Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.sil] | حاصيل

Definisi : 1 sesuatu yg diperoleh drpd se­suatu usaha, tanah, tanam-tanaman dll; pendapatan; perolehan: Getah dan bijih timah ialah ~ utama negara kita. 2 bayaran yg dikenakan oleh kerajaan atas barang-barang yg dibawa masuk ke dlm negeri, tanah, perniagaan dll; cukai; pajak: ~ negeri dipungut dgn ber­bagai-bagai cara. 3 ki sesuatu kebaikan dll yg terjadi sbg ekoran sesuatu perbuatan, usaha dll: ~ rundingan itu ialah perhu­bungan yg lebih baik antara kedua-dua buah negara. ~ bahagi angka yg diperoleh dgn membahagikan satu angka dgn angka lain. ~ buangan ist bahan yg terhasil dlm proses kimia tetapi tidak mempunyai kegunaan industri. ~ bumi hasil (spt bijih timah) yg diperoleh dr dlm bumi. ~ darab angka yg diperoleh dgn mendarabkan dua angka atau lebih. ~ hutan segala barang spt rotan, damar, kayu-kayan yg diperoleh dr tumbuh-tumbuhan di hutan. ~-mahsul berbagai-bagai hasil. ~ pertanian barang-barang yg diperoleh drpd usaha bertani. ~ sampingan hasil (bahan dll) yg diperoleh drpd proses penghasilan sesuatu bahan lain (hasil utama): Semasa tumbuh-tumbuhan membuat karbohidrat pd waktu siang, oksigen terbebas sbg ~ sam­pingan. ~ tanah a. cukai yg dikenakan pd tanah. b. hasil bumi. ~ utama hasil yg penting yg menjadi keutamaan dlm sesuatu pengeluaran. berhasil 1 ada hasilnya: Sawahnya kurang ~ tahun ini. 2 berjaya atau tercapai cita-cita dll: Cita-citanya utk menjadi doktor telah ~. menghasilkan 1 mendatangkan hasil; mengeluarkan hasil: Australia ~ kira-kira satu pertiga drpd jumlah eksport bulu biri-biri di dunia. 2 mencipta sesuatu: Beliau telah ~ lebih drpd dua puluh buah cerita pendek. 3 mendatangkan sesuatu kebaikan dll; membuahkan: Perkenalan itu telah ~ satu perhubungan yg mesra. penghasilan perbuatan (usaha, kegiatan) menghasilkan; pengeluaran: ~ minyak; Malaysia terkenal dgn ~ bijih timah dan getah. Kita telah mengkaji bahawa perubahan kimia diikuti oleh penyerapan atau ~ haba. penghasil orang, negara dll yg menghasilkan sesuatu; alat utk menghasilkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hasil (kata nama)
1. Rujuk dapat pendapatan

2. Rujuk panen

3. Bersinonim dengan keputusan: jawapan, penyelesaian, kesudahan,

4. Bersinonim dengan akibat: kesan, padah, reaksi, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berhasil, menghasilkan, keberhasilan, penghasilan, penghasil,

Puisi
 

Ayam ini ayam Melaka,
     Mari dijual ke Tanjung Pagar;
Kalau tuan ingin berniaga,
     Hasil negeri mahulah dibayar.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Apa tampangnya,
     itulah tumbuhnya.

Bermaksud :

Hasil sesuatu pekerjaan itu menurut ukuran usaha yang kita kerjakan. tampang = benih.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Beg tangan itu_____ hasil hasil tangan dari negara Jepun. A. ialah B. adalah Jawapan mana satu yang betul. Terima kasih.Jawapan yang betul ialah: Beg tangan itu ialah hasil tangan dari negara Jepun.Tatabahasa25.05.2012
Assalamualaikum. Saya ingin kemukakan beberapa pertanyaan. Mohon dapatkan jawapan dan penjelasan. 1. Perbezaan frasa NAIK SELALU dan SELALU NAIK. 2. Tepat atau tidak penggunaan kata iaitu HASIL LAUT KERING bagi menggambarkan hasil-hasil tangkapan laut yang dikeringkan. 3. JERUK MADU PAK ALI. Betul atau tidak maksud ungkapan ini membawa dua makna iaitu: i. Jenama jeruk milik Pak Ali yang dikenali sebagai JERUK MADU ii. Hasil perniagaan jeruk ini dimiliki oleh isteri-isteri Pak Ali, kerana kehidupan bermadu oleh Pak Ali. Terima kasih atas bantuan yang diberi. Sekadar menambah pengetahuan kebahasaan. ISMAIL BIN HASHIM BALING KEDAH.1. Frasa NAIK SELALU dan SELALU NAIK sama maksudnya, perbezaan pada meletakkan kata adverba "selalu" selepas dan sebelum kata kerja.
2. Frasa HASIL LAUT KERING tidak dapat menerangkan maksud hasil-hasil tangkapan laut yang dikeringkan. Hal ini perlu diterangkan dalam frasa yang lebih jelas seperti hasil laut yang dikeringkan.
3. Frasa JERUK MADU PAK ALI menerangkan maksud jeruk madu milik Pak Ali. Mana mungkin frasa tersebut menerangkan maksud jeruk milik isteri-isteri Pak Ali kerana jika mengikut frasa "Jeruk Madu Pak Ali", Pak Ali yang bermadu (bersalahan dari aspek bahasa dan syarak).
Tatabahasa02.12.2014
Adakah wujud perkataan "Hasil Muwasil" atau "Hasil Muasil"?Tidak terakam frasa hasil muwasil atau hasil muasil dalam kamus terbitan DBP.

Yang terakam ialah kata hasil dan kata terbitannya serta kata walhasil. Kata walhasil dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) ialah seperti yang berikut:
 
walhasil والحاصل  kata nama
1 dan hasilnya atau akibat daripada sesuatu peristiwa, perbuatan, keadaan dan sebagainya; kesudahan:
Contoh penggunaan
Walhasil saya cuma ketawa semasa menonton drama yang mengarut itu.

kata adverba
2 pada hakikatnya:
Contoh penggunaan
Walhasil, segala bentuk ketaatan, ketundukan dan kepatuhan kepada Allah merupakan ibadah.

ASAL: [daripada Arab wa’l-ḥāṣil ‘dan hasilnya, kesimpulannya’]
Makna07.10.2023
Apakah kata pemeri yang tepat untuk perkataan hasil? Adakah hasil merupakan kata nama.... Dalam Kamus Dewan kata pemeri adalah digunakan sebelum perkataaan hasil (rujuk contoh ayat bagi perkataan 'hasil'. Terima kasih.Merujuk buku Tatabahasa kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah" menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Oleh itu, dalam contoh yang saudara berikan penggunaan kata pemeri yang betul "... ialah hasil ...".Tatabahasa14.07.2009
Berdasarkan laman http://prpm.dbp.gov.my/, yang berikut ialah keputusan semakan ejaan selsema/selesema: 1. selsema Tiada di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) Kamus Inggeris-Melayu Dewan (1991) - 2 hasil carian Istilah Malaysia - 1 hasil carian Istilah MABBIM - 1 hasil carian Bahasa Sukuan - 1 hasil carian Kamus Thai Melayu Dewan (2008) - 1 hasil carian Jumlah: 6 hasil carian 2. selesema Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) - 24 hasil carian Kamus Pelajar Edisi Kedua (2008) - 8 hasil carian Kamus Pelajar (1987) - 5 hasil carian Kamus Inggeris Melayu Dewan (1991) - 48 hasil carian Istilah Malaysia - 10 hasil carian Kamus Sains - 1 hasil carian Kamus Thai Melayu Dewan (2008) - 1 hasil carian Jumlah: 97 hasil carian Dengan hasil carian seumpamanya (kedua-dua bentuk ejaan terdapat di dalam rujukan berkenaan), persoalan di sini, ejaan yang manakah sebenarnya yang diterima pakai oleh DBP? Kedua, adakah kedua-dua bentuk ejaan boleh diterima atau hanya perlu berpegang pada satu bentuk sahaja? Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah selesema dan kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Ejaan24.01.2012
apakah yang dimaksudkan dengan pengarang dan kepengarangan "pak sako"??serta contoh dan rujukannya.Maksud pengarang ialah tentang diri pengarang tersebut seperti latar belakang/biodata (tarikh lahir, tempat lahir, pendidikan, keluarga dan sebagainya). Kepengarangan pula ialah hasil-hasil karya yang dihasilkan (contoh: genre puisi, cerpen, novel, rencana, esei/kritikan, drama dan sebagainya). Antara karya-karya (novel) penting Pak Sako ialah Putera Gunung Tahan, Anak Mat Lela Gila dan Sidang Serangga. Sekian dan wassalam.  Lain-lain13.07.2009
Sungai membekalkan kita hasil laut/sungai? Terima kasih.

Merujuk contoh ayat yang diberikan, kedua-dua perkataan hasil laut dan hasil sungai boleh digunakan. Sebagai contoh, hasil laut digunakan bagi merujuk produk yang diperoleh dari laut dan  hasil sungai bagi merujuk produk yang diperoleh dari sungai.

Lain-lain19.08.2021
Saya ingin tahu hasil dari itu atau hasil daripada itu. ditumpukan pada atau ditumpukan kepada Bila kita menggunakan pada dan kepada; dari dan daripada terima kasihHasil daripada................Tatabahasa26.04.2010
Assalamualaikum. Soalan pertama, apakah nama hasil karya yang isi kandungan utamanya diambil daripada sesebuah buku dengan penambahan-penambahan isi daripada pengarang hasil karya itu sendiri? Hasil karya tersebut pula bukan berbentuk ringkasan, terjemahan, atau rumusan. Soalan kedua, adakah pihak DBP ada menerbitkan kamus istilah-istilah ilmu hadis? Jika ada, boleh saya tahu bagaimanakah cara untuk mendapatkannya?

Assalamu`alaikum.

Terima kasih menggunakan Khidmat Nasihat DBP.

Jawapan:

Soalan pertama: Pengambilan hasil karya orang lain adalah menyalahi Undang-undang Hak Cipta.

Soalan kedua: DBP telah menerbitkan Glosari Hadis pada tahun 1994.

Lain-lain10.01.2011
A melawat ke pameran hasil kraf tangan B melawat ke Pameran Hasil Kraf Tangan mana satu betul? adakah kedua-dua betul berdasarkan keadaan? ini kerana tiada kain rentang/ gambar menulis Pameran Hasil Kraf Tangan maka boleh tulis melawat ke pameran hasil kraf tangan

Jika kain rentang, boleh ditulis seperti yang berikut:

  1. Pameran Kraf Tangan
  2. Selamat Datang ke Pameran Kraf Tangan 

Jika ayat biasa bolehlah ditulis seperti yang berikut:

  1. [Subjek] melawat ke pameran hasil kraf tangan.
  2. [Subjek] melawat ke Pameran Hasil Kraf Tangan Kebangsaan 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam.
Tatabahasa16.07.2014
12345678910...

Kembali ke atas