Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[har.mo.ni] | هرموني

Definisi : 1. selaras dr segi muzik: pasukan koir itu bernyanyi dlm nada suara yg ~; 2. persesuaian atau persetujuan: kedua-dua suami isteri itu hidup dlm keada­an yg ~; 3. not-not muzik dlm sesuatu kod; 4. persesuaian tindakan, pendapat, perasaan, dll; mengharmonikan 1. menjadikan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), menyelaraskan, menyesuaikan, menyepadankan (nada, suara, dsb): mereka berusaha bersungguh-sungguh utk ~ suara mereka; 2. menjadikan harmoni, memesrakan: mereka sama-sama cuba ~ perhubungan mereka; keharmonian 1. keadaan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), keselarasan, kesesuaian: sebaliknya, sains dan teknologi yg telah berkembang itu telah menyebabkan tiada ~ antara manusia dengan alam sekitar; 2. keadaan harmoni (mesra), kemesraan: ~ per­hubungan antara kedua-dua buah negara; menikmati ~ hidup di desa; ~ rumah tangga; pengharmonian proses (usaha, perbuatan dsb) mengharmonikan: Labuan diharapkan akan menjadi mangkin kpd ~ dan integrasi pasaran modal di rantau ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[har.mo.ni] | هرموني

Definisi : 1 persesuaian (pendapat, sikap, perasaan dll). 2 gabungan benda atau warna yg menyenangkan dan memuaskan. 3 gabungan bunyi atau suara yg sedap didengar pd muzik atau nyanyian. 4 dlm keadaan yg bersesuaian; selaras; sesuai: Susunan perabot di rumah itu ~ sekali. Lagu itu disampaikan dlm irama yg ~. 5 baik dan damai dlm pertalian persahabatan atau dlm hubungan suami isteri; rukun: Mereka sekeluarga hidup dlm keadaan yg ~. berharmoni ada harmoninya; bersesuaian; bersependapat: Mereka diseru supaya berdisiplin dan ~ dlm menjalankan tugas-tugas mereka. mengharmonikan menjadikan harmoni. keharmonian keadaan harmoni; kesesuaian; kesela­rasan: Iman yg sempurna dpt menimbulkan ~ pd diri seseorang dan pd masyarakat. ~ nada lagu itu menenangkan fikirannya. pengharmonian usaha atau perbuatan mengharmonikan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harmoni (adjektif)
1. Dalam konteks suara, nada,
bersinonim dengan selaras, sepadan, sesuai, secocok,

2. Bersinonim dengan bahagia: rukun, sejahtera, mesra, tenang, damai, tenteram, aman, sepakat,

Kata Terbitan : mengharmonikan, keharmonian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
basso ostinatobasso ostinatoMuzikTiada

 Melodi bes yang diulang sepanjang karya dan merupakan corak dasar harmoni sesuatu karya. Harmoni dan tekstur berubah pada setiap ulangan melodi bes ini. Basso ostinato merupakan satu ciri utama dalam bentuk pssacaglia dan chaconne. Lihat juga variasi.

artificial harmonicharmoni buatanKesenianTiadaHarmoni yang diubah suai
tertian harmonyharmoni tertiaKesenianTiadaSistem harmoni berdasarkan not ketiga dalam triad.
open harmonyharmoni bukaanKesenianTiadaKedudukan pada nada harmoni di dalam jeda yang luas.
functional harmonyharmoni asasKesenianTiadaIstilah dalam teori harmoni yang diperkenalkan oleh Riemann untuk menyatakan perhubungan kord dengan pusat tonalnya.
retreatwacana harmoniPentadbiranTiada1, Di Malaysia, Wacana harmoni merupakan mesyuarat perancangan di luar pejabat (kawasan peranginan) yang turut menyelitkan aktiviti santai (berkaitan perniagaan, perkhidmatan/pentadbiran awam). 2. Peringkat di antara muzakarah dan perancangan strategik. 3. Konsep ukhuwah, intim.
first harmonicharmoni pertamaKesenianTiadaTon terendah pada sesuatu siri harmoni.
third harmonic generationpenjanaan harmoni ketigaKejuruteraanTiadaPenjanaan gelombang harmoni ketiga apabila laser menghasilkan keadaan tepu dalam bahantara.
added tone harmonyharmoni ton tambahMuzikTiada

Harmoni muzik yang mengandungi ton yang ditambah supaya bunyinya menjadi lebih kompleks. Komposer yang menggunakan teknik ini ialah Messiaen, Stravinsky dan Takemitsu.

non harmonic tone/non chord toneton bukan harmoniMuzikTiada

Ton asing yang tidak terkandung dalam sesuatu harmoni atau kord. 

12345678910...

Kembali ke atas