Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.yat] | حيات

Definisi : Ar ada nyawa pd badan, hidup; ilmu ~ pengetahuan tentang makhluk hidup (bina­tang dan tumbuhan), kaji hayat, biologi; selama ~ dikandung badan selagi hidup; tanda ~ cenderamata; mendapat ~nya sl mengalami sendiri; menghayati mengalami dan merasai (dlm batin), meresapkan ke dlm jiwa: matlamat akhirnya ialah utk ~ nilai-nilai akhlak; penghayatan perihal menghayati, perihal mengalami dan merasai dlm batin: buku-buku yg baik akan mempertinggi ~ estetik pd pem­baca; inti karya seni adalah ~ penciptanya; aspek-aspek penguasaan dan ~ bahasa Melayu Tinggi; penghayat orang yg menghayati sesuatu (cerita, peristiwa): kita sbg pembaca dan ~ harus lebih teliti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.yat] | حيات

Definisi : ; baju ~ sl sj baju. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.yat] | حيات

Definisi : keadaan yg membezakan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan drpd tanah, batu dsb; kehidupan; nyawa. selama ~ dikandung badan selama masih hidup; selagi hidup. menghayati mengalami dan merasai sesuatu dlm batin: Dia sedang ~ cerita yg dibacanya itu. sehayat selama masih hidup; selagi hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hayat
Kata Terbitan : menghayati, penghayatan,

Puisi
 

Hendak berjalan jambatan panjang,
     Orang bertukang jambatan roboh;
Adik berdoa umur panjang,
     Selagi hayat kita berjodoh.


Lihat selanjutnya...(8)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
individual life insuranceinsurans hayat individuinsuransTiadaInsurans hayat yang biasanya melindungi satu hayat dalam satu kontrak. Istilah ini digunakan untuk membezakan insurans hayat individu dengan insurans hayat kumpulan.
individual life insuranceinsurans hayat individuPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans hayat yang biasanya melindungi satu hayat dalam satu kontrak. Istilah ini digunakan untuk membezakan insurans hayat individu dengan insurans hayat kumpulan.
life underwriterpenaja jamin insurans hayat/pengunderait insurans hayatPentadbiran PerniagaanTiadaPegawai syarikat insurans hayat yang dipertanggungjawabkan untuk menimbangkan sama ada sesuatu cadangan insurans hayat boleh diterima berasaskan kepada garis panduan yang ditetapkan.
half-lifeseparuh hayat/setengah hayatFizikTiadaTiada
half-lifeseparuh hayat/setengah hayatKejuruteraanTiadaTiada
half-lifeseparuh hayat/setengah hayatGeografiTiadaTiada
half-lifeseparuh hayat/setengah hayatPerubatanTiadaTiada
half-lifeseparuh hayat/setengah hayatKimiaTiada1. Masa yang diperlukan untuk kepekatan bahan tindak balas mengurang kepada setengah nilai asalnya.,2. Masa yang diperlukan oleh radioisotop untuk menyepai kepada setengah kuantiti asalnya.
half-lifeseparuh hayat/setengah hayatKejuruteraanTiada2. Masa yang diperlukan oleh radioisotop untuk menyepai kepada setengah kuantiti asalnya.
life expectancy term insuranceinsurans sementara jangkaan hayatinsuransTiadaInsurans hayat sementara yang memberi perlindungan bagi sepanjang hayat insured. Insurans ini berbeza daripada polisi hayat sementara biasa yang tempoh perlindungan ditetapkan bagi beberapa tahun atau sehingga insured mencapai umur yang ditetapkan.
12345678910...

Kembali ke atas