Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[has.rat] | حسرت

Definisi : keinginan yg kuat utk memiliki (me­lakukan) sesuatu: ia pun menyampaikan ~-nya hendak berteman hidup dgn gadis itu; alangkah besar ~ku utk menjadi orang baik-baik; berhasrat mempunyai hasrat, sangat ingin (akan), sangat berharap (akan): dia ~ utk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat universiti; menghasratkan berhasrat akan sesuatu: segala yg dihasratkan telah pun berhasil; ~ sebuah rumah yg besar utk kediaman ke­luarganya; terhasrat dihasratkan: dapat apa yg ~; kehasratan hasrat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[has.rat] | حسرت

Definisi : keinginan yg kuat utk mencapai sesuatu; harapan; kehendak: Dia menyatakan ~nya utk mendirikan rumah tangga dgn gadis pilihan hatinya. berhasrat ingin akan; berharap akan; mempunyai keinginan yg kuat. menghasratkan mengingini; menghendaki: Segala yg dihasratkannya telah tercapai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hasrat (kata nama)
Bersinonim dengan cita-cita, keinginan, niat, keazaman, harapan, iktikad, aspirasi, kehendak, idaman, impian;,
Kata Terbitan : berhasrat, menghasratkan, terhasrat,

Puisi
 

Papan saya papan berkerat,
     Sudah lama saya tempakan;
Harapan saya dengan hasrat,
     Minta tuan jangan hampakan.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Hasrat Aiman untuk menyertai ekspedisi mendaki Gunung Tahan terpaksa dimansuhkan. Adakah perkataan 'dimansuhkan' dalam ayat di atas salah penggunaannya? Salam.Dimansuhkan bermakna dibatalkan.  Jadi penggunaan perkataan dimansuhkan dalam tersebut tidak salah.Istilah13.06.2014
1)Hasrat Pak Cik Badrul memagari kawasan rumahnya dengan tembok agar tidak dimasuki pencuri tidak kesampaian apabila wang simpannya hilang.2)Seri Rama membawa kijang yang ditangkapnya dengan kandang yang diperbuat daripada buluh.TOLONG BETULKAN.Kedua-dua ayat tersebut betul, sebaliknya jika tuan menyatakan ayat tersebut salah, sila nyatakan kesalahannya untuk kita bincangkan.Tatabahasa25.07.2012
Bukan sekali dua Pak Aji menyatakan hasrat untuk memperisterikannya. Tuan, kata 'memperisterikannya' dalam ayat di atas adakah bermaksud hasrat Pak Aji untuk berkahwin dengan seseorang, kerana itu yang saya mahu sampaikan.Perkataan memperisterikannya boleh digunakan dan kata ganti nama "nya" di sini hendaklah merujuk orang yang diperkatakan dalam ayat sebelumnya.Tatabahasa26.06.2012
maksud berkataan mampu mendukung cita-cita adakah maksudnya dapat memikul harapan atau boleh menjayakan hasratMampu medukung cita-cita bermaksud dapat atau berupaya memikul harapan untuk mencapai sesuatu hasratMakna14.05.2008
Saya ingin memohon jasa baik tuan/puan untuk mendapatkan pengesahan sama ada ayat "hasrat dikabulkan" hanya sesuai digunakan untuk membawa maksud keagaaman, sebagaimana dalam konteks "doa dikabulkan". Menurut pemahaman saya, dan menurut Kamus Dewan, perkataan "kabul" bererti "tercapai", "terlaksana", "tertunai". Harap mendapat penjelasan dan pengesahan DBP. Terima kasih atas bantuan yang diberikan.

Kata kabul atau frasa hasrat dikabulkan bukan istilah khusus yang hanya digunakan dalam bidang agama. Oleh itu, kata dan frasa tersebut boleh digunakan dalam konteks umum.

Tatabahasa20.09.2011
Adakah perkataan 'mahu' hanya digunakan untuk menunjukkan hasrat atau keinginan seseorang apabila diajak, dijemput, atau dipelawa untuk tujuan tertentu? Contoh ayat: 1. Saya mahu pergi ke majlis perkahwinan Azizan atas jemputannya. 2. Adik masih tidak mahu membuat kerja rumah walaupun ditegur ibu. 3. Sesiapa yang mahu mengambil kursus membuat kek di kedai itu harus mengisi borang sekarang. Penggunaan 'mahu' dalam ayat kedua dan ketiga betul atau tidak? Sila beri penjelasan yang sewajarnya atau membuat perbandingan supaya saya jelas. Terima Kasih.

Penggunaan kata “mahu” dalam ayat kedua dan ketiga adalah betul kerana selain membawa maksud hasrat atau keinginan, perkataan mahu juga bermaksud 1. suka akan, suka hendak, bersedia akan: b) terpaksa, harus; 2. hendak, akan: bp maksud, keinginan, tujuan ( Kamus Dewan Edisi ketiga). Oleh itu, dalam ayat kedua “Adik masih tidak mahu (membawa maksud tidak suka hendak) membuat kerja rumah walaupun ditegur ibu.Dalam ayat ketiga, “ Sesiapa yang mahu ( hendak) mengambil kursus membuat kek di kedai itu harus mengisi borang sekarang. Perkataan dalam kurungan ialah maksud bagi perkataan “mahu”.

Tatabahasa15.03.2018
i.Kerajaan tetap tegas dengan pendirian memerangi rasuah sekalipun terpaksa melangkah arus hasrat itu tetap dilaksanakan sehingga membuahkan kejayaan. ii.Rancangan Malaysia Kesembilan dirangka, dirancang, dan akan dilaksanakan untuk memberikan kesedaran kepada lapisan setiap masyarakat menerusi penekanan kepada pembangunan modal insan. iii. Kekotoran sumber air di negara ini amat menyentuh perasaan kita yang mana hal seumpama ini pernah menimpa negara kita dalam tempoh beberapa dekad yang lalu. munsyi, saya tidak ada jawaban untuk latihan kesalahan tatabahasa dan istilah, bolehkah tunjuk ajar daripada munsyi dewan? TKi. Kerajaan tetap tegas dengan pendirian memerangi rasuah sekalipun terpaksa melangkah arus hasrat itu tetap dilaksanakan sehingga membuahkan kejayaan. 
ii. Rancangan Malaysia Kesembilan dirangka, dirancang, dan akan dilaksanakan untuk memberikan kesedaran kepada lapisan setiap masyarakat menerusi penekanan kepada pembangunan modal insan.  
iii. Kekotoran sumber air di negara ini amat menyentuh perasaan kita yang mana hal seumpama ini pernah menimpa negara kita dalam tempoh beberapa dekad yang lalu.
Penggunaan perkataan bergaris tidak sesuai dengan konteks ayat pertama. Perkataan bergaris dalam ayat kedua dibetulkan menjadi "kepada setiap lapisan" dan ayat ketiga tidak gramatis dari aspek pemilihan kata dan lihat juga ketepatan fakta dalam ayat tersebut.
Tatabahasa05.11.2014
apakah yang dimaksudkan dengan kalimah-kalimah ini, yang pertama ingat, kedua maklum, ketiga tanggap, keempat hasrat, kelima jangkaan, keenam teka, ketujuh selidik dan yang kelapan faham. kalau boleh tolong bezakan semuanya. satu lagi soalan iaitu berikan saya beberapa contoh yang menunjukkan pemikiran intuitif (intuisi) itu berlaku?Perbezaan boleh dilihat berdasarkan makna setiap perkataan yang berikut; ingat-masih ada dlm fikiran, maklum-faham/mengerti, tanggap-memerhatikan dgn teliti, hasrat-keinginan yg kuat utk memiliki/melakukan sesuatu, jangkaan-apa-apa yg dijangka/sangkaan, teka-menduga-mengagak, selidik-teliti/cermat, faham-pengetahuan dlm fikiran mengenai sesuatu/pengertian. Intuitif bermaksud daya atau kebolehan memahami (mengetahui, merasai) sesuatu tanpa berfikir atau membuat pertimbangan secara sedar, gerak hati, dan perbincangan/contoh2 tentangnya perlu merujuk buku-buku ilmiah yg dihasilkan mengenainya.Makna29.10.2007
adahkah ayat berikut merujuk kepada hasrat saya untuk mengkaji tahap keperluan pengetahuan dan kemahiran guru besar dalam bidang pengurusan hal ehwal murid di sekolah? Mohon cadangan. terima kasih contoh ayat berikut: Tahap Keperluan Pengetahuan Dan Kemahiran Dalam Pengurusan Hal Ehwal Murid Di Sekolah Pulau Di Sabah. Satu Tinjauan Dalam Kalangan Pentadbir Sekolah Rendah.

Cadangan kami tajuk “Tahap Keperluan Pengetahuan dan Kemahiran dalam Pengurusan Hal Ehwal Murid Sekolah Pulau di Sabah:  Tinjauan dalam Kalangan Pentadbir Sekolah Rendah.”boleh digunakan.

Lain-lain27.11.2023
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sejajar dengan hasrat pihak Majlis Perbandaran Selayang untuk menaik taraf pekan Batu Arang sebagai Bandar Warisan dan pusat pelancongan bersejarah, pihak kami akan menukar papan tanda lama yang terletak di sekitar lokasi Batu Arang. Untuk makluman, papan tanda sedia ada di lokasi merupakan papan tanda dwibahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) dan dikesan terdapat kesalahan bahasa (Rujuk Lampiran). Sehubungan dengan itu, kami memohon agar pihak DBP dapat membantu bagi alih bahasa ke Bahasa Inggeris yang tepat. Dilampirkan bersama senarai papan tanda untuk rujukan dan tindakan pihak DBP selanjutnya. Terima kasih.

Untuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/ atau datang ke kaunter di DBP Kuala Lumpur.

Lain-lain28.01.2019
12345678

Kembali ke atas