Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hasil (kata nama)
1. Rujuk dapat pendapatan

2. Rujuk panen

3. Bersinonim dengan keputusan: jawapan, penyelesaian, kesudahan,

4. Bersinonim dengan akibat: kesan, padah, reaksi, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berhasil, menghasilkan, keberhasilan, penghasilan, penghasil,


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
hasil tambah puncasum of rootsJika α dan ß ialah dua punca bagi persamaan kuadratik, maka hasil tambah punca ialah α + ß.Menengah Atas
jumlahtotal/sumHasil tambah dua atau lebih nombor atau kumpulan objek. Lihat ContohSekolah Rendah
vektor paduanresultant vectorHasil tambah dua atau lebih vektor.Menengah Atas
kekerapan longgokancumulative frequencyHasil tambah kekerapan sesuatu peristiwa dengan jumlah kekerapan semua peristiwa sebelumnya dalam taburan peristiwa.Menengah Atas
hukum kalis tukar tertibcommutative lawHukum yang menyatakan bahawa hasil tambah atau hasil darab dua kuantiti adalah sama tanpa mengambil kira tertib kuantiti-kuantiti itu ditambah atau didarab. Contohnya, 3 + 4 = 4 + 3.Menengah Rendah
vektor sifarzero vectorVektor yang mempunyai nilai magnitud sifar dan tiada arah. Hasil tambah sesuatu vektor dengan vektor sifar ialah juga.Menengah Atas
segi tiga PascalPascal's triangleTatasusunan pekali binomial dalam bentuk segi tiga. Setiap nombor merupakan hasil tambah dua nombor yang terletak di atasnya. Setiap baris bermula dan berakhir dengan angka 1. Segi tiga ini boleh berterusan sehingga ketakterhinggaan. Lihat rajahMenengah Atas
akas teorem Pythagorasconverse of Pythagoras’ theoremPernyataan yang menyatakan bahawa dalam suatu segi tiga, jika hasil tambah kuasa dua bagi dua sisinya sama dengan kuasa dua sisi terpanjang, maka segi tiga tersebut adalah bersudut tegak dengan sudut tegak bersetentang dengan sisi terpanjang. Lihat ContohMenengah Rendah
hukum segi tigatriangle lawHukum yang menyatakan bahawa jika dua vektor dan vektor , diwakili oleh dua sisi segi tiga dari magnitud dan arah maka hasil tambah vektor dan vektor diwakili oleh vektor , iaitu sisi ketiga segi tiga tersebut. Arah dan mestilah berterusan.Menengah Atas
songsanganinverseHasil yang bertentangan atau kebalikan daripada sesuatu operasi. Contohnya, songsangan bagi operasi yang melibatkan tambah 9 ialah operasi tolak 9.Menengah Rendah

Kembali ke atas