Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Kl hampir-hampir sama (serupa dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. gas yg memenuhi bumi (terdiri drpd beberapa jenis gas), udara: kerana ~ itu bergerak terjadilah angin; mengambil ~ menghirup udara yg nyaman; 2. keadaan udara pd sesuatu tempat, iklim: ~ panas; ~ sejuk; tempat itu panas ~nya; 3. keadaan udara (bkn suhu, cuaca, dll): hampir dinihari ~ sejuk menggigit tulang; ~ daba aliran udara yg menandakan ada sesuatu yg bergerak, bau sesuatu benda yg dibawa oleh udara; berhawa 1. mempunyai hawa (iklim), ber­iklim: negeri-negeri ~ sederhana; 2. mem­punyai keadaan udara (sejuk, panas, dingin, dsb): bilik ~ dingin; berhawa 1. mempunyai hawa (iklim), ber­iklim: negeri-negeri ~ sederhana; 2. mem­punyai keadaan udara (sejuk, panas, dingin, dsb): bilik ~ dingin; menghawa Id menjadi hawa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : = ~ nafsu keinginan (kehendak, dorongan hati) yg kuat utk melakukan sesuatu: banyak raja yg dibinasakan Allah Taala kerajaannya sebab menurutkan ~ nafsunya; mengawal ~ nafsu; sesat fikiran oleh godaan ~ yg tamak dan keji; ~ pantang kerendahan, nafsu pantang kekurangan prb, Mn tidak mahu kurang drpd orang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : = Siti ~ isteri Nabi Adam; kaum (si) ~ bp perempuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 gas yg berbagai-bagai jenis yg memenuhi muka bumi; udara: Apabila ~ bergerak, terjadilah angin. 2 keadaan udara di sesuatu tempat; iklim: ~ dingin; ~ panas; Matahari redup tetapi ~ sangat panas. berhawa mempunyai hawa: negeri-negeri yg ~ panas; bilik yg ~ dingin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : ; ~ nafsu keinginan yg sangat kuat; kehendak hati yg kuat: Ia tidak dpt menahan ~ nafsunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : ; Siti Hawa isteri Nabi Adam. kaum ~ kaum perempuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hawa (kata nama)
Bersinonim dengan iklim, cuaca, udara, suhu;,
Kata Terbitan : berhawa,

Peribahasa

Diturutkan gatal tiba ke tulang.

Bermaksud :

Jika diturut kehendak hawa nafsu, akhirnya jadi binasa.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam, saya ingin tahu samaada buku berjudul hang jebat , cucu dato merah dan dang anum masih dipunyai olih penulis Mohd ali aziz dan kalau ada apa2 royalty dari buku buku tersebut. saya ada lah anak kepada encik mohd ali aziz. terima kasih.Bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan, tuan boleh menghubungi Puan Hawa Hawa Zurina binti Raie, Bahagian Harta Intelek DBP melalui talian 03-2147 9524 atau e-mel hawa@dbp.gov.my">hawa@dbp.gov.myLain-lain18.09.2014
1. Hawa dingin masih lagi terasa 2. Hawa dingin masih terasa lagi. yang mana satukah ayat yang betul?Frasa yang betul ialah "Hawa dingin masih lagi terasa". Tatabahasa31.10.2022
Andy Iskandar TUE 10:08PM Salam.... Pendingin hawa ke penghawa dingin?? Klaw ikut saya.... saya pilih pendingin hawaIstilah yang betul merujuk persoalan tuan ialah pendingin hawa dan ini ialah istilah lama. Istilah yang lebih tepat ialah penyaman udara. Terima kasih.Istilah23.08.2016
Seorang guru Bahasa Melayu menyatakan bahawa ungkapan “pendingin hawa” salah. Menurutnya, ungkapan yang betul ialah “penyaman udara”. Katanya, “pendingin hawa” istilah lama, “penyaman udara” istilah baharu. Apakah pendirian KNDBP?Istilah yang betul ialah penyaman udara. Pendingin hawa ialah istilah lama.Istilah02.05.2012
(Pendingin hawa) di pejabat kami (rosak) akibat terkena (panahan petir) pada petang semalam. Dalam ayat ini ada kesalahan tak?

Berikut ialah cadangan pembetulan untuk ayat tersebut "Penyaman udara di pejabat kami rosak akibat terkena panahan petir pada petang semalam."

Lain-lain26.04.2022
Pusat servis Hawa Dingin kereta ini adakah penggunaan ayat dia betul di papan tanda kedaiPenggunaan yang betul bagi keterangan aktiviti perniagaan pada papan tanda kedai ialah “Pusat Servis Penyaman Udara Kereta”.Lain-lain15.05.2023
PAKAR DALAM HAWA DINGIN KERETAFrasa yang betul ialah "Pakar Penyaman Udara". Walau bagaimanapun kami mencadangkan keterangan aktiviti syarikat tuan ialah "Kedai Penyaman Udara". Sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" untuk pengesahan iklan.Tatabahasa13.04.2012
Cikgu, "pendingin hawa" atau "penghawa dingin"?Yang betul ialah pendingin hawa.Istilah08.05.2014
penghawa dingin atau pendingin hawaYang betul ialah pendingin hawa. Istilah yang lebih tepat ialah penyaman udara.Istilah19.04.2009
pengdingin hawa atau penghawa dingin?Istilah yang betul ialah penyaman udara atau pendingin hawa.Istilah27.09.2012
12345678

Kembali ke atas