Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hasil (kata nama)
1. Rujuk dapat pendapatan

2. Rujuk panen

3. Bersinonim dengan keputusan: jawapan, penyelesaian, kesudahan,

4. Bersinonim dengan akibat: kesan, padah, reaksi, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berhasil, menghasilkan, keberhasilan, penghasilan, penghasil,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
hasil tambah semak(checksum)1. Jumlah yang digunakan dalam penjumlahan semak untuk mengenal pasti sama ada data yang dikirim telah berubah sewaktu penghantaran atau tidak. 2. Kaedah penyemakan ralat pada data yang dihantar melalui sistem penghantaran dengan menyemak jumlah bit data yang turut dikirim bersama data.Kamus Komputer
pengendalian tambah(add operation)Pengerjaan suruhan yang menambahkan nombor yang berada dalam daftar atau kedudukan ingatan kepada nombor yang berada dalam penumpuk. Hasil penambahan biasanya akan diletakkan pada kedudukan ingatan selepas kedudukan nombor tambahan atau ditinggalkan dalam penumpuk, bergantung kepada jenis suruhan tambah yang digunakan.Kamus Komputer
tambah logik(logical add)Tindakan menambah pada dua nombor perduaan mengikut peraturan aljabar Boolean. Dalam penambahan ini, hasil menjadi logik 1 jika salah satu atau kedua-dua nombor bernilai logik 1, dan hasil menjadi logik 0 jika kedua-dua nombor adalah 0.Kamus Komputer
tambah1. sesuatu yg ditokok pd sesuatu yg lain supaya menjadi lebih banyak, tokok, imbuh: berapa ~nya ukuran dada apabila di­kembangkan?; minta ~ minta lebih banyak, minta dilebihkan; tukar ~ menukar barang dgn wang; 2. bp = bertambah menjadi lebih banyak (besar, luas, dll): maka tentulah aku ~ gembira lagi; 3. bp = ditambah dijadi­kan lebih banyak (besar, luas, dll), ditokok, di­jum­lahkan: jika tawar ~lah gula lagi; tanda ~ tanda campur; 4. = bertambah semakin: lama diperhatikan Hitam tingkah laku wanita itu, ~ teranglah bahawa ia adalah se­­orang wanita yg kasar dan garang; ~ sen­tara yg ditambah utk keperluan sementara (bkn pekerja); bertambah 1. menjadi lebih (banyak, besar, kaya, dll): makin ~lah kasih sayang baginda akan Raja Ahmad itu; 2. diberi tokok (tam­bah) supaya menjadi lebih banyak, men­dapat tambah (tokok): pendapatannya ~ lima puluh ringgit; 3. semakin: hujan ~ lebat; ~ kurang semakin kurang, berkurang­an; ~ pula apa lagi, lebih-lebih lagi: imam khatib lagi ber­dosa, ~ pula kita yg jahil; ~ semakin kurang prb perihal kawan yg datang bukan utk mem­bantu melainkan menambah­kan kesusahan; bertambah-tambah 1. sentiasa bertambah, bertambah dgn beransur-ansur: diberi Allah ~ kebesarannya dan kemuliaannya; 2. semakin (banyak, besar, kuat, dll): lelaki bermuka cengkung itu menjadi ~ khuatir; ~ lagi = ~ pula tambahan lagi (pula), lebih-lebih lagi, apalagi, terutama pula: maka ~ pula picik pengetahuanku dlm ilmu menga­rang; menambah 1. menjadikan lebih banyak (besar, kuat, dll): garamnya sudah cukup, tidak perlu ditambah lagi; menerima ini ber­erti ~ beban; 2. memberi tambah, menokok: memang ada peluang ~ jenis barang yg dike­luar­kan; 3. menjumlahkan dgn, mencampur: gajinya ditambah dgn gaji isterinya men­jadi­­kan gaji mereka berganda; 4. = ~ kata melanjutkan kata: beliau ~, tidak seorang pun kawan saya dlm kabinet yg menunjuk­kan minat dlm lumba kuda; menambahi memberi tambah pd, menokok (me­ngimbuh, menambah) pd: ~ apa yg ku­rang; menambahkan menambah sesuatu pd yg sudah ada supaya jadi besar (banyak dll): bunga wang itu ditambahkan pd pokoknya; mempertambah menjadikan bertambah (besar), memperbanyak, memperbesar, mem­perluas: adanya jalan itu ~ lagi hasil negeri; tambahan 1. sesuatu yg ditambahkan pd, imbuh, tokok: peraturan-peraturan dan ~-~ peraturan; 2. sesuatu (surat, keterangan, dll) yg dilampirkan, lampiran, pelengkap; ~ pula = ~ lagi lebih-lebih lagi, apalagi; kata ~ kata yg menerangkan kata kerja atau kata sifat; pertambahan perihal bertambah: penduduk luar bandar sedang mengalami ~ besar; penambahan 1. perihal menambah (menam­bahi, menambahkan), perihal memberi tam­bah­an pd; 2. perihal memberi imbuhan pd kata pokok; penambah 1. sesuatu yg menambah; 2. imbuhan (yg ditambah pd kata pokok); 3. angka yg bercampur dgn angka lain.Kamus Dewan Edisi Keempat
masa tambah(add time)Tempoh yang diperlukan oleh pemproses untuk mengerjakan penambahan. Tempoh ini termasuk masa yang diperlukan untuk mendapatkan nombor tambahan daripada simpanan dan meletakkan hasil tambahan ke dalam ingatan.Kamus Komputer
lipat gandamenjadi banyak; berganda. berlipat ganda bertambah-tambah; berganda-ganda. melipatgandakan menggandakan berkali-kali; menjadikan berlipat ganda: Pekebun-pekebun kecil telah dpt ~ hasil getah mereka.Kamus Pelajar Edisi Kedua
luap; meluap 1. mengembang kerana men­didih, meruap: nasi itu telah ~; 2. tumpah kerana sangat penuh, melembak, melimpah: pd musim hujan lebat, air sungai itu ~; 3. makin bertambah-tambah (perasaan, kemarah­an, semangat, dsb), menghebat, menjadi-jadi, menyala-nyala: tiba-tiba datang keinginan yg ~ hendak pulang ke kampung halaman; meluap-luap bergelora dgn amat sangat (bkn perasaan, semangat dsb), berkobar-kobar, berapi-api: timbul ~ kemarahannya terhadap budak itu; rasa bencinya terhadap penjajah ~; azamnya utk menjadi seorang pemuzik profesional ~; meluapkan menjadikan meluap: perasaan geram dan tidak puas hati jika dipendamkan boleh ~ perasaan marah; luapan hasil perbuatan meluap(kan): ~ amarah yg membuak dlm dadanya sudah dapat ditenangkan; peluapan perbuatan meluapkan: ~ semangat muda Mat Yasin.Kamus Dewan Edisi Keempat
biakbanyak kerana sentiasa bertambah (biasanya utk binatang atau tumbuh-tumbuhan); banyak kerana anaknya beranak pula dan seterusnya: Mereka bekerja memelihara tiram supaya hidup ~ sepanjang masa. membiak bertambah-tambah menjadi banyak kerana anaknya beranak lagi dan seterusnya; menjadi makin banyak:Apabila seekor nyamuk betina yg di dlmnya ada kuman malaria menghisap darah seseorang, kuman itu akan hidup dan ~ dlm badannya. membiakkan memelihara atau menjaga supaya biak; menyebabkan menjadi biak: Usahanya hendak ~ sapi di negara ini belum berhasil lagi. pembiakan perbuatan, hal dsb) membiak atau membiakkan: Saudara saya bekerja sbg pelatih di pusat ~ ikan darat. ~ tampang pembiakan tanpa melalui proses persenyawaan iaitu pembiakan tak mengawan (spt percantuman dsb). ~ tanpa seks pembiakan yg tidak melibatkan penyatuan gamet jantan dgn gamet betina (spt dlm pembiakan tampang). pembiak orang yg membiakkan. biak baka; membiak baka membiakkan baka hasil kacukan antara dua jenis yg ada bersamaannya (bkn binatang atau tanaman). pembiakbakaan proses atau perbuatan membiak baka. pembiak baka orang yg membiak baka.Kamus Pelajar
rasuk II; kena ~ = dirasuk hantu kemasukan hantu syaitan dll; merasuk 1. masuk ke dlm tubuh manusia (hantu, jin, dll): tiba-tiba keempat-empat mereka ketawa terbahak-bahak bagaikan dirasuk jin tanah; 2. mendalam, menyerap atau meresap benar: apabila melihat orang­nya, tambah ~ lagi keyakinanku kpd ajaran­nya; ~ hati (jiwa) mengganggu atau mengusik (hati), menggodai, menggiurkan (hati): ber­bagai-bagai fikiran datang ~ hatinya ter­utama fikiran hendak men­ceraikan isterinya; rasukan hasil perbuatan merasuk: maka al- Bidaah pun menyebar-nyebarkan ~ syaitan ini; kerasukan kemasukan (hantu, jin, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
ganda I1. = sekali ~ satu kali lebih banyak drpd yg asal (mis empat menjadi lapan); 2. lipat, kali (banyaknya dll): sekali (dua kali, tiga kali) ~ satu (dua, tiga) kali atau lipat banyaknya (drpd jumlah asal);berlipat ~ beberapa kali lebih banyak drpd jumlah asal, bertambah-tambah banyaknya; ~ menaik (Mat) rangkaian angkatap yg disusun menurut angka ganda yg bertambah besar; ~ menurun (Mat) rangkaian angkatap yg disusun menurut angka ganda yg bertambah kecil;berganda bertambah atau meningkat sekali lipat lebih banyak drpd jumlah asal, berlipat (banyaknya): hasil padi ~;berganda-ganda, ganda-berganda berlipat-lipat banyaknya, beberapa kali lebih banyak drpd jumlah asal (atau sesuatu jumlah): mendapat keuntungan yg ~; menari ~ menari berkali-kali (berulang kali); menggandakan, mempergandakan memperbanyakkan supaya menjadi dua kali jumlah dsb yg asal: jikalau tekanan digandakan, isi padunya menjadi separuh; janganlah awak ~ kata itu lagi janganlah mengulang kata itu lagi; memperganda-gandakan melipatkan (jumlah sesuatu) beberapa kali, membanyakkan jumlahnya berkali-kali; gandaan 1. = penggandaan; 2. = pergandaan; pergandaan 1. perihal berganda, perbanyakan bilangan menjadi dua atau beberapa kali lebih banyak drpd jumlah asal; 2. (Lin) perulangan kata (keseluruhannya atau sebahagiannya); penggandaan perihal atau perbuatan menggandakan (melipatgandakan);pengganda angka utk menggandakan angka lain.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas