Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hasil (kata nama)
1. Rujuk dapat pendapatan

2. Rujuk panen

3. Bersinonim dengan keputusan: jawapan, penyelesaian, kesudahan,

4. Bersinonim dengan akibat: kesan, padah, reaksi, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berhasil, menghasilkan, keberhasilan, penghasilan, penghasil,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pohon beri terjemahan dan penjelasan perbezaan "output", "outcome"Output ialah hasil pengeluaran, keluaran. outcome pula ialah hasil.Istilah14.10.2009
1. Perbezaan penggunaan perkataan 'penggunaan' dengan 'kegunaan', 'pengeluaran' dengan 'keluaran', dan 'pernyataan' dengan 'kenyataan'.Penggunaan bermaksud perihal menggunakan, manakala kegunaan bermaksud faedah menggunakan. Pengeluaran bermaksud perihal atau proses mengeluarkan, manakala keluaran ialah hasil yang dikeluarkan.
Pernyataan dan kenyataan boleh membawa maksud masing-masing atau membawa maksud pengumuman bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Untuk maklumat lanjut layari www.prpm.dbp.gov.my.
Makna25.06.2012
Soalan sebelum ini adalah dirujuk. Pilihan lain yang menjadi persoalan kami bagi ayat - Its produce and products ialah 'hasilan dan produk haiwan'. Justeru mohon diperjelaskan dan diperbetulkan; 1. hasil dan hasilan, atau 2. hasilan dan produk?Daripada rujukan kamus dan istilah,  'produce and products'  mempunyai beberapa padanan berdasarkan bidang. Makna ' produce' ialah hasil, manakala ' product' ialah hasil dan keluaran. Sekiranya merujuk bidang Veterinar, lazimnya digunakan hasil haiwan dan hasil tenusu.  Dalam cadangan yang diberikan, iaitu 'hasil dan hasilan' adalah kurang tepat kerana 'hasilan' bermaksud hasil ciptaan atau dapatan kerana menghasilkan sesuatu. Maksud 'produk' pula ialah sesuatu (barang, perkhidmatan dsb) yg dikeluarkan oleh kilang, atau ditawarkan oleh institusi dsb.  Pihak kami mencadangkan padanannya ialah 'hasil dan keluaran'. Hasil seperti susu dan daging, manakala produk mungkin dalam bentuk keju dan nuget.Penyemakan dan penterjemahan25.03.2010
Boleh terangkan dengan jelas perbezaan istilah output dan outcome dan jika boleh kaitkan dengan contoh dalam bidang pendidikan ? Terima kasih...

Encik Abdul Razak,

Makna output ialah  hasil pengeluaran, keluaran: pd masa ini pengeluaran semikonduktor terdiri drpd 80% jumlah ~ industri; 2. (Komp) hasil pemprosesan data oleh komputer; 3. (Fiz) isyarat yg diperoleh drpd litar elektronik; ~ data data yg boleh dikeluarkan oleh sesuatu peranti komputer; ~ grafik hasil janaan komputer dlm bentuk cetakan atau plot grafik; manakala makna outcome ialah hasil: whether he gets the job depends on the ~ of the exams, sama ada dia mendapat kerja itu atau tdk, bergantung pd keputusan peperiksaan tersebut; we must wait on the ~ of the talks, kita mesti menunggu hasil perundingan itu.

Perkataan outcome boleh juga bermaksud akibat.  Oleh yang demikian, dalam konteks pendidikan  sekadar contoh, boleh membawa maksud  keluaran atau produk  yang bagaimana yang ingin dihasilkan oleh sistem pendidikan kita dan akibatnya apabila sesuatu sistem atau peraturan dilaksanakan.    

Makna23.03.2010
Salam sejahtera Tuan/Puan, Saya ingin mendapatkan kepastian bagi istilah Bahasa Melayu yang tepat untuk perkataan "tax buoyancy": Tax buoyancy mengukur sejauh mana hasil cukai berubah seiring dengan perubahan dalam Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Sekiranya nisbah tax buoyancy bersamaan dengan 1, ini bemaksud peningkatan hasil cukai berkadaran dengan peningkatan KDNK. Sekiranya nisbah melebihi 1, ini bermaksud peningkatan hasil cukai adalah lebih baik daripada peningkatan KDNK, menggambarkan dasar percukaian kerajaan yang efektif dalam kutipan hasil cukai.Cadangan terjemahan yang sesuai bagi tax buoyancy ialah cukai apunganMakna17.10.2020
Apakah perbezaan antara terbitan dan penerbitan? Yg saya faham, terbitan adalah hasil atau laporan manakala penerbitan adalah perbuatan untuk menghasilkan laporan tersebut? Betulke?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna terbitan ialah sesuatu yg terbit (diterbitkan), keluaran (buku, majalah). Penerbitan pula ialah perihal (perbuatan dll) menerbitkan. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna30.12.2008
saya ingin bertanya, bolehkah saya mendapatkan katalog buku2 dalam keluaran dbp, yang berkaitan dengan hotikultur dan lanskap. saya mengajar matapelajaran lanskap dan nurseri tingkatan 4 dan 5. sangat susah untuk mendapatkan buku rujukan untuk pelajar dan guru. terima kasih

Salam,

Salah satu cara untuk saudara mendapatkan senarai rujukan dalam bidang tersebut adalah dengan melayari laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu http://prpm.dbp.gov.my dan klik pada e-Perkhidmatan. Kemudian klik  Katalog Awam dalam Talian.  Taipkan subjek yang dicari dalam petak Kata Carian.

Saudara boleh mendapatkan buku terbitan DBP Hortikultur Hiasan dan Landskap Tingkatan 4 dan 5 hasil tulisan Fakhrul Izhar Ramlee, Mohd. Taslim Kostor dan Nawawi Mohd. Jan.  Buku tersebut berharga RM23.50 (ISBN 9836286268).

Lain-lain26.01.2011
Ayat seperti ayat (1) disalahkan oleh Dr. Asraf dalam buku tatabahasa beliau Petunjuk Bahasa Melayu Baku KBSM (1989) pada halaman ke-170: (1) Bangunan itu tertinggi. Penyalahan ini dilakukan kerana beliau mendakwa bahawa sifat yang berawalan ter- seperti "tertinggi" tidak dapat bekerja cerita sebaliknya perlu dibetulkan kepada "paling tinggi" seperti ayat (1) (a): (1) (a) Bangunan itu paling tinggi. Saya hendak menanyakan sebab penyalahan ayat (1)? Ayat 1 (a) memang tepat kerana bahagian kata penguat "paling" dan bahagian kata sifat "tinggi" dapat membentuk frasa sifat "paling tinggi" yang dapat bekerja cerita, tetapi mengapatah kata sifat "tertinggi" sendiri tidak dapat menjadi frasa sifat? Bukankah satu kata seperti "tertinggi" apabila menjadi cerita, memegang kuasa frasa, maka "tertinggi" bukan lagi kata, tetapi frasa kerana hanya frasa yang dapat bekerja benda dan cerita. Namun begitu, Dr. Asraf menyalahkan sifat ter- "tertinggi" yang bekerja cerita pula. Apakah alasan beliau? Penyalahan ini bukan sahaja ditunjukkan dalam buku Petunjuk Bahasa Melayu Baku KBSM, malah buku Dr. Asraf yang lain yang bertajuk tatabahasa SPM 4 & 5 Nexus Asasi keluaran Sasbadi, hasil kerjasama penulisan beliau dengan Dr. Supian Mohd. Noor dan Ramlah Razali pada halaman ke-111. Adakah Dr. Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan juga mendakwa bahawa sifat yang berawalan ter- seperti tertinggi, tercantik tidak dapat bertugas cerita?Tuan/puan, apakah yang dimaksudkan dengan "tidak dapat  bertugas cerita"? Untuk makluman tuan/puan, DBP menggunakan buku Tatabahasa Dewan sebagai rujukan utama dalam menjawab pertanyaan bahasa. Untuk pertanyaan yang lebih lanjut, tuan/puan hendaklah mengemukakan pertanyaan kepada yang lebih arif yang tidak terikat dengan rujukan DBP atau melakukan penyelidikan. Harap maklum.Tatabahasa27.12.2016
Apakah kesan kerancuan bahasa terhadap perkembangan bahasa baku?

Sila rujuk bahan ini yang dipetik daripada Talian KAWAT Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Sekiranya sdr menjadi Rakan Dewan sdr boleh meminjam di Pusat Dokumentasi Melayu.

Hasil carian yang mempunyai 'kerancuan bahasa' dalam Judul (6 rekod dijumpai)Carian Baru
 JUDUL ARTIKELPENGARANGMAJALAHKELUARAN 
Kerancuan bahasa dari perspektif IslamIbnu Ahmad Al-KurauwiDewan Masyarakat01/06/2006Terperinci
Kerancuan Bahasa IklanRusdi Abd. RahmanPelita Bahasa 01/11/2001Terperinci
Kerancuan Bahasa pada Papan TandaAsiah IdrisPelita Bahasa 01/11/2001Terperinci
Kerancuan dalam bahasa MelayuTeo Kok SeongJurnal Bahasa01/12/2006Terperinci
Kerancuan membunyikan e-taling dan e-pepet dalam bahasa MelayuMuhammed Salehudin AmanDewan Bahasa01/06/2004Terperinci
Usop Sontorian dan kerancuan bahasaSamat BuangPelita Bahasa01/12/1996Terperinci

Lain-lain24.03.2008

Kembali ke atas