ~ sumbat labu kerbau yg ada gumpal daging pd pangkal ekornya; ~ pangkah kening kerbau yg ada tanda putih pd dahinya; ~ pendek bp babi; ~ punca ekornya kerbau yg ada tanda (jalur) putih pd ekornya; ~ sampaian kain kerbau yg tanduknya mendatar (tidak tumbuh ke atas); ~ sinar matahari kerbau yg tanduknya menonjol ke hadapan; ~ sopak kerbau yg mempunyai tanda-tanda putih pd bahagian mulutnya; ~ tepuk lalat kerbau yg hujung ekornya berbungkal; ~ turun berendam lebih kurang pukul 5 petang; ~ berkandang, emas berpura prb sesuatu benda itu hendaklah disimpan pd tempatnya masing-masing supaya selamat; ~ diberi berpelana, kuda diberi berpasangan prb pe­kerjaan yg dibuat tidak dgn selayaknya atau orang yg diletakkan bukan pd tempatnya; ~ jangan dimaling orang, ayam jangan dimusang prb isteri dijaga baik oleh keluarga suaminya supaya tidak dinodai orang; ~ menanduk, ~ pergi prb orang yg bersalah mesti menerima hukumannya; ~ punya susu, sapi dapat nama prb orang lain yg berbuat kebaikan atau bersusah payah, orang lain pula yg mendapat kepujian; ~ sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal prb perihal sukarnya menjaga seorang gadis supaya tidak tercemar nama baik; bagai ~ runcing tanduk prb orang yg terkenal kerana jahatnya; bagai ~ terkejut oleh gong prb ter­cengang-cengang kehairanan; bagai jelongak ~ rampung prb orang bodoh yg sombong dan tidak sedarkan dirinya diperbodohkan orang; bagai melulutkan jebat pd ~ prb pemberian yg tidak kena pd tempatnya (tidak berfaedah kpd penerimanya); bermain-main dgn ~, dilontarnya muka dgn ekor prb berkawan dgn orang bodoh (hina) tentu mendatangkan kerugian; jangan buat ~ tanduk panjang prb jangan mencampuri perkara orang lain; jika ~ dipegang orang talinya, jika manusia dipegang mulutnya prb janji mestilah di­tepati; laksana ~, di mana rumput hijau di sana terkam prb orang yg melupakan (tidak menghiraukan) bahaya apabila menemui sesuatu yg digemarinya; mencongak (mendongak) rupa ~ jantan kemudian prb lelaki yg berjalan di belakang isterinya; menghambat ~ melabuh (berlabuh) prb meng­halang (mengganggu) perbuatan orang yg akan mendatangkan kesenangan baginya; menolong ~ ditangkap harimau prb meno­long orang yg membuat kesalahan, akhirnya diri sendiri mendapat kesusahan; seekor ~ berkubang, sekandang kena loloknya = seekor ~ membawa lumpur, semuanya terpalit prb seorang yg melakukan kesalahan semuanya terlibat sama; spt ~ dicucuk hidung prb orang bodoh yg menurut sahaja kemahu­an orang lain; spt ~ menanduk anak, dgn kaparan tanduk, bukan dgn hujungnya prb menghukum anak ialah utk memperbaiki kelakuannya, bukan utk menyeksa; spt ~ tersepit leher, dihela tanduk sudah panjang, dilakukan badan sudah besar prb orang yg mendapati sukar hendak melepaskan dirinya setelah terdorong melakukan sesuatu peker­jaan; terambu ~ kerana rumput muda prb orang yg mudah tergoda oleh kecantikan perempuan muda; tiada akan rintang ~ oleh tanduknya prb orang yg cekap itu tiada terganggu oleh rintangan dlm mengerjakan sesuatu; berkerbau; ~ seperempat ekor, berkandang sbg orang prb orang miskin yg berlagak spt orang kaya.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas