Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[haus] | هاءوس

Definisi : 1. berasa kering tekak (ingin minum), dahaga: ia meminta air sebab tersangat ~; 2. = ~ akan (kpd) sangat ingin akan (kpd): saya ~ akan pengetahuan; anak kecil yg masih ~ kpd kemanjaan dan kemesraan ibu bapa­nya; ~ dahaga a) terlalu dahaga; b) terlalu ingin akan; orang ~ diberi air, orang lapar diberi nasi prb mendapat apa yg diingini; menghauskan 1. menyebabkan (menjadi­kan) haus; 2. sangat menginginkan, sangat berkehendakkan: kami sedang ~ penerangan dan pimpinan drpd pemimpin-pemimpin kami; kehausan 1. perihal haus (dahaga, menderita dahaga): masing-masing mahu memuaskan ~ dgn air di hadapan mata; 2. ki keinginan, kemahuan; 3. menderita atau berasa haus: mungkin dia akan mati ~ atau dibaham anjing liar; sekali sekala kedengaran suara lembu ~ dan kehabisan rumput di kan­dangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[haus] | هاءوس

Definisi : berkurangan besarnya atau tebalnya kerana tergosok (banyak dipakai dll): batu itu telah ~ dimakan air; menghauskan menjadikan haus: air yg meng­alir dapat ~ batu; kehausan perihal atau keadaan haus: ~ gandar penggerak utama boleh menye­babkan gangguan kelancaran bergerak mekanisme pelepas cekam; penghausan proses menghauskan: lama-kelamaan, pelapik itu menjadi nipis kerana ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[haus] | هاءوس

Definisi : 1 berasa kering tekak dan ingin minum; dahaga: Kanak-kanak itu meminta air kerana sangat ~. 2 sangat ingin utk mendapat sesuatu: Mereka ~ akan ilmu pengetahuan. menghauskan menjadikan haus; menyebabkan haus. ke­­hausan 1 berasa haus; menderita haus; kedahagaan: Udara panas itu menyebabkan dia ~. 2 perasaan atau keadaan haus; kedahagaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[haus] | هاءوس

Definisi : menjadi kurang besarnya atau tebalnya kerana tergosok, banyak di­gunakan dll: Tapak kasutnya sudah ~. Batu itu telah ~ dimakan air. menghauskan menjadikan haus: Air yg mengalir dpt ~ batu. kehausan keadaan atau hal haus. penghausan hal, proses dsb haus atau menghauskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
haus
Rujuk :dahaga

Puisi
 

Raja Ainon jalan ke selat,
     Pulau Pinang pasirnya halus;
Air kuminum terasa kelat,
     Usahkan kenyang bertambah haus.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sumur (di)tepi jalan,
     siapa haus boleh minum.

Bermaksud :

Perempuan lacur.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
haus I1 berasa kering tekak dan ingin minum; dahaga: Kanak-kanak itu meminta air kerana sangat ~. 2 sangat ingin utk mendapat sesuatu: Mereka ~ akan ilmu pengetahuan. menghauskan menjadikan haus; menyebabkan haus. ke­­hausan 1 berasa haus; menderita haus; kedahagaan: Udara panas itu menyebabkan dia ~. 2 perasaan atau keadaan haus; kedahagaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ke­­hausan1 berasa haus; menderita haus; kedahagaan: Udara panas itu menyebabkan dia ~. 2 perasaan atau keadaan haus; kedahagaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
haus I1. berasa kering tekak dan ingin minum; dahaga: Kanak-kanak itu meminta air kerana sangat ~. 2. sangat ingin utk mendapat sesuatu: Mereka ~ akan ilmu pengetahuan. menghauskan menjadikan haus; menyebabkan haus. kehausan 1. berasa haus; menderita haus; kedahagaan: Udara panas itu menyebabkan dia ~. 2. perasaan atau keadaan haus; kedahagaan.Kamus Pelajar
kehausan1. berasa haus; menderita haus; kedahagaan: Udara panas itu menyebabkan dia ~. 2. perasaan atau keadaan haus; kedahagaan.Kamus Pelajar
menghauskanmenjadikan haus; menyebabkan haus.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menghauskanmenjadikan haus; menyebabkan haus.Kamus Pelajar
haus IImenjadi kurang besarnya atau tebalnya kerana tergosok, banyak di­gunakan dll: Tapak kasutnya sudah ~. Batu itu telah ~ dimakan air. menghauskan menjadikan haus: Air yg mengalir dpt ~ batu. kehausan keadaan atau hal haus. penghausan hal, proses dsb haus atau menghauskan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dahaga I1. berasa kering kerongkong dan hendak minum, haus; 2. keinginan keras hen­dak minum, haus; melepaskan (menghilang­kan) ~ minum (banyak-banyak) sehingga tidak haus lagi; 3. ki sangat ingin akan sesuatu: anak kecil itu begitu ~ akan kasih sayang kedua-dua ibu bapanya; anak-anak Melayu yg ~ akan ilmu pengetahuan; berdahaga menanggung rasa dahaga: dia sen­tiasa mengasingkan diri drpd orang ramai dan sentiasa berlapar dan ~; mendahagai dahaga akan, sangat inginkan, mahukan (sesuatu) dgn amat sangat: ia ~ pujukan mesra; ~ kasih sayang; mendahagakan menyebabkan berasa dahaga (haus), menghauskan; kedahagaan perihal dahaga, kehausan, ke­inginan (akan sesuatu).Kamus Dewan Edisi Keempat
haus IIberkurangan besarnya atau tebalnya kerana tergosok (banyak dipakai dll): batu itu telah ~ dimakan air; menghauskan menjadikan haus: air yg meng­alir dapat ~ batu; kehausan perihal atau keadaan haus: ~ gandar penggerak utama boleh menye­babkan gangguan kelancaran bergerak mekanisme pelepas cekam; penghausan proses menghauskan: lama-kelamaan, pelapik itu menjadi nipis kerana ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
haus IImenjadi kurang besarnya atau tebalnya kerana tergosok, banyak digunakan dll: Tapak kasutnya sudah ~. Batu itu telah ~ dimakan air. menghauskan menjadikan haus: Air yg mengalir dpt ~ batu. kehausan keadaan atau hal haus. penghausan hal atau proses menghauskan.Kamus Pelajar
123456

Kembali ke atas