Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hasil (kata nama)
1. Rujuk dapat pendapatan

2. Rujuk panen

3. Bersinonim dengan keputusan: jawapan, penyelesaian, kesudahan,

4. Bersinonim dengan akibat: kesan, padah, reaksi, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berhasil, menghasilkan, keberhasilan, penghasilan, penghasil,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum tuan/puan. Saya ingin bertanya adakan perkataan berimbuhan "menggandaduakan" atau "digandaduakan" wujud dalam bahasa Melayu? Kata asalnya ialah "ganda dua" Contoh ayat: Jika nombor pertama digandaduakan, hasil tambah tiga nombor menjadi 22. Mohon betulkan kesalahan dalam ayat tersebut. Terima kasih.Kata berimbuhan digandaduakan terakam dalam Kamus Pelajar dalam huraian, iaitu punca kuasa ialah istilah pembahagi sesuatu kuantiti yang apabila digandaduakan akan memberikan nilai kuantiti tersebut. Kata menggandaduakan juga terakam dalam data kami dalam huraian istilah Malaysia untuk pengganda voltan (voltage doubler), iaitu litar yang boleh menggandaduakan voltan. Istilah14.12.2018
1. Contoh Ayat: Sukacita kiranya pihak tuan dapat menimbang dan meluluskan syor di atas. Mengapa kita perlu menggunakan perkataan 'menimbang dan meluluskan' tetapi bukan 'menimbangkan dan meluluskan'? Saya perlukan penjelaskan kenapa imbuhan 'kan' untuk katakerja yang pertama (menimbang) digugurkan. 2. Sila komen ayat berikut: Dalam usaha menambahbaik amalan 5S.....Dalam usaha ke arah penambahbaikan amalan 5S....ayat yang mana lebih sesuai? Betulkan penggunaan perkataan menambahbaik tersebut? 3. Perkataan penambahbaikan dirapatkan kerana ia diapit oleh imbuhan pe dan kan...bagaimana pula dengan perkataan menambahbaik atau menambah baik? 4. Apakah perbezaan perkataan PERLAKSANAAN dan PELAKSANAAN? 5. Adakan perkataan PERLANTIKAN dan PELANTIKAN juga mempunyai maksud yang berbeza? 6. Bagaimana pula dengan perkataan PERLETAKAN JAWATAN atau PELETAKAN JAWATAN.

Jawapan bagi soalan-soalan tersebut adalah seperti yang berikut:

1. Imbuhan 'kan' digugurkan bagi perkataan menimbang dalam ayat tersebut kerana ayat yang menerima imbuhan 'kan' ialah kata kerja transitif, iaitu memerlukan objek atau penyambut dalam ayat. Contoh ayat, Sukacita kiranya pihak tuan dapat menimbangkan syor di atas. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 194-196.

2. Ayat yang betul ialah Dalam usaha menambah baik amalan 5S.....

3. Perkataan menambah baik boleh digunakan dan dieja dua perkataan kerana menerima satu imbuhan, iaitu 'me...'  pada kata dasar tambah baik, manakala perkataan penambahbaikan dieja satu perkataan kerana menerima kata kerja berapitan, iaitu 'pe...an'.

4. Perlaksanaan bermaksud hasil drpd melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dsb). Contoh ayat, meninjau perlaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga. Pelaksanaan pula ialah perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dsb). Contoh ayat, Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan.

5. Perkataan yang tepat ialah pelantikan, iaitu kata dasar lantik menjadi melantik( perbuatan) dan pelantikan (perihal melantik), dan peletakan jawatan, iaitu orang yang meletakkan jawatan/gelaran dan sebagainya.

 

Tatabahasa04.04.2010

Kembali ke atas