Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[has.rat] | حسرت

Definisi : keinginan yg kuat utk memiliki (me­lakukan) sesuatu: ia pun menyampaikan ~-nya hendak berteman hidup dgn gadis itu; alangkah besar ~ku utk menjadi orang baik-baik; berhasrat mempunyai hasrat, sangat ingin (akan), sangat berharap (akan): dia ~ utk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat universiti; menghasratkan berhasrat akan sesuatu: segala yg dihasratkan telah pun berhasil; ~ sebuah rumah yg besar utk kediaman ke­luarganya; terhasrat dihasratkan: dapat apa yg ~; kehasratan hasrat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[has.rat] | حسرت

Definisi : keinginan yg kuat utk mencapai sesuatu; harapan; kehendak: Dia menyatakan ~nya utk mendirikan rumah tangga dgn gadis pilihan hatinya. berhasrat ingin akan; berharap akan; mempunyai keinginan yg kuat. menghasratkan mengingini; menghendaki: Segala yg dihasratkannya telah tercapai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hasrat (kata nama)
Bersinonim dengan cita-cita, keinginan, niat, keazaman, harapan, iktikad, aspirasi, kehendak, idaman, impian;,
Kata Terbitan : berhasrat, menghasratkan, terhasrat,

Puisi
 

Papan saya papan berkerat,
     Sudah lama saya tempakan;
Harapan saya dengan hasrat,
     Minta tuan jangan hampakan.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
HasratFatimah R.O. HassNew Sabah Times06.07.2008
Hasrat UM guna bahasa Inggeris musnahkan jati diri bangsa-Siasah24.06.2007
Hasrat EmakBalqis AdamMingguan Wanita08.02.2002
Hasrat bumi kenyalang tercapaiAriffin NordinUtusan Malaysia05.11.1990
Hasrat jadikan Universiti Kebangsaan Malaysia pusat budayaTiadaBerita Harian18.04.1985
Hasrat dan impian Datuk Latiff BakarAziz TalibBacaria04.11.1995
HasratMohd. Suhaidi SabarWatan09.06.1996
HasratChe Zainal AbidinUtusan Melayu16.06.1995
HasratRaz AdukaHarian Watan17.12.1996
Hasrat tercapaiSharifah SalwaBacaria17.06.1998
12345678

Kembali ke atas